Seorang pemilik spa tampil berkongsi pengalaman berurusan dengan beberapa pelanggan yang bersalin di rumah dengan menggunakan khidmat doula. Suryani Zakaria yang juga pengasas Ashrisz Spa menceritakan kisah pelik beberapa pelanggan yang menempah pakej berpantang darinya supaya tiada lagi orang lain yang terpengaruh dengan dakyah sesat doula.
Menurut apa yang diceritakan, dia terkedu saat menerima gambar bayi dari suami salah seorang pelanggan. "Saya terkedu melihat keadaan bayi yang masih tidak dipotong tali pusatnya dari uri. Hampir 10 tahun berniaga ini kali pertama saya tengok kes begini. "Uri itu dibiarkan kering di sebelah bayi yang tidak berbaju atas alasan tali pusat akan lebih cepat tanggal." Semasa ibunya diurut, bayi tersebut tidak henti-henti menangis. "Ahli terapi beritahu baby menangis tak henti, mungkin kembung perut disebabkan tidak berbaju. Namun ibunya kata bayinya sihat kerana dia menganggap bayi sakit takkan menangis. "Bayi itu juga dibiarkan tidur dalam keadaan meniarap sepanjang hari dan cuma beralaskan kain batik. "Uri tidak ditanam selagi tali pusat tidak tertanggal, kering dan berbau. Mereka percaya bayi perlu ditemani uri yang juga 'kembarnya' sehingga bayi menyusu dengan baik. Lagi teruk, si ibu menunjukkan simptom meroyan. "Dia ketawa dan senyum sorang ketika diurut. Leboh menakutkan, bila dia tenung ahli terapi saya, namun si suami tidak membawanya ke hospital. "Ini kerana doula melarang si ibu mengikut sebarang amalan yang diajar oleh ahli terapi kerana mendakwa doula lebih terlatih dan berpengetahuan mengenai hal ibu sebelum dan selepas bersalin. Satu lagi kes melibatkan seorang wanita yang terbaring lemah selapas bersalin dengan menggunakan khidmat doula. "Si suami call last minute minta urutan segera sebab isteri dia bersalin di rumah. Saya hanya terfikir mungkin tak sempat pergi hospital. "Sampai di rumanya, ibu terbaring lemah lepas bersalin hari kelima. Kebiasaannya hari kelima ibu dah kuat untuk duduk tapi si ibu tak boleh duduk sebab dia kata sakit. "Bila pegang nak urut, si ibu cakap tak tahan, pegang sikit pun dah sakit. Badan dia lemah, luka koyak sampai ke punggung dan tak ambil sebarang ubatan. Tambahnya ibu tersebut beritahu yang dia bersalin di rumah dengan kaedah 'nature birth' dan dalam keadaan doggy style. Doula kata rengat yang dialami oleh ibu bersalain akan baik sendiri dan tak perlu buat apa-apa. Suryani turut terkilan kerana doula tidak berada di rumah wanita itu tetapi ajarannya masih diikuti. "Saya pun tak faham kenapa bersalin di hospital itu tak natural. Mereka yang bersalin guna doula ni rumah yang kami pergi semua tahap orang cerdik pandai...gaji mahal. "Macam mana ya mereka boleh guna khidmat doula? Sebab doula ini bukan calang-calang orang juga. Biasanya cerdik pandai nak banding kami yang tukang urut ini." -CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zuriey replied at 27-2-2019 12:36 PM
Baby duduk dlm air ketumban pun suhu suam2 gitu..ni pantek apa di biar tak berbaju mcm tu sejuk la.. ...
CharlesDera replied at 27-2-2019 12:02 PM
dodoulagemok...wakakakakakakakakaka
ADVERTISEMENT