Kisah Abby Abadi dan Blackpink masih belum habis. Ini kerana Caprice turut mengulas isu kumpulan K-Pop terkenal itu dengan mengaitkan cerita Abby yang pernah berada di dalam kumpulan Elite. Biarpun Caprice tidak mengatakan yang buruk mengenai Abby, namun tiba-tiba Abby mengatakan yang Caprice tiada hak memberi komen yang tidak difahaminya. Abby juga mendakwa Caprice telah menyekat akses Instagramnya, lalu menulis kapsyen "Kemana menghilang? Jumpa depan Allah k." membuatkan Caprice memuat naik post terbarunya menjelaskan situasi sebenar.
Dengan menggunakan akaun Instagram rakannya, Caprice menunjukkan IG Story Abby bahawa Abby mendakwa akaun Caprice tidak dijumpai, dalam erti kata lain Caprice telah menyekat Abby dari melihat akaunnya. Bagaimanapun Caprice memperlihatkan bukti bahawa setelah menekan nama Abby Abadi sendiri, terpampang paparan putih (bermakna Abby yang menyekat Caprice, jadi tidak hairanlah apabila Abby mencari nama Caprice, tiada sebarang gambar). "Why do you block me then go around tell people that i block you? mess prety lane? If you need attentio, i give you rite now. Malaysia give this woman more attention. She's has more than 958k follower but she's still need more attention." Wah! Dah kenapa jadi begitu? Adakah Abby memahami bagaimana Instagram berfungsi setelah menyekat akses orang lain? Abby juga telah menetapkan akaun Instagramnya sebagai 'private'. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan cerita ini, ianya bermula apabila Abby mengkritik pihak-pihak tertentu yang tidak menghalang Blackpink dari mengadakan konsert, walaupun pemakaiannya seksi. Ia berlainan ketika Selena Gomez mahu mengadakan konsert di Malaysia tetapi dihuru-harakan dengan demonstrasi pembatalan. Sedangkan kedua-duanya sama seksi. Justeru itu, ramai yang memberi pelbagai perspektif sama ada menyokong atau membantah pendapat Abby tersebut. Namun, hal menjadi semakin panas apabila Caprice turut mengulas isu tersebut serta menyatakan setiap orang mempunyai fasa tertentu untuk berubah, serta Abby juga pernah berada di fasa tersebut. Ia memuncak hinggalah isu menyekat akaun media sosial ini.
Dasyat juga penangan Blackpink. Selain daripada membuatkan peminat K-Pop tidak tidur malam, mereka juga mampu membuatkan artis tempatan bertelagah. Apa pendapat anda? Menyebelahi Abby Abadi atau Caprice? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|