CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Aneh Di Mekah, Kenapa Orang Melayu Saja Ditimpa Balasan?

28-2-2019 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11496| Komen: 25|Original author: Oleh: Azza





Kita biasa mendengar kisah-kisah jemaah Haji yang pulang ke tanah air dengan cerita mistik dan luar biasa yang berkaitan dengan kisah lampau mereka. Kisah tidak nampak Kaabah, tiba-tiba demam panas, kasut hilang dan pelbagai lagi antara rentetan peristiwa yang didengari. Tidak terkecuali cerita itu dipaparkan di media sosial hingga membuatkan orang bukan Islam memandang serong kerana menganggap Islam agama pendendam. Benarkah begitu?

Seorang netizen membawa persepsi berbeza dalam konteks ini. Bahawa kisah-kisah aneh ini sebenarnya hanya melingkari orang Melayu sahaja. Rumusannya itu dibuat berdasarkan carian di laman Internet lalu menemukan tiada cerita mistik dalam kalangan bangsa lain tetapi hanya menyentuh kita orang Melayu dengan unsur-unsur hiperbola.

Adakah 'pengajaran dari Tuhan' ini untuk orang Melayu sahaja?


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Menurut Asrul lagi 'tragedi' yang menimpa orang Melayu seperti demam panas, sesat, komplen mengenai makanan tak sedap kemudian cirit birit selama seminggu antara kisah yang selalu diulang tayang generasi demi generasi. Mungkin ada 'balasan' yang menimpa jemaah akibat mulut celupar mereka tetapi itu sebenarnya peringatan supaya menjaga kata-kata di Tanah Suci.

Sepatutnya mereka yang diberi peluang jadi tetamu Allah itu menyebarkan kisah inspirasi yang boleh membuatkan orang lain tidak sabar untuk ke Mekah. Jadi, dengan peluang yang ada, mengapa habiskan cerita yang lebih menakutkan itu?

Kredit foto: Carian Internet

Antara kisah yang boleh dipaparkan ialah betapa kerdilnya rasa diri ketika berihram dengan berjuta saudara Muslim seluruh dunia. Ceritakan juga pengalaman yang mendekatkan diri dengan Allah sepertimana bangsa lain di seluruh dunia yang menceritakan perkara-perkara baik di Mekah. Jadi, kenapa kita ada kisah yang berbeza? Padanlah Majalah Mastika begitu laris satu ketika dahulu.


Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, tidak semua boleh menerima pendapat di luar kotak ini. Bagi mereka, kisah yang berlaku adalah benar-benar terjadi dan ia membuatkan jemaah merasa sangat insaf lalu berkongsi dengan orang lain. Jadi, kisah-kisah pelik ini sebenarnya penting untuk kita menginsafi diri.


Kredit foto: Carian Internet

Orang Melayu dan kisah aneh memang tidak boleh dipisahkan kerana ia telah berakar umbi sejak sekian lama. Apatah lagi jika ianya berlaku di tanah suci, maka ramai yang memandang berat persoalan ini. Namun yang dipersoalkan penulis ialah mengapa kisah aneh itu yang diperbesar-besarkan hingga mengganggu cerita utama iaitu beribadah kepada Allah. Pendapat anda bagaimana pula ya? - CARI 
6

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 28-2-2019 11:48 AM
memang betul.. kalau dilayan kisah2 pelik ni
memang boleh terganggu ibadah..
Quote kucingitam 28-2-2019 12:08 PM
betul..aku pun terkadang fikir benda yang sama..but mana tau yang bangsa2 lain pun ada jadi macam2 tapi drg tak taksub hal2 mistik cam melayu sampai kencing riang2 pun dikata air mata pokok petai
Quote taji2906 28-2-2019 12:19 PM
betul jugak tu.. tp apa yg pelik2 jadi kat sana sama ada utk diinsafi ataupun mengagumi kebesaran Allah.. jd penguat iman jugak..
aku ke sana pun, Alhamdulillah dpt tgk yg baik dan tgk utk jadi pengajaran..
Quote rantaikendoq 28-2-2019 12:45 PM
bangsa lain pn ada cuma depa tak viral...
Quote saviour_09 28-2-2019 12:54 PM
finally

someone speak for me

tapi takde la nak argue lebih2
just tertanya2 la jugak
jemaah lain takde kena balasan @ kifarah ke?
or senyap2 je hadam sendiri

