CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagan, Kota Kuno Mistik Yang Mengasyikkan! Ini Cadangan Itinerari Buatmu

26-2-2019 12:23 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11089| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Antara sepuluh negara Asean, penulis sengaja memilih Myanmar sebagai destinasi terakhir memandangkan negara itu baru-baru ini mula mengenakan visa berbayar untuk rakyat Malaysia. Pilihan kota yang menarik dilawati selain ibu negara Yangon ialah Mandalay, Inle Lake dan Bagan.



Kredit Foto: Carian Google
Bagan terletak kira-kira 170 km dari Yangon. Melalui jalan darat, perjalanan bas mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Keadaan jalan raya tidak memuaskan, sebab itu ramai yang memilih untuk menggunakan keretapi atau kapal terbang. 


Kredit Foto: sandinmysuitcase

Sepanjang perjalanan, bas berhenti dua kali untuk membolehkan penumpang berehat dan ke tandas. Oleh kerana penulis bertolak pada waktu malam, bas hanya memasuki Bagan Archeological Zone sekitar jam 3 pagi, dan penumpang dikejutkan oleh petugas yang memungut bayaran masuk sejumlah 25 ribu Kyat. Jangan hilangkan resit pembayaran kerana anda mungkin akan diminta menunjukkannya ketika memasuki mana-mana pagoda sekitar kota ini.

Berikut adalah cadangan itinerari yang sesuai di Bagan, Myanmar untuk penjelajahan 3 hari;

1. Melihat Pagoda dan Stupa

Selain Siem Reap di Kemboja, kota Bagan di Myanmar ialah antara kota lama yang padat dengan binaan lama pagoda, kuil dan stupa. Dianggarkan sekitar 2200 buah binaan itu masih kekal dan menarik untuk dijelajahi. Walau bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku pada tahun 2016 menyebabkan banyak binaan ini menjadi tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Jadi, pelawat tidak lagi dibenarkan memanjat naik ke puncak. Terdapat ratusan binaan yang menarik jadi jika anda hanya ada 3 hari, penulis cadangkan anda melawat Shwezigon, Htilominlo, Dhammayangyi, Manuha, Shwesandaw dan Ananda.

Kredit Foto: Carian Google

2. Melihat Matahari Terbenam / Terbit
 
'The sunset and sunrise views are to die for' demikian kata-kata pujian beberapa orang backpackers yang penulis jumpai. Walau bagaimanapun, berikutan peraturan baru mengharamkan pelawat memanjat, tempat untuk melihat matahari terbit dan terbenam kini terhad. Nasib baik petugas hostel memberitahu penulis bahawa beberapa kuil kecil seperti Thitsa Wadi, South Guni, North Guni dan Pyathatgyi masih dibuka untuk melihat pemandangan menakjubkan ini.


Kredit Foto: Carian Google

3. Menaiki Belon Udara Panas

Berikutan pemandangan indah dari aras tinggi, kini satu lagi tarikan pelancongan semakin menjadi pilihan di Bagan iaitu menaiki belon air panas. Pelawat digalakkan menempah lebih awal memandangkan jumlah 'flight' setiap hari adalah terhad dan hanya dibenarkan pada awal pagi.

Bagi anda yang berminat, datanglah sekitar Oktober ke April kerana pemandangan dikatakan lebih indah dengan kehijauan pokok di sekeliling pagoda. Dengan harga sekitar USD 340 hingga USD 450 (RM1388 hingga RM1837) per orang, rasanya terlalu mahal untuk satu pengalaman selama kurang 3 jam, jadi terpulanglah kepada bajet anda masing-masing.


Kredit Foto: Carian Google

4. Melawat Pasar Harian

Pasar harian yang terkenal ialah Nyaung U yang terkenal di bahagian utara Bagan. Barangan jualan kebanyakannya hampir sama seperti pasar kita tetapi penulis ada melihat beberapa jenis buahan dan sayuran yang unik dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Kebanyakan pelancong asing yang  berkunjung di sini membeli barang kraftangan seperti kain, tenunan, beras hutan, daun teh, rotan dan lukisan pasir sebagai cenderamata.


Kredit Foto: Asia

5. Menyewa Bot Menjelajah Sungai Irrawaddy

Satu lagi sudut pemandangan kota Bagan boleh dilihat dari Sungai Irrawaddy. Sebenarnya sungai ini digunakan untuk perjalanan kapal dari Bagan ke Mandalay tetapi jika anda hanya ingin melihat sekitar Bagan, cukup menyewa bot untuk beberapa jam sehingga matahari terbenam.


Kredit foto: Carian Google

6. Mendaki Mount Popa

Gunung Popa ialah simbol ikonik yang sering menghiasi poskad Myanmar, dengan pemandangan biara di puncak sebuah gunung berapi berketinggian 1500 m yang sudah tidak aktif. Anda perlu menaiki 936 anak tangga, bersesak dengan pelancong, monyet liar dan penjual sebelum sampai ke puncak di mana anda boleh melihat pemandangan yang menakjubkan.


Kredit foto: Carian Google
Jarak perjalanan ke gunung ini sekitar satu jam dari Bagan dan  sepanjang jalan anda boleh melihat kehidupan rakyat Myanmar luar bandar. Tidak jauh dari gunung ini, ramai orang kampung berbaris menunggu pelancong melontar wang dari kenderaan sepanjang jalan, kadang kala sehingga menghalang laluan. Pemandangan yang sangat menghibakan.


