CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kotor, Ubat Tamat Tempoh, MC Serendah RM10- Berduyun-Duyun 'Pesakit' Beratur Depan Klinik

27-2-2019 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4601| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Berduyun-duyun 'pesakit' muncul telah membongkarkan kegiatan haram sebuah klinik yang menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.

Harian Metro melaporkan, ia dijual dengan harga serendah RM10 dan RM20 mengikut jumlah hari yang dikehendaki 'pesakit'.


Selain premis yang kotor, klinik itu juga dikesan menjual ubat lapuk yang sudah tamat tempoh.

Foto: Harian Metro
Tiga kesalahan besar itu menyebabkan ianya diarah tutup serta merta selepas notis tunjuk sebab dan notis perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengendali klinik berkenaan.

Difahamkan klinik tersebut sudah beroperasi sejak 1975 dan dikendalikan oleh seorang doktor dan dua orang pembantu.


Ia diberikan tempoh selama 21 hari untuk menghentikan operasi selain menambah baik dan mematuhi arahan KKM.

Ketika penyerahan notis dilakukan lima pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di klinik berkenaan semalam, klinik itu masih beroperasi dan ada pesakit yang menunggu giliran bertemu doktor.

Tandas dalam klinik itu juga didapati kotor dan tidak mempunyai sumber air, kurang bekalan elektrik, pengurusan ubat tidak teratur selain kelengkapan perubatan yang usang.

Lebih teruk meja doktor juga bersepah, ubat tamat tempoh serta jarum suntikan yang dah diguna tidak dibuang dengan betul.

Foto: Harian Metro
Antara kesalahan lain adalah tidak mempamerkan salinan perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta, gagal mematuhi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, mengeluarkan MC secara berleluasa dan tidak mempamerkan carta organisasi.

Malah pengendali klinik juga tidak menyimpan atau menyelenggara daftar kehadiran, rujukan dan kematian pesakit termasuk rekod kesihatan pesakit, tidak menyediakan peralatan kecemasan asas dan gagal mematuhi cara pelupusan ubat luput.

Semua kesalahan itu melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006. -CARI
9

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-2-2019 11:05 AM
ingat kat gombak tadi
Quote Remyda 27-2-2019 11:33 AM
NOTIS penutupan serta-merta ditampal di klinik terbabit.

UBAT-ubatan tidak disusun dengan elok.
[email protected]

KELIBAT ramai ‘pesakit’ yang berduyun-duyun muncul saban pagi membongkar kegiatan haram sebuah klinik di sini, yang menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.

Difahamkan setiap sijil cuti sakit itu dijual pada harga antara RM10 dan RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki ‘pesakit’.

Klinik berkenaan turut dikesan menjual ubat lapuk yang tamat tempoh selain premis didapati kotor.

Tiga kesalahan besar itu cukup membuatkan klinik itu diarah tutup serta-merta semalam selepas notis tunjuk sebab dan notis perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengendali klinik berkenaan.

Klinik yang beroperasi dengan seorang doktor dan dua pembantu sejak 1975 itu diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk menghentikan operasi selain menambah baik dan mematuhi arahan KKM.

Ketika penyerahan notis dilakukan lima pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di klinik berkenaan semalam, klinik itu masih beroperasi dan ada pesakit yang menunggu giliran bertemu doktor.

Difahamkan, kebanyakan pesakit masih datang ke klinik berkenaan kerana mahu membeli MC yang dijual antara RM10 hingga RM20 mengikut jumlah hari dikehendaki ‘pesakit’.

Kegiatan itu didedahkan majikan yang sering menerima MC dikeluarkan doktor klinik berkenaan selain risikan JKNJ.

Ketika pemeriksaan, keadaan klinik itu kotor dan tidak terurus.

Tandas klinik kotor dan tidak mempunyai sumber air, kurang bekalan elektrik, pengurusan ubat tidak teratur selain kelengkapan perubatan yang usang.

Selain meja doktor yang bersepah, ubat-ubatan juga tamat tempoh serta jarum suntikan yang sudah digunakan tidak dibuang dengan betul.

Antara kesalahan lain adalah tidak mempamerkan salinan perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta, gagal mematuhi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, mengeluarkan MC secara berleluasa dan tidak mempamerkan carta organisasi.

Pengendali klinik juga tidak menyimpan atau menyenggara daftar kehadiran, rujukan dan kematian pesakit termasuk rekod kesihatan pesakit, tidak menyediakan peralatan kecemasan asas dan gagal mematuhi cara pelupusan ubat luput.

Semua kesalahan itu melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006.

Sementara itu, Pengarah JKNJ, Dr Selahudeen Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan penutupan klinik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 7:30 AM

2019  Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.
Quote Remyda 27-2-2019 11:34 AM
NOTIS penutupan serta-merta ditampal di klinik terbabit.
Quote Jajabeans 27-2-2019 11:36 AM
Kkm xde buat audit utk klinik?
Quote Remyda 27-2-2019 11:37 AM
Kal kl ni lebih kurang macam cendawan jugak klinik boleh beli mc




Sapa rajin pi. Baik ngaku

Quote rospinki 27-2-2019 11:41 AM
choii igtkan beratur beli McD..haha kan ada promo 2 set tapi 20 inget je.
Quote rospinki 27-2-2019 11:42 AM
tak pernah beli MC..seumur hidup keja
kalu pun sakit aku amik sari je mc

taksuka mc..sakit jgn buat tipu2 ooo...skli Allah bgi sakit betul2 baru tau langit tinggi rendah
Quote manjalara_01 27-2-2019 11:42 AM
since 1975 sampai 2019 = 45 tahun...baru ade tindakan?

bleh masuk Malaysian Book of Records...ehehehe...tp xde rekod kematian tu semua..oh, my...ade kemungkinan serial killer pun bleh terlibat??..
Quote sarahmirza 27-2-2019 11:44 AM
Ada satu klinik panel I tiap kali pergi jumpa doktor dia tanya... "Nak MC? "
3-4 kali kena terus I tak pergi klinik tu lagi...

Quote xy_daen 27-2-2019 11:46 AM
Aku selalu spot check MC staff...yang menipu MC pi kerja tempat lain..
Quote Artemesiaa 27-2-2019 11:48 AM
Mana pendapatan nak berkat kalau MC pun menipu
Quote haryatie 27-2-2019 11:52 AM
klinik kt mana ni
yg dtg cuma nk MC jerk pun
bukan nk ubat sbb tu ler ada sape kisah kotor, ubat da expire ke
Quote @pplegreen 27-2-2019 12:02 PM
prettyuglybabe: ingat kat gombak tadi

Sama la baca tadi ingat yg kat gombak tu hehehe
Quote ninja boy 27-2-2019 12:22 PM
Jpfpfpfpfpfpf
Quote ninja boy 27-2-2019 12:25 PM
Ada majikan sekongkol dgn klinik panel jgn bagi mc. Merangkak bertongkat menggigil pi kerja dipaksa kerja spt org sihat. Kepala mereng cakap merapu2 kepala pusing. Muntah2 depan ofis padan muka
Quote moonbug 27-2-2019 02:25 PM
Jangan tipu MC, gaji tak berkat
Quote rosasen 27-2-2019 03:41 PM
klinik koboi ke ape ni
Quote arasham 28-2-2019 09:01 AM
Klinik mcm ni kut yg didakwa antivax, bayar je terburai keburukan vaccine...
Quote arasham 28-2-2019 09:10 AM
Saya dah 14 tahun Tak jejak klinik swasta, sangguplah berkuntum 2 jam Kat kk dari bergaduh dgn gp bila ditanya Tak boleh jwb. Most gp ni mulut manis, baik sgt dari doc Kat kk yg suka bebel bila result darah Tak cantik, tapi Saya sanggup kena bebel dek Dr Kat kk sbbnya bebel berisi, Tak de Suh den ambik supplement yg dia jual.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.202688 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top