CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah Dengan Ekzos Lepas Tegur Suami Marah Anak

8-3-2019 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2771| Komen: 11

Berang tindakannya memarahi anak ditegur, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya dalam kejadian 3.30 petang di rumah kongsi, Ladang Bagahak 2, Tungku di Lahad Datu, kelmarin, lapor Harian Metro.


Selain menumbuk muka wanita warga tempatan itu bertubi-tubi sehingga matanya lebam dan bibir pecah, suspek turut memukul belakang badan mangsa dengan ekzos motosikal.


Kredit foto: Harian Metro/NSTP

Difahamkan, kejadian berpunca apabila lelaki itu memarahi anak mereka kerana bertengkar ketika bermain sebelum mangsa mempertahankan kanak-kanak berkenaan.

“Suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan ladang berkenaan kemudian bertengkar dengan isterinya sebelum memukul belakang isterinya menggunakan ekzos motosikal.


“Mangsa bersama anak-anaknya melarikan diri ke rumah ketua kampung yang tinggal berdekatan. Namun tidak lama kemudian suspek datang dan terus memukul muka dan badan mangsa bertubi-tubi,” kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Tambahnya, suspek melarikan diri selepas ketua kampung meleraikan keadaan sebelum melaporkan kejadian kepada majikan suspek yang kemudian mengantung kerja lelaki terbabit.

Mangsa yang mengalami bengkak dan lebam di kedua-dua bawah mata, pecah bibir serta lebam dan bengkak pada kedua-dua tangan dan belakang badannya membuat laporan polis.

Suspek berjaya ditahan dalam Ops Cantas Khas/Pintu di kawasan ladang di Jalan Tungku pada jam 1.30 tengah hari, semalam.

“Suspek yang ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," ujarnya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • edmorita79

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 8-3-2019 12:52 PM
Kena kat i mmg tiada maaf bagimu la
Quote Sazida 8-3-2019 02:37 PM
vee_zara replied at 8-3-2019 12:52 PM
Kena kat i mmg tiada maaf bagimu la

Sama lah., tak guna hidup dgn jantan mcm ni.
Quote kroit92 8-3-2019 02:45 PM
manusia baran macam ni hati-hati weyhh
Quote batmana 8-3-2019 02:50 PM
tips memilih suami

1. jgn pilih bakal suami yg bersepah besi buruk ekzos di rumahnya, silap2 hang kene belasah dgn benda tu.
Quote buapakperut 8-3-2019 03:16 PM
bagusla ko bagi dia dipenjara dari berlakikan predator camtu, sikit2 nak belasah orang.
Quote CiliPadiSedap 9-3-2019 11:42 AM
Tips memilih suami. Jangan memilih suami suri hati mr ekzos
Quote MMlava 9-3-2019 11:47 AM
bodoh lelaki ni kawin dgn pompuan bodoh

sampai nak didik anak sendiri pun tak boleh



Quote MMlava 9-3-2019 11:50 AM
pompuan yg baik, sebelum si bapak marah anak, si mak dah tegur anak

kau buat la nakal, degil keras kepala, nnt pak kau balik, siap kau



Quote pai.kacang 10-3-2019 09:58 AM
malangnya laa dapat suami macam ni. kesian.
Quote Burong_Hantuk 10-3-2019 11:00 AM
ganasnya...dasar dayus
Quote onexox97 10-3-2019 11:37 AM
Mujur exsos sejuk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.267265 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top