Kredit foto: Carian Google
Sebenarnya tidak cukup 3 hari untuk mengelilingi kota kuno yang mistik ini tetapi diharap itinerari singkat ini boleh menjadi panduan buat sesiapa yang ingin berkunjung ke Bagan. Selamat menjelajah! -CARI

4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orgkgdukobesi 26-2-2019 12:41 PM
Belon air panas??? Atau tt maksudkan belon udara panas
Quote Sang_Pencinta 26-2-2019 12:42 PM
Orgkgdukobesi replied at 26-2-2019 12:41 PM
Belon air panas??? Atau tt maksudkan belon udara panas

Yes. Udara panas. Typo
Quote LostStar 26-2-2019 12:53 PM
menariknya...
Quote Sang_Pencinta 26-2-2019 12:55 PM
Edited by Sang_Pencinta at 26-2-2019 12:57 PM

Memang sangat menarik tetapi antara isu yg saya hadapi

1. Cuaca panas dan berdebu
2. Transport kena sewa motor atau basikal, ada juga van beraircon tetapi mahal. Selain itu yang popular adalah kereta kuda tetapi juga mahal. Saya pilih untuk naik beca motor sebab nak ambil gambar / video sepanjang jalan.

Hotel memang murah-murah di sana, makanan halal susah sedikit dijumpai berbanding di Yangon
Quote LostStar 26-2-2019 01:00 PM
Sang_Pencinta replied at 26-2-2019 12:55 PM
Memang sangat menarik tetapi antara isu yg saya hadapi

1. Cuaca panas dan berdebu

owh masalah debu ni agak merengsakan la jua..
eh sah ada ig kan.. meh la share ig cuols.. nk tgk gambar2 yg terhasil..

Quote nisako 26-2-2019 01:01 PM
dah pernah pergi............ mmg cantik...................
Quote noraidil_06 26-2-2019 01:24 PM
This is so nice
Quote farlis 26-2-2019 03:12 PM
Oh jalan panas berdebu.. Teringat siam reap, blk holiday, terus kulit muka allergic..  Tgk view, cantiknyaaaa... Kena cari time yg kurang panas

Quote milanhawkin 26-2-2019 04:20 PM
visa berbayar tu... berapa kena bayar?
Quote Sang_Pencinta 26-2-2019 04:30 PM
milanhawkin: visa berbayar tu... berapa kena bayar?


USD50 sekitar RM200lebih

Boleh apply online jer , siap dia emailkan
Quote Sang_Pencinta 26-2-2019 08:53 PM
nisako replied at 26-2-2019 01:01 PM
dah pernah pergi............ mmg cantik...................

Memang cantik kan?

Pegi musim panas ke musim sejuk?

Saya pegi musim panas hari tu, berbulan Bagan kemarau jadi cuaca sangat membahang dan berdebu

Sangat mudah berpeluh dan melekit seluruh badan
Quote Missfadh 4-3-2019 12:28 PM
Saya baru balik dari Siem Reap. Next list ni boleh lah masuk Bagan, Yangon and mandalay.
Quote queenhua 5-3-2019 02:28 PM
I baru balik dr Bagan...
Round trip Yangon-Bagan-Mandalay- Inle Lake- Yangon
So far, rasanya my fav kat Myanmar Bagan la kot
Siang panas dan agak berdebu, tp malam ngan pagi sejuk.
Tak naik hot air balloon sbb mahal costnya.. dlm USD300..
lg mahal dr naik kat Cappadoccia dulu..

Kat sana naik semua jenis kenderaan.. teksi, tuk tuk, kereta kuda, motor, dan sampan (sunset kat irrawaddy)
Quote Sang_Pencinta 5-3-2019 02:32 PM
queenhua replied at 5-3-2019 02:28 PM
I baru balik dr Bagan...
Round trip Yangon-Bagan-Mandalay- Inle Lake- Yangon
So far, rasanya my fa ...

Wow, round trip kita sama Yangon, Bagan, Mandalay, Inle Lake, Yangon

Naik JJ bus jugak ke?
Quote queenhua 5-3-2019 02:37 PM
Sang_Pencinta replied at 5-3-2019 02:32 PM
Wow, round trip kita sama Yangon, Bagan, Mandalay, Inle Lake, Yangon

Naik JJ bus jugak ke?

Naik JJ bus, except for Bagan-Mandalay amek train.
Teringin nak try train drg..
Quote Sang_Pencinta 5-3-2019 02:41 PM
queenhua replied at 5-3-2019 02:37 PM
Naik JJ bus, except for Bagan-Mandalay amek train.
Teringin nak try train drg..

Hari tu teringin nak naik Boat or Cruise dari Bagan ke Mandalay tapi tak jadi sebab tak cukup masa


Quote queenhua 5-3-2019 02:53 PM
Sang_Pencinta replied at 5-3-2019 02:41 PM
Hari tu teringin nak naik Boat or Cruise dari Bagan ke Mandalay tapi tak jadi sebab tak cukup masa ...

Ada gak study pasal cruise ni.. tapi dia amek masa 12 jam kan..
tu yg tak jadi tu.. lama sgt
Quote ninu 22-3-2019 02:52 PM
lawa pulak gambar2 yg dia tunjuk ni..
Quote ayyyyangg 12-4-2019 10:33 AM
Cantik. Ingatkan bagan datuk. Hi3..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.150550 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top