CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakam Gambar Di Jambatan Kereta Api, Remaja Lemas Selepas Elak Dilanggar

1-3-2019 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5304| Komen: 25

Seorang remaja lelaki maut selepas terjun ke sungai bagi mengelak daripada dilanggar kereta api.


Kredit foto: BH Online/APM Tumpat


Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di jambatan kereta api tepi sungai Tok Selehong di Kampung Kok Pasir, Tumpat ketika mangsa bergambar bersama rakan-rakannya kira-kira jam 5.15 petang semalam.

Difahamkan, Mohd Haikal Firdaus Roslan, 15, meminta rakan merakamkan gambarnya yang berdiri di atas landasan.

“Pada masa sama, mangsa terdengar kereta api hampir melalui landasan itu menyebabkan dia panik," kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.


Kredit foto: Sinar Online

Bagaimanapun, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri ketika kereta api hampir sampai menyebabkan dia mengambil langkah drastik dengan terjun sungai supaya tidak dilanggar kereta api berkenaan.

"Rakan mangsa yang lain pula sempat berlari ke tepi landasan untuk menyelamatkan diri," katanya.

Tambahnya, sebaik kereta api melepasi kawasan itu, seorang rakan mangsa bergegas ke lokasi Mohd Haikal terjun dan cuba menyelamatkan rakannya selepas terlihat mangsa melambai-lambaikan tangan meminta tolong. Namun, usahanya gagal.


Kredit foto: Sinar Online

Dilaporkan, mayat mangsa berjaya ditarik ke tebing sungai oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian sebelum dibawa ke Hospital Kelaboran untuk bedah siasat. - CARI
5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote precious_chicas 1-3-2019 05:58 PM
Innalillahi wainnailaihirajiuun.

Nak bergambar upload kat fb punya pasal.
Quote sehirkedi 1-3-2019 05:59 PM
Takziah...sedihnya. Dah ramai yg 'pergi' disebabkan gambar.. Warga cari.. Kalau nak ambil gambar. Sila berhati2..
Quote kivio 1-3-2019 08:10 PM
Padan muka.
Natural selection.
Quote EvieWanKenobi 1-3-2019 09:25 PM
Innalillah.. punyelah banyak tempat lain
nak bergambar..
Quote MissCarcosa9753 1-3-2019 09:55 PM
Ya Allah pelik gini ingat kat India
Quote lolipopi 1-3-2019 10:37 PM
Lain kali nak bergambar check kiri kanan depan belakang dulu
Quote anakkerengga 1-3-2019 10:49 PM
Aku ingat kan org pompuan je yg jenis batak bergmbr tmpt2 bhy utk popular.. lelaki pun sama...adehhhh
Quote sukacactus 1-3-2019 11:08 PM
Segalanya utk pic kat socmed
Quote Malaysia.Doom 1-3-2019 11:11 PM
Main Kat landasan keretapi???
Quote jcja82 1-3-2019 11:50 PM
bertabahlaaa keluarga...
Quote Skuau 1-3-2019 11:54 PM
kalo nk amik gambo kat jalan ketapi...pi la Kuching nun...ketapi x der nya lalu...sb tu nma jalan jer....x caya..tanya dol atau FC.
Quote lee_sakura 2-3-2019 01:21 AM
takziah pd keluarga mangsa, moga jd pengajaran kt org lain yg nk bergambar kt tempat yg sama
Quote giyomi 2-3-2019 10:45 AM
perlu ker...perluker jadi bodo camne. apa2 pon takziah pada keluarga
Quote moonbug 2-3-2019 11:21 AM
Kalau tak terjun, kena gilis keretapi pulak. Memang dah ajalnya
Quote xtahumenahu 2-3-2019 11:25 AM
Sedih...sbb cam budak2 lagi...takziah buat keluarga
Quote RatuDunia94 2-3-2019 06:52 PM
Tengok jambatan mcm ada je ruang selamat nk berdiri kat tepi tu..

Quote guesswho09 2-3-2019 07:03 PM
RatuDunia94 replied at 2-3-2019 06:52 PM
Tengok jambatan mcm ada je ruang selamat nk berdiri kat tepi tu..

Nampak cantik tempatnya
patut la ada yg berminat nk bergambar
Quote ninja9 2-3-2019 07:10 PM
knp kawan tak selamatkan dgn cepat lepas dia terjun. semua ada kat situ, ker tak ada yg pandai berenang atau sungai tu besar dan dalam sangatkah..
Quote diss69 2-3-2019 08:36 PM
Sedihnya.. Al-fatihah utk arwah.. Sebaya dngn ank..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058304 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top