Tak perlu extravaganza sangatlah lauk orang Melayu ni. Cukup dengan ikan rebus cicah air asam sahaja sudah cukup membolehkan impian diet anda untuk hancur!
Bahan-bahan: *4 ekor ikan kembung (ikan lain pun boleh)
*2 biji bawang besar (potong dadu) *1 biji tomato (potong dadu) *1 biji limau kasturi *4 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing) *Semangkuk air asam jawa (lagi pekat lagi kaww rasa kuah) *Seinci belacan yang sudah dibakar *Gula dan garam secukup rasa
Cara masak: 1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan rebus sehingga masak bersama sekeping asam keping. 2. Ambil air rebusan ikan mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan dan masukkan belacan serta air asam jawa. 3. Masukkan bawang, tomato serta cili, dan gaulkan sebati. 4. Perah limau kasturi, masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul rata kemudian curahkan bancuhan tadi ke atas ikan. *Kalau tak nak susah-susah potong dadu, boleh sahaja potong panjang. Lebih mudah. |
6
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 14-3-2019 12:55 PM
berair mulut walaupun dlm gmbr nmpk x sedap
iznanaziz replied at 24-4-2019 04:00 PM
ko ni chinta...
tapi bila makan...pasti nasi bertambah
adila39 replied at 15-12-2019 04:31 PM
Dah masak, tq TT... cuma kita pakai ikan siakap apa yg ada.. sedap gak.
ADVERTISEMENT