CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Mangsa MH370 Tetap Telefon Anak Tiap Minggu

8-3-2019 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6037| Komen: 42

"Saya tidak peduli apa pun orang kata, saya akan tetap telefon dia walaupun untuk tinggalkan beberapa patah perkataan dalam sistem pesanan ringkas."

Itulah yang dikatakan oleh seorang petani di China, Lo Eryou yang mengakui cuba menghubungi telefon anaknya yang merupakan salah seorang daripada 239 mangsa pesawat MH370.

Walaupun tidak berjawab, lelaki ini tetap melakukan 'perkara wajib' itu setiap Sabtu. 

Katanya, anaknya Li Yanlin ketika itu berusia 30 tahun, antara yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 bersama 153 lagi warga China yang lain. 

Kredit foto: Astro Awani

"Anak saya adalah orang pertama di kampung kami yang dapat menaiki kapal terbang untuk pergi ke luar negara," katanya kepada Reuters. 


"Walaupun telah lima tahun berlalu, saya tidak akan menyerah dan tidak akan berputus asa,

“Saya akan terus mencari anak saya,” katanya yang sanggup meninggalkan kampung dan mengabaikan tanamannya kerana berulang alik ke Beijing bagi menghadiri pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia dan China. - CARI 
9

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-3-2019 11:12 AM
kesian bapanya.. rindu tak berkesudahan..
Quote pearlspth 8-3-2019 11:18 AM
mesti orang kampung petani ni ada kegusaran nak naik kapal terbang sebab orang pertama naik hilang, flight pun hilang
Quote Artemesiaa 8-3-2019 11:28 AM
Pasti itu satu2nya anak dia mana tak jadi macam tu.  Hari ni genap 5 tahun kes ini berlaku moga semua keluarga mangsa terus tabah
Quote tobby 8-3-2019 11:29 AM
Mahathir kata dia tahu...siap mcm2 teori konspirasi atok tu cakap sebelum pru14
Quote ira_229 8-3-2019 11:31 AM
dah lah cina cuma ada seorang anak dlm keluarga...
Quote MissVixen 8-3-2019 11:33 AM
Kesiannya. Anak sorang je ke pula?
Quote little_sis 8-3-2019 11:33 AM
sedihnyaaaa....
Quote noor2 8-3-2019 11:35 AM
Sedihnya. ..hanya tuhan yg tahu kesedihan bapa ni...moga ada keajaiban untuk mh370 dijumpai
Quote kucingitam 8-3-2019 12:03 PM
kesiannya...dahla org pertama dlm kampun tu yang dpt naik kapey teghobang
Quote mrsLucky 8-3-2019 12:20 PM
So sad...menangis i baca
Quote ikanmasin 8-3-2019 12:36 PM
sampai bila2 pun mak bapa tak akan lupakan anak.dah la tu jer satu2 nye anak diaorg..
hilang tanpa dpt dikesan masa naik kapal terbang pl tu..selagi tak jumpa selagi itula
msh berharap..
Quote RatuDunia94 8-3-2019 12:54 PM
Teringat cerita KAMSIA.. KAMSIA..

Tp no phone kalau dh x akti utk certain period bukan no tu akan di guna semula utk pelanggan lain ke? X tau lah kalau kat china mcm mana..
Quote Elle_mujigae 8-3-2019 12:55 PM
Setiap kali naik flight mesti teringat kes ni..
.misteri sungguh....
Quote nanny_1 8-3-2019 12:58 PM

tak terbayang rasa rindu yang tak terucap.
kita rindu orang tapi orang tu dah takda dan tak boleh bagitau kita rindu dia.
Quote 7doors 8-3-2019 01:21 PM
Cukup2 la tu bersedih..dah sah2 mangsa semua mati x payah nak closure bagai.. Bazirkan masa tenaga n duit je.
Quote mieymiey 8-3-2019 01:45 PM
Anak saya adalah orang pertama di kampung kami yang dapat menaiki kapal terbang untuk pergi ke luar negara


Dah la orang pertama, terjadi pula tragedi MH370
Quote ninjago 8-3-2019 01:48 PM
sedihnya.. bapak dia rindu kat anak and still tak putus harap..

and anak dia org pertama kt kampung dpt naik kapal terbang..?
Quote missinpiece 8-3-2019 01:50 PM
{:cryrun rindu pada yg tiada  
Quote Manjahati 8-3-2019 01:52 PM
Kesiannya kat pakcik ni... Rindu tiada kesudahan

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.105340 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top