CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Bakal Timang Anak Kedua Tak Lama Lagi

7-3-2019 10:27 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4228| Komen: 12|Original author: Oleh: top5complete


Berita gembira buat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pelakon Puteri Sarah yang bakal melahirkan anak perempuan mereka dijangka pada 19 Mac ini. Kita doakan agar segalanya berjalan lancar dan proses bersalin dipermudahkan.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat, 34, berharap sangat dia dapat bersalin secara normal dan lancar. Dia tidak mahu lagi melalui penderitaan bersalin secara bedah seperti dilaluinya ketika melahirkan anak pertama mereka.

"Alhamdulillah, ini rezeki buat kami sekeluarga. Gembira dan syukur apabila doktor mengesahkan saya hamil anak perempuan. Insya-Allah, jika segalanya dipermudahkan cukup sepasang anak kami. 

"Kalau boleh berharap sangat dapat bersalin secara normal. Apatah lagi anak pertama dulu dilahirkan secara pembedahan. Namun, saya berserah dan ikut saja apa yang terbaik menurut pandangan doktor," katanya kepada Harian Metro.

Puteri Sarah dikatakan lebih suka duduk di rumah ketika ini kerana dia mudah keletihan dan perlu menjaga anak pertama mereka walaupun ada pembantu rumah.

Dia juga sering mengikut suami ke acara dan aktiviti lain terutama berkaitan dengan perniagaan. Dia lebih suka tinggal di rumah sendiri berbanding di rumah mertua, tambahnya. Ini dapat mengajar dia dan suami lebih berdikari.

Untuk pengetahuan semua, terdahulu pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul yang kini berusia dua tahun. - CARI


Baca juga

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearlspth 7-3-2019 10:41 AM
tahniah Sarah, semoga selamat dan lancar semuanya
Quote runiadreamer 7-3-2019 11:49 AM
alahai comelnyaa anak laki dia tuu rasa nk cubit ajee
Quote kiyudi 7-3-2019 11:55 AM
kapel x byk masalah...x byk show off...

low profile...

kipidap..... tahniah soul & sarah!!

Quote lee_sakura 7-3-2019 11:58 AM
suka tgk puteri sarah lps berubah...pandai samsol didik dia
Quote aleesyasofia 7-3-2019 02:28 PM
tahniah.. xlama lg dh tue..
Quote de_ikea 7-3-2019 02:59 PM
Manis sarah. Untung sheols dpt hidayah.
Semoga berbahagia.

Ttba teringat cerita aduh saleha by sarah dan mawi yg tak keluar2
Quote diss69 7-3-2019 03:21 PM
Tahniah bakal dpt ank ke 2..semoga dipermudahkan urusannya nnti..
Quote fuyupoktek 7-3-2019 03:24 PM
Penting sgt kr news ni dahla dua ari lps dgr news sama dlm radio
Quote pinkzara 7-3-2019 03:26 PM
Reporter BBNU. Kalau reporter bkn bbnu.. Tak buat berita mcm ni.
Quote indenial 8-3-2019 12:38 PM
Cantik sarah.  Kulit bersih je
Quote mawar_pink 8-3-2019 04:35 PM
kalo pmpn sepasangla...seronokla
Quote awexgaban7 10-3-2019 05:41 PM
tahniah diucapkan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.205860 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top