CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Komen Pedas Mengenai Baju Siti Nurhaliza, Peminat Tegar Ini Disekat Di Instagram

1-3-2019 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 68407| Komen: 555|Original author: Oleh: Azza





Akibat memberi komen ikhlas terhadap baju yang dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di konsert jelajah Jakarta, Indonesia, seorang peminat tegar Siti didakwa disekat dari mengakses laman Instagram penyanyi itu.

Dakwaan tersebut ditimbulkan apabila Firdee Othman yang secara tiba-tiba tidak dapat melihat akaun Instagram Siti setelah komen tersebut tular di media sosial.

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa peminat seperti Firdee yang menyokong karier Siti disekat hanya kerana komen mengenai baju sahaja (tiada kaitan dengan persembahan Siti). Sementara itu dikhabarkan hanya dia sahaja yang disekat sementara yang lain bebas mengakses akaun Siti. Betulkah Siti yang mengendalikan akaunnya sendiri atau ada 'admin' lain?


Kredit foto: Twitter

Teguran Firdee mungkin agak pedih jika dibaca, namun lelaki itu sudah menjelaskan bahawa dia menegur kerana sayang dengan persembahan Siti yang tidak seiring dengan busana tersebut. Lalu, jelas ia adalah komen terhadap pereka busana tersebut Riezman Ruzaini, bukannya mengkritik persembahan penyanyi nombor satu tanah air.

Bagaimanapun, Siti dalam kenyataannya tidak kisah dengan pendapat tersebut lalu menjawab "Asalkan selesa, buat apa nak pakai pakaian ketat."

Yang menjadi masalahnnya sekarang, siapakah yang menyekat di Instagram? Siti atau 'admin'? Kenapa langsung tidak boleh menerima pandangan?
IG



ZON SELESA...

Itu pandangan netizen yang berpendapat Siti dikelilingi oleh orang yang selesa dengannya hingga dia tidak mampu membuat keputusan dengan waras. Sementelah, ada juga netizen yang mengadu dia pernah memberi komen mengenai fesyen Siti Nurhaliza tetapi cara balasan di IG Tok Ti pula tidak menunjukkan cara profesional.

/

Bersama penyanyi Indonesia, Rossa


Malahan, komen yang mempersoalkan busana tersebut bukan datang dari seorang sahaja, kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan busana konsert itu. Bagaimanapun, kenapa seorang sahaja yang disekat?

Isu ini bermula apabila baju-baju yang dikenakan oleh Siti dianggap oleh peminat sebagai lapuk, 'recycle' dan seperti penari di Istana.

IG

Wah! Panas juga ya. Jarang kita mendengar kisah negatif melingkari Siti dan biasanya pihak pengurusan tidak cepat melatah. Di kala artis lain dihentam teruk, Siti dilihat teguh tanpa mempedulikan gossip seperti ini. Tetapi dengan apa yang terjadi ini, apakah Siti yang berasa tertekan atau pihak pengurusan yang tidak profesional? - CARI 
8

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 1-3-2019 11:07 AM
pernah ke elok pun baju dia ni... pakai la apapun maintain aura desa ulu banat ttp terserlah...
Quote zuriey 1-3-2019 11:19 AM
tgk la di pakai tudung bawal tu pun  cam serombong kapal kembang nya..tak sesuai lah dkt bentuk muka dia lg npk debab pipi..pkai shawl pulak npk makcik2 serebeh je..tah la sejak beranak ni npk serba tak kena je mekiti..
Quote prettyuglybabe 1-3-2019 11:20 AM
CrowneGlory replied at 1-3-2019 11:07 AM
pernah ke elok pun baju dia ni... pakai la apapun maintain aura desa ulu banat ttp terserlah...

