Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa nafsu serakah bapa, abang dan adik lelaki kandungnya sejak setahun lalu. Mangsa yang hanya dikenali sebagai AG dirogol oleh ketiga-tiga ahli keluarganya selepas kematian ibunya.
Detik.com melaporkan, AG yang mengalami kerencatan mental dirogol berulang kali di rumah mereka di Pekon Panggung Rejo, Kecamatan Sukoharjo, Kabupaten Pringsewu. Jurucakap pihak berkuasa, Edi Qorinas berkata, "Bapa kandungnya dikenali sebagai M, 45, abangnya SA, 24, dan adik lelakinya YF, 15, telah merogolnya berulang kali di rumah. "Mangsa tidak mampu melawan kerana takut. Abangnya telah memperkosanya 120 kali dalam tempoh setahun manakala adiknya melakukan perbuatan itu sebanyak 60 kali. Bapanya pula melakukan beberapa kali.
"Mangsa dirogol lebih sekali pada setiap hari." Menurut sumber, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar selepas penduduk kampung berasa curiga dengan keadaan fizikal AG yang semakin kurus. AG juga tidak dibenarikan keluar dan dikurung dalam rumah. Mangsa kini ditempatkan di rumah bapa saudara. Keadaan kesihatan dan mentalnya akan dipeiksa. Jika sabit bersalah, ketiga-tiga pelaku boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun atau maksimum 15 tahun. -CARI
|
5
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT