CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentak Kepala Dengan Pinggan Kaca Kerana Tak Tahan Dengar Suara Adik

28-2-2019 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3861| Komen: 32

Seorang wanita mengalami pendarahan serius selepas kepalanya dihentak dengan pinggan kaca oleh abangnya.

Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam pada Isnin di sebuah rumah di Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus.


Gambar Hiasan

Kejadian dipercayai berpunca akibat suspek yang tidak tahan mendengar suara adik perempuan berusia 25 tahun dan ibunya bersembang di ruang tamu.

Difahamkan, ketika rancak bersembang, suspek tiba-tiba muncul dan menyuruh mereka diam.

Bagaimanapun, suspek yang tidak berpuas hati mengikut adiknya masuk ke bilik sebelum menghentak bahagian kiri kepala mangsa dengan pinggan kaca yang diambil dari dapur.


Menurut sumber, ibu mangsa membawa wanita itu ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) dan menerima enam jahitan.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya dan khuatir kejadian sama berulang membuat laporan polis, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. - CARI
8

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 28-2-2019 01:59 PM
suspek migraine kot
Quote cutieslilies 28-2-2019 02:05 PM
ni ngisap dadih lagi ka?..pelik2 betul
Quote melinda_kerr 28-2-2019 02:09 PM
Drug addict ke si abang? Ataupun mmg alami masalah mental. Ibu dengan adik tu maybe bersembang mengata dia kot.
Quote Burong_Hantuk 28-2-2019 02:10 PM
Wah....macam ini pun boleh kah?
Quote ctaz 28-2-2019 02:26 PM
makin banyak pulak orang giler sekarang ni....
Quote lemak_masin 28-2-2019 02:28 PM
Sembang kuat sgt ke pun?
Quote slavehunter 28-2-2019 02:32 PM
Perangai lelaki malay kampung memang suka cari garuh dengan wanita. Tunjuk kuat dengan perempuan jenis jantan dayus.
Quote namr 28-2-2019 02:50 PM
suara mak+adik bak guruh halilintar gamaknya
Quote DARSITA 28-2-2019 02:50 PM
Kelatan lagikkkk
Quote chicozinn 28-2-2019 04:32 PM
suspek mendadih la ni..sme cm si derhaka mkn kopok lekor smlm tu
Quote Megikari 28-2-2019 05:46 PM
Maybe si abang tu dah sound elok2 tapi dihanjingkan oleh adiknya yang memang suka membawang

#donebersangkabaik
Quote arasham 28-2-2019 05:53 PM
Dadah...dadah..dadah
Quote cap_ayam 28-2-2019 06:06 PM
Mat pet la ni.
Quote aijinmisaki 28-2-2019 09:51 PM
Boleh jadi giler ni.
Orang gila kalau dah stress benda kecik pun boleh jadi marah
Quote Decaffeinated 28-2-2019 09:59 PM
len kali guna lah corelle.... susah sikit nak pecah....

Quote Decaffeinated 28-2-2019 10:00 PM

errr.... bukan ganu ka?....


Quote cupu 28-2-2019 10:06 PM
Aku rs kelakar...
Quote cupu 28-2-2019 10:08 PM
DARSITA replied at 28-2-2019 02:50 PM
Kelatan lagikkkk

Kuala nerus ganu la..klate mmg pelik..tp klu pelik pelik ganu.
Quote jazaa100 28-2-2019 10:12 PM
Semalam pasal kopok....
Hari ni pasal bersembang.....
Esok?.....

Kita tgu.......

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055679 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top