terpaksa setuju dengan u
Quote fizamn 1-3-2019 11:23 AM
muka dia mcm siti saerah sgt sgt version cerah .. hehehehe..
Quote judicata 1-3-2019 11:24 AM
kalau ct tak berkenan, tak jadi jugak baju tu... dah tu taste ct nak wat camno? ugly pon ugly la. jadi cantek di mata dia. duh.
Quote September14 1-3-2019 11:29 AM
Dulu time slim ank dara elok je bju dia pkai.. cuma skg dia kna cr bju yg btul2 sesuai dgn tubuh dia bkn semua ko bedal pkai... ckp netizens xnk dgr lpstu siap blok lg.. mmg truk btul perangai.. Dah kna kecam bru pdan muka...
Quote ninjago 1-3-2019 11:37 AM
kejap kurus, kejap tembam tgk ct nie
Quote nazzse 1-3-2019 11:46 AM
Memang huduh pun baju2 nya..jenis pakai tudung nak kena nampak inner, style bbnu kg dot com betul
Quote nazzse 1-3-2019 11:46 AM
Memang huduh pun baju2 nya..jenis pakai tudung nak kena nampak inner, style bbnu kg dot com betul
Quote tikusmontok 1-3-2019 11:49 AM
bukan ke dari dulu pakai apa pun tetap kampong.com
Quote September14 1-3-2019 11:51 AM
nazzse replied at 1-3-2019 11:46 AM
Memang huduh pun baju2 nya..jenis pakai tudung nak kena nampak inner, style bbnu kg dot com betul

Yup sekali tgk pun dah tau huduh
Quote emera 1-3-2019 11:52 AM
ct nampak sado
Quote September14 1-3-2019 11:52 AM
Edited by September14 at 1-3-2019 11:56 AM

Aku sllu perati tokti bila cakap ke snyum ke rahang gigi bawah tu mcm dah senget sebelah... knapa jd mcmtu ek
[ig]https://www.instagram.com/p/BuIUK86h2EE/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=oizxm6jt2fjn[/ig]
Quote siq 1-3-2019 11:53 AM
nazzse replied at 1-3-2019 11:46 AM
Memang huduh pun baju2 nya..jenis pakai tudung nak kena nampak inner, style bbnu kg dot com betul

bukan ke dia memang selamanya fefeeling BBNU?
Quote haruslah 1-3-2019 12:09 PM
bape ramai kena block
aiyoooo
kurang dah follower dia
Quote rosevelvet 1-3-2019 12:09 PM
judicata replied at 1-3-2019 11:24 AM
kalau ct tak berkenan, tak jadi jugak baju tu... dah tu taste ct nak wat camno? ugly pon ugly la. ja ...

Xleh salahkan designer. Penyanyi tersohor mcm tokti mmg level designer akan ikut taste dia or plus advise dr designer according to her taste. Dah mmg taste dia cenggitu. Motip nak salahkan designer
Quote rosevelvet 1-3-2019 12:13 PM
siq replied at 1-3-2019 11:53 AM
bukan ke dia memang selamanya fefeeling BBNU?

Xtau mcmn nk ckp yer. Tokti ni baik. PR dia mmg bagus cuma perangai bbnu dia tu yg kekadang buat org rengsa. Tp sbnrnya dia x sakitkan hati org pun. Or tu sbnrnya masalah org yg merengsa tu?
Quote judicata 1-3-2019 12:15 PM
rosevelvet replied at 1-3-2019 12:09 PM
Xleh salahkan designer. Penyanyi tersohor mcm tokti mmg level designer akan ikut taste dia or plus ...

tu la pasal. kalau ct ofkos la baju tu dia bayar.. manada sponsor. designer kena la ikut kehendak ct, not the other way around
Quote kuchenta_81 1-3-2019 12:18 PM
September14 replied at 1-3-2019 11:52 AM
Aku sllu perati tokti bila cakap ke snyum ke rahang gigi bawah tu mcm dah senget sebelah... knapa jd ...

Yelah mcm senget kan?
tapi lately kalo dengar dia bercakap, macam mengulum lidah tu betul-betul
takleh ke dia cakap mcm biasa-biasa je, macam dulu.


Lihat semua komen(555)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076430 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top