CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahana Kanta Lekap Berwarna, Anda Pilih Cantik Atau Merana Di Kemudian Hari?

6-3-2019 11:36 AM| Diterbitkan: alexis_fyy| Dilihat: 5960| Komen: 30|Original author: Oleh: alexis_fyy

Pemakaian kanta lekap berwarna kini menjadi suatu obsesi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, khususnya golongan remaja.  


Kredit foto: The Independent

Frasa 'Eyes are the windows to the soul' sering kali menjengah ke minda apabila berbicara tentang fesyen pemakaian kanta lekap berwarna ini. Sememangnya, warna mata seseorang itu boleh menambah seri pesona wajah.

Namun, demi penampilan, pemakai kanta mata berwarna terpaksa menaggung beberapa risiko dari segi aspek kesihatan oftalmologi.  Masyarakat kita ini menjadi terlalu taasub dengan trend kanta mata berwarna. Tetapi, mereka tidak pernah menyedari ataupun mengendahkan sahaja risiko pemakaian kanta kosmetik ini.

Wajarlah sebelum memakai sebarang kosmetik, kita perlu membuat sedikit kajian mengenai manfaat dan risiko sesuatu produk. Apatah lagi, apabila berkaitan dengan mata. Kita seharusnya bersikap lebih waspada kerana anugerah penglihatan adalah sangat berharga.


Gambar Hiasan

Pakar pembedahan laser mata Glenn Carp dari London Vision Clinic menyuarakan kebimbangannya terhadap trend pemakaian kanta mata kosmetik ketika ditemu bual OK! Online. 

Ujar beliau, kanta mata berwarna selalunya tidak dipadankan seeloknya mengikut preskripsi doktor memandangkan tedapat lambakan jenis kanta mata berwarna di pasaran. 

Rata-rata pemakai kanta mata berwarna tidak melakukan pemeriksaan mata yang teliti dengan pakar oftalmologi.

Berikut merupakan risiko-risiko pemakaian kanta mata berwarna:

1. Luka / calar pada lapisan atas biji mata (corneal abrasion)
2. Allergi, mata gatal, merah, berair
3. Penglihatan menurun
4. Jangkitan
5. Buta


Foto Kredit: ITV.com

Kajian terkini oleh beberapa saintis dar School of Optometry, The Hong Kong Polytechnic University mendapati permukaan pigmen kanta mata kosmetik mempunyai kadar kelekatan bakteria (bacterial adhesion) yang lebih tinggi berbanding kanta mata biasa.

Oleh itu, hargailah kecantikan warna mata semula jadi anda. Jangan biarkan kanta mata berwarna merampas daya penglihatan anda. Jadikanlah frasa Inggeris 'beauty is in the eye of the beholder' sebagai pedoman anda sebelum mengikut trend kecantikan yang hanya memudaratkan. - CARI
11

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 6-3-2019 11:59 AM
2 kali aje pernah pakai zaman anak2 dara dulu, tobat terus sbb mata mcm rabun lepas pakai, padahal beli pun yg mahal pnya jual dekat kedai cermin mata. Skrg online melambak yg jual, kau pegi pasar malam pun melambak yg jual..rm10 pun dapat. Acah2 nk lawa mata kalah kokusen kaler biru hijau hujung2 rabun / rosak baik x payah
Quote Nana_Man 6-3-2019 12:00 PM
Laki i baru2 ni kene infection mata pasal contact lense usage. Contact lense biasa yg daily disposable lagi. Skrg serik dah nk pakai.
Quote haryatie 6-3-2019 12:06 PM
zamn pakai contact lense da berlalu
nasib baik msa gile2 pakai tu x jadi apa2
Quote Artemesiaa 6-3-2019 12:13 PM
Sentiasa syukur dengan warna mata yang tuhan dah berikan.  Nasib tak terjebak dengan benda sebegini hanya untuk fashion atau trend semasa
Quote paz 6-3-2019 12:34 PM
Paz pernah kena, corneal abrasion. Serik dah. pakai masa memerlukan aja, contoh dinner. so akan pakai 2 hours aja. abis dinner dalam keta cabut buang. pakai spek.
Quote Iema5008 6-3-2019 01:34 PM
Aku pengguna tegar lens tp  daily disposable pya atas tuntutan kerja.. nak guna spec mmg payah.
Biasa guna x bkaler sbb silau..
Cara penggunaan kena betul... sbb aku hidup nomad haha jalan sna sini aku mmg x akan guna monthly punya... sblm pasang lens pastikan tangan dan jari jemari bersih. Dan pasang sblm guna make up ka atau mma2 skin care. InsyaAllah okay
Quote alexis_fyy 6-3-2019 02:02 PM
Banyak betul kisah kesan negatif yang dialami para pengguna lens berwarna ni. Tapi sayangnya masih ramai masyarakat kita yang main beli sahaja lens di pasar malam atau stokis kosmetik
Quote Meiizu 6-3-2019 02:22 PM
dah sethn rabun ..pakai spec, teringin nak pakai lens tapi takut nak pegang mata sendirikk
Quote fifie_olin 6-3-2019 02:24 PM
penah skali aku try lens akak sorg tu
aku letak je kat mata...
trus rasa pedih
pening kepala aku
sejak tu tobat x nak pakai dah
biar la yg asli...lg syantikkk
Quote bellaa 6-3-2019 02:53 PM
lens ni kalo boleh pakai within 4jam je.
lebih dari tu mmg mata rasa discomfort la.
bila mata dah rasa kering, cepat2 la titis eye drops.

