CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sampai Bila Pelakon Umur 30an Pegang Watak Pelajar Kolej?"

4-3-2019 10:22 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 27169| Komen: 159|Original author: Oleh: Azza




Slot drama Melayu memang banyak di stesen televisyen. Sementelah lagi sambutan yang diterima juga turut memberangsangkan. Namun yang menjadi masalahnya ialah pelakon sama sahaja membintangi hasil karya tersebut. Ia dikitar semula dengan menjarakkan beberapa drama kemudiannya mengambil pelakon yang sama dengan alasan "Itu yang penonton mahukan."

Persoalannya benarkah penonton mahu pelakon sama walaupun watak yang ditawarkan langsung tidak kena dengan pelakon tersebut? Betul kah kita ketandusan pelakon muda hingga terpaksa mengambil pelakon 30an sebagai pelajar kolej?


Kredit foto: Twitter

"Peliklah, serupa tiada orang lain."

Drama yang dimaksudkan ialah kisah "Cinta Tanpa Henti" lakonan Aeril Zafril, Elizad Sharifuddin dan Faradhiya. Dengan memulakan kisah remaja kolej bercinta menyerlahkan ketidaksesuaian karektor tersebut berlakon. Ia seperti janggal melihat usian 30an memegang watak sebagai remaja. Apatah lagi apabila ibu dan ayah watak utama (Elizad) adalah Arash Mohamad dan Sherry Merlis. Netizen merasakan Arash dan Sherry sebenarnya boleh menjadi adik beradik atau pun suami isteri!


Kredit foto: Carian Internet
Bukan sahaja umur pelakon yang membawakan watak tersebut tidak kena, malahan jalan cerita yang tidak logik seperti sebuah keluarga yang memiliki syarikat penerbangan seolah-olah ianya tidak berpijak dibumi nyata. Malahan beberapa adegan juga dipersoalkan seperti menulis 'boarding pass" dengan tangan dan sebagainya.

Ia membawa kepada persoalan mengapa syarikat produksi masih di takuk lama dengan mengambil pelakon sama? Apa jadi dengan Akademi atau Institut Pengajian Tinggi yang memfokuskan pada industri seni? Kemana graduan-graduan ini? Hanya segelintir sahaja yang berada di dunia 'mainstream', selebihnya?





Kenapa? Mengapa? Tiada pelakon muda yang sesuaikah boleh membintangi drama ini? Atau memang produksi pilih kasih? Atau kita harus menerima pelakon memegang watak anak nampak sebaya dengan ibu dan ayahnya? Anda tentukan. - CARI 
6

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 4-3-2019 10:26 AM
Drama yang elizad jadi heroin semua sampah
Quote sambaldurian 4-3-2019 10:28 AM
Haha, ayah ak komen knp mak ayah anak ni sama tua. Yela taw la nk buat watak terjumpa kembali10 tahun akn dtg ke, tp ak rs pun x sesuai.
Quote sranua 4-3-2019 10:31 AM
Tu yg masalah Aswara nak ambik student..tp kerjaya kt luar dah kena bolot dgn pelakon otai.
Quote Badigol 4-3-2019 10:31 AM
layan juga cerita ni 2 episod leas..tapi tak boleh hadam dgn pelakon..semua kertu..jalan cerita cliche..ank jutawan pemilik airlines apa ntah bercinta dgn pelukis jalanan..tak ada chemistry lgsung antra hero heroin..geli tu ada la..aeril dan elizad..make up pn nmpk kusam je semua pelakon dlm ni..so i dah stop tgk..
Quote ira_229 4-3-2019 10:33 AM
anggap aja diaorang ni repeat berkali2 sebab bebal sangat...
Quote julia5094 4-3-2019 10:33 AM
Hmmmm..kalau elizad tu muka kanak2 riang, tapa la jugak. Ni muka kertu dah pun..Pelakon lelaki tu nampak macam adik pulak...
Quote EvieWanKenobi 4-3-2019 10:34 AM
kalau Aeril ni berlakon memang tak
lalu nak tengok..
Quote aderaderker 4-3-2019 10:36 AM
Berdasarkan kisah benar anak TF ke ni
Quote rosevelvet 4-3-2019 10:36 AM
Acikgomen replied at 4-3-2019 10:26 AM
Drama yang elizad jadi heroin semua sampah

I ingt lg kat melodi sheol condemn pelakon yg x commit kerja. Kononnya x menghormato "naskah" yg diberikan. Choiiii. Aiol ada nonton citer ni sambil2 iron baju. Ingtkan kisah cinta org matang.. Xtau plak sheol pgg watak student. Punya la aiol x fokus
Quote rosevelvet 4-3-2019 10:39 AM
Watak dlm citer melayu mmg x logik.. Watak mak2 urban sume muda2 sama tua ngn anak. Vongok la
Quote lina21 4-3-2019 10:45 AM
kalo dah geli sgt tgk remaja purba kat tv3, tgk yg muda2  citer astro kol 10 tu...elizebet tan berlakont.tapi amoi ni kayu la berlakon
Quote mixed 4-3-2019 10:50 AM
punya ramai pelakon muda bole jd
bdk kolej yg kertua plk di amik berlakon

patut nya elizad jd mak arash jd bapa  
sherry jd nenek

aril bole la jd bdk kolej buang jambang
pelakon ppuan yg jd gf aril amik la
pelakon baru bk kan

ada pelakon ppuan berlakon drama petua nenek tu [k ok berlakon jd bdk kolej
nelly,ungka,ayda jebek,janna

Quote paz 4-3-2019 10:53 AM
Tapi Elizad ni dah tak boleh berlakon umur remaja. Dia gang Fasha lah tak boleh jadi remaja.

Walau dunia reality memang ramai remaja nampak tua dari usia.
Quote c===8 4-3-2019 10:55 AM
tu belum muka2 tua berlakun jadi budak sekolah menengah
setakat buang misai je
Quote supermum 4-3-2019 10:57 AM
Sebab cerita ni start konon-konon dari zaman dorg remaja. Kalau korang perasan, henpon masih model zaman dedulu. Zaman myspace ni. Tunggu episod lama sikit kot, baru masuk zaman sekarang. Ada sekali tu Elizad berlakon jadi pompuan muda umo 23 ke 22. Yang dia sakit tu. Omaigod sangat. Tak pandai pilih pelakon ke hapa.
Quote Badigol 4-3-2019 11:01 AM
lina21 replied at 4-3-2019 02:45 AM
kalo dah geli sgt tgk remaja purba kat tv3, tgk yg muda2  citer astro kol 10 tu...elizebet tan berla ...

drama tu pun i tgk smpai episod 4 je..slow sgt jln crita..SK dan eliz kurg best pairing ni..agk kesenduan juga cerita SK kali ni compare dgn drama drama dia yg meletop sblm ni mcm nur dan tacs (dgn zahirah).
Quote AmandaRollins 4-3-2019 11:01 AM
Hahahaha..mak iolsss pun komen jgk pasal ni...heroin tua kepala kecik ni panggil2 arash papa/daddy cm x logic...
Quote AmandaRollins 4-3-2019 11:03 AM
Lagi satu nk komen pasal mekap pelakon2 drama ni...mcm badut sekor2...another drama sampah
Quote hijau88 4-3-2019 11:10 AM
Itu la lum lgi ada yg bw watak budak sekolah. Umur dah berapa. Klu umur 25 ke bwh bleh diterima lgi la.
E.g: zara zya.
Mcm kerap sgt dia bw watak budak skolah.

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052667 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top