Seorang rakyat Malaysia yang takut didakwa berikutan orientasi seksual beliau telah berhijrah dan memohon suaka di UK pada tahun 2005. Beliau bagaimanapun kini bakal dihantar balik kerana pihak pendakwaraya negara itu tidak mempercayai beliau seorang homoseksual.
Yew Fook Sam, 67, ditinggalkan isteri dan anak-anaknya apabila Sam tertangkap basah mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang mak nyah di Thailand. Setelah isterinya memohon cerai, Sam kemudiannya berhijrah ke UK atas visa pelancong dan dihukum penjara selama 10 bulan pada tahun 2016 selepas ditangkap kerana bekerja secara haram di Liverpool. Walaupun terlibat dalam banyak kegiatan golongan LGBT termasuk menyertai banyak perarakan, pihak pendakwaraya tidak mempercayai beliau seorang gay dan mengarahkan supaya Sam dihantar balik ke Malaysia selepas hukumannya tamat. Sam yang kini cuba memohon status pelarian berkata beliau tidak mahu dihantar balik kerana kecenderungan seksualnya adalah satu kesalahan besar di Malaysia dan bakal dihukum dalam undang-undang Sivil dan Syariah. Permohonan Sam ditolak kerana pendakwaraya tidak mempercayai Sam seorang gay. "Sam tidak pernah ada teman lelaki dan tidak ada seorang saksipun boleh dipanggil mengesahkan Sam pernah berhubungan intim dengan lelaki dalam tempoh 30 tahun dia di UK" kata sumber itu lagi. Sam bagaimanapun cuba memberitahu pihak Kementerian Luar UK bahawa dia sudah tua dan tidak memerlukan seks. "Hanya kerana tidak pernah ada teman lelaki atau berhubungan seks tidak semestinya seseorang itu bukan golongan LGBT" tambahnya. Harapan terakhir Sam kini ialah sebuah pungutan suara ramai yang dilancarkan (online petition) supaya pihak berkuasa UK memberikan suaka politik kepadanya. Beliau juga dikatakan bakal mengemukakan permohonan baru selepas mendapat jumlah sokongan tandatangan yang mencukupi diperoleh. - CARI |
4
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT