Perdebatan antara Lelaki VS Wanita memang tidak pernah habis. Masing-masing feminin dan maskulin akan mempertahankan gender dengan 1001 alasan. Istilah lelaki sampah dan juga gatal sentiasa bermain di bibir perempuan. Namun apabila ada remaja perempuan yang memuat naik gambar badan lelaki dari pinggang ke bawah sambil memegang aiskrim dengan kapsyen, "dua-dua aiskrim favourite saya." menyebabkan dia dikecam kerana membawa unsur 'double meaning'. Lebih teruk apabila dia tetap mempertahankan kenyataanya dengan alasan 'tiada apa'. Memang remaja (BBNU) sekarang tak tahu malu ke? Mungkin ada yang tidak perasan kaitan antara gambar dengan kapsyen tetapi sebenarnya lebih ramai yang memahami maksud tersirat yang dibawakan oleh Siti Nuranisha itu. Ia seolah-olah menyatakan yang Oshaaayanggg pernah mempunyai hubungan intim dengan teman lelakinya hingga sanggup membuat jenaka lucah itu. Hal ini membuatkan ramai netizen berasa malu dengan 'tweet' tersebut, apatah lagi Oshaaayanggg membawa imej wanita bertudung tetapi kata-katanya langsung tidak mencerminkan Islam. Bagi netizen jika pernah membuat maksiat sekalipun, tidak perlulah menghebohkan di media sosial seolah-olah berbangga dengan dosa yang dilakukan. Hal inilah yang menyebabkan bangsa lain memandang serong penganut Islam, ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. "Attention seeker teruk!" Begitulah yang diibaratkan netizen waras kepada perangai Osha yang seperti meminta perhatian daripada netizen. Malahan apabila dilihat 'tweet'nya sebelum ini, terserlah perangai tidak matang dan meminta dikecam. Tetapi apabila melakukan perkara bodoh seperti ini perlu bersedia menerima penangannya. Benarkah dia meminta perhatian dan dikecam? Ada juga kata-kata sokongan kepada status Osha ini dengan menyatakan "Alah, benda biasa lah tu." Mengapa hal ini berlaku hingga menganggap perkara maksiat sebagai betul? Osha akhirnya memberi respon kepada segala kecaman tersebut dengan berpesan supaya netizen yang mengecamnya berhati-hati dalam berkata-kata, bimbang jika ia berbalik kepda pengadu. Bagaimanapun, setelah dikecam bertalu-talu akhirnya Osha menyahaktifkan akaun Twitternya, namun status dan gambar memalukan tersebut masih berligar-ligar di media sosial lalu diperkatakan oleh netizen. Kenapa remaja sekarang mempunyai perangai sebegini? Berbangga dengan maksiat lalu menyebarkannya supaya orang lain tahu? Apa jawapan anda? - CARI |
intan_smsb replied at 4-3-2019 10:42 AM
buat jaat pun tayah show off satu donia
kan sendiri jugak malu
insulin replied at 4-3-2019 10:44 AM
Lain macam je cara budak2 zaman sekarang dahagakan perhatian.
intan_smsb replied at 4-3-2019 11:26 AM
kalau laki binik pun tak digalakkan buat begini
memalukan betol
ADVERTISEMENT