Kenyataan ini bukan sahaja diperkatakan oleh netizen, bahkan pihak professional dalam industri fesyen antarabangsa juga setuju dengannya. Kini, Leah dan Ava telah pun mengikat kontrak modelling bersama beberapa agensi model ternama antabangsa, seperti LA Models dan antara jenama popular yang telah diperagakan oleh kembar ini ialah Nike, Disney, Mattel dan Target. KEHIDUPAN PERIBADI Pasangan Leah dan Ava Clements telah memulakan kerjaya model mereka seawal usia 7 tahun. Hanya dalam tempoh setahun setengah, kembar ini telah berjaya mengumpul lebih sejuta pengikut di Instagram dan gambar-gambar mereka dipenuhi dengan komen yang rata-rata memuji kecantikan semulajadi kanak-kanak ini. Menurut ibu mereka Jaqi, sungguhpun kehidupan mereka kini sibuk, Leah dan Ava tetap menyukai pekerjaan mereka. Jaqi merasakan umur 7 tahun merupakan usia yang sesuai untuk anak-anaknya mencuba bidang peragaan. "Saya menyusulkan idea ini (modelling) kepada mereka dan sekiranya suka, mereka boleh mencuba modelling di samping kelas menari dan berenang yang dihadiri setiap minggu." "Saya tak terkejut langsung apabila mereka mula melompat keriangan dan tidak sabar untuk memulakannya," kata Jaqi. Lebih menarik, abang kepada pasangan kembar ini, Chase Robert, turut dilantik oleh agensi model yang sama dengan adik-adiknya. Malah bukan adik-beradik ini sahaja yang mempunyai ramai peminat di Instagram, bahkan ibu bapa mereka turut menjadikan aktiviti bercuti di seluruh dunia sebagai kerjaya tetap mereka melalui gambar-gambar percutian keluarga ini. Wow, nampaknya kesemua ahli keluarga Clements ini mempunya paras rupa yang menawan dan pandai bergaya di hadapan kamera! -CARI |
ADVERTISEMENT