dan kena hygine..
bila nak pakai cuci tgn bersih2. lap tgn pakai tuala bersih.
bekas lens pom selalu la basuh.

jgn pakai waktu tido / mandi / swim / masak
time masak tu sebab heat dari dapur akan buat lens jadi mengembang.

sebab so far i pakai mmg okay ja.
gpon ai ada jual lens kaler2.

nama pom mata.. kena la jaga lek lok.
tu jela nak cakap.
Quote kucingitam 6-3-2019 03:33 PM
gunalah yang dbeli di kedai cermin mata..mahal memanglah mahal..pakai sekali je, tak best lah, pakai spec je
Quote buapakperut 6-3-2019 04:25 PM
mujur iols tak rabun. member2 ada jual lense kaler2 korea, tengok ada yang cantik juga, tapi iols tak berani, walaupun mata iols tak cantik, siap ada dirty sclera lagi. huhu
Quote lilacomot 6-3-2019 06:18 PM
Sepupu aku pkai smbil bwk tdo..bgun pg bukak cuci2 pastu pkai blik
Quote alexis_fyy 6-3-2019 07:14 PM
lilacomot replied at 6-3-2019 06:18 PM
Sepupu aku pkai smbil bwk tdo..bgun pg bukak cuci2 pastu pkai blik

Ni geng2 mata kebal agaknye. Terbaik lahh
Quote ikanmasin 6-3-2019 08:08 PM
akk mmg tak berani..takper la sanggup lg pakai spek saja...
Quote farlis 6-3-2019 09:04 PM
I kagum org yg terer pki lense ni. I penakut..  I x suka sgt tgk org yg terover pki contact lense kaler2..
Quote Sazida 6-3-2019 09:09 PM
Kasi i sejuta pn i takkan pakai contact lens ni. i takut. Pakai je la spek wlpn cermin calar.
Quote alexis_fyy 6-3-2019 09:32 PM
tak faham lah kenapa masyarakat Malaysia ni nak pkai lens kaler. kalau dah muka asia tu muka asia jelah. x payhla nk susah2 acah kaler mata tu mcm mat saleh. dh elok dh kaler mata orang asia ni haa
Quote Beautifulliar. 6-3-2019 10:04 PM
farlis replied at 6-3-2019 09:04 PM
I kagum org yg terer pki lense ni. I penakut..  I x suka sgt tgk org yg terover pki contact lense ka ...

Meols pkai lense dh lebih 10thun start dr form6 dlu.ada spek tp xsuka pkai sbb mcm gnggu gitu xluas pmandangan. So sbb dh lm pkai lense meols sap sap soi jah xyh tgok cermin bila pkai.Meols beli kt kedai spek ada gk utk daily n ada gk utk monthly. Klo hat mgarut kaler2 jual kt psr mlm xyh la tpgaruh tu lense murah pkai skali mata trus merah.

Tp mkesure tgn brsih n lense kne skmo rendam/cuci.Tp kdg meols pnat bila blik kje trus tido xsmpat bukak lense bila tsedar tgh mlm tu mmg rs kering ler mata n lense xbgerak. Kelip byk kali br ok.Pehtu bukak la lense tu.

Pnh gk meols pkai pehtu tlelap bila bgun mata jd rabun sblh tgok xde lnse kt mata gsok2 xde kuar lak. Mgkin jtuh or mgkin ada dlm mata.Tp xde skit ape2 sbnrnye mmg bhy membwk smpai tido sbb klo kt dlm tu boleh jd kanser mata.

Tp klo contohnya mmg lense ada kt dlm tu gsok je pelan, sbb lnse tu cuma duk kt kelopak mata n bila gosok nti ia akn beralih g kt bebola mata itam kita mcm biasa.bila xde jgk, kne g kt doktor n doktor ada cecair khas utk kluarkn lense tu.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060602 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top