Pasangan suami isteri paling bergaya siapa? Dalam otak mesti terlintas Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Tengok sahajalah gaya mereka di Instagram. Meletop-letop.
Baru-baru ini mereka hadir ke majlis anjuran sebuah jenama barang kemas dan jam mewah di Rome, Itali. Adalah banyak juga gambar yang dikongsikan.
Tapi ada satu yang paling menarik perhatian dan mencetuskan kemarahan netizen. Gambar tersebut menunjukkan Awal memakai rantai dan cincin. Dan macam semua orang maklum, lelaki Islam diharamkan untuk memakai barangan kemas. Maka 'berbakul-bakullah' kecaman dan kejian yang diterima. Baca sendirilah:
Ada juga yang datang menasihati tapi macam biasalah macam angin berlalu sahaja. Rasa-rasanya Awal baca ke tu? Doa sahajalah yang baik-baik. Mungkin itu bukan emas? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|