Quote pokaibanktokyo 28-2-2019 12:56 PM
Bodoh. Lain kali google la dalam bahsa arab, parsi, urdu, turki .
Quote achilles_heel 28-2-2019 03:48 PM
alahai...ko setakat tahu bahasa malaysia, bahasa indonesia dan sepatah dua bahasa english broken, pastu acah2 macam urban sangat x percaya hal-hal aneh ni. pastu pelekehkan orang Melayu suka percaya benda2 macam tu. mana-mana bangsa pun ada la perkara mistik. cuma ko yang x faham
Quote Sham143 28-2-2019 11:15 PM
Dari zaman dulu orang melayu ni amat percaya dgn kejadian2 ghaib dan aneh..Sejak turun temurun pemikiran org melayu diserapkan dgn hal2 begini oleh datuk nenek moyang mereka..Itu sebab mentaliti melayu ni agak ketinggalan dn tk terbuka kalau nk dibandingkan dgn kaum2 lain..
Quote lee_sakura 1-3-2019 12:39 AM
aku pon terpikir benda yg sama dr dulu
Quote coolie83 1-3-2019 09:09 AM
hah-wa pun sama ada terpikir benda ni...umat melayu ter- lebih sangat tengok drama kpop/melayu + movie kaukesiyen + bollywood
Quote leylapple 1-3-2019 11:03 AM
kat tmpt aku nie ada sorang 'mak hajah' yg suka sebar creta2 mcm nie... dia ada pusat rawatan konon nya dapat halau sihir dan ada offer pakej umrah...

baru2 nie bawak rombongan org g umrah, tp salah sorang sakit pulak kat mekah. mak hajah nie tinggalkan terus orang tu kat mekah dan balik ke kch as nothing happened.

hmmm....
Quote AbukRokok 1-3-2019 11:14 AM
mgkin sebab betul melayu ni the lost tribe of israel (yahudi)
Quote justchu 1-3-2019 11:54 AM
Dia sama mcm melatah. Malaysia je ado

Kisah aneh2, kakau duduk malaysia, zimbabwe ke indon ke...mana ada

Kat mekah je ada

Mcm kisah pg mekah tetiba lumpuh.
Kat malaysia manade org lumpuh

Huhu
Quote najib888 1-3-2019 07:56 PM
justchu replied at 1-3-2019 11:54 AM
Dia sama mcm melatah. Malaysia je ado

Kisah aneh2, kakau duduk malaysia, zimbabwe ke indon ke...m ...

Eh..tak kot.. bangsa lain pun ada gak yang latah.. korea ka apa.. ada dokumentari kat youtube
Quote justchu 1-3-2019 10:07 PM
najib888 replied at 1-3-2019 07:56 PM
Eh..tak kot.. bangsa lain pun ada gak yang latah.. korea ka apa.. ada dokumentari kat youtube

I mean like benda yg otak sndiri control
kalau ada pun di korea tak semeluas di malaysia/indon/thai

kat europe bagai x tau la mcm mana

sama la mcm kejadian kat mekah
semua otak yg set. kalau ke sana sure jd gitu2 gini2


padahal macamla kat tmpat lain x jd apa yg jd kat mekah tu
Quote ayorsuam 2-3-2019 02:03 PM
Non-malays muslims jenis tak share citer2 macam ni kot.. Citer2 gini yang buat pak sedara mualaf aku postpone p umrah & haji banyak2 tahun...takut nampak dosa2 displayed kat dinding kaabah (mcm ada 1 kisah publish kat mastika dulu).
Aku & family members penah witness & alami seniri kisah2 macam ni, so all I'm saying is never say never.
Quote sharlenetexas 2-3-2019 02:34 PM
TT, rasanya bukan Melayu sahaja kot. Indonesia pun sama.
Quote ally9970 4-3-2019 12:51 PM
Just becoz search kat google takde, does not mean benda tu takde..
Quote dewi 4-3-2019 01:32 PM
Nak kesah apa , paper melayu je yg byk kisah2 ni kalau mati je reporter mesti tanya soklan dua tiga hari sebelum meninggal tu arwah ada perangai pelik tak ..

org negara lain demam balik dr mekah .. dia rasa sbb dehyrated, panas keletihan .
org kita je pikir selain dr tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top