CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke 'Free Hair' Lagi Senang Dapat Kerja Dari Bertudung?

8-3-2019 04:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9474| Komen: 59|Original author: Oleh: Azza




Persaingan mendapatkan pekerjaan. 
Adakah ia dinilai dari kaum majoriti atau minoriti?
Atau penampilan semata-mata? 

Begitulah antara intipati yang dikupas oleh sebuah portal yang memaparkan hasil kajian sosial masyarakat mengenai perbezaan penampilan pencari kerja dalam mendapatkan kerja tersebut.

Memfokuskan pada perbezaan kaum ketika sesi menghantar 'resume' hinggalah temuduga mendapat pelbagai reaksi. Namun dalam konteks ini, penulis mengambil sisi antara dua pencari kerja Melayu iaitu berhijab dan yang tidak berhijab. Sampel diambil daripada orang yang sama namun diubah penampilan lalu dibuat pemerhatian.


Hasil kajian mendapati responden wanita yang 'free hair' mendapat lebih banyak panggilan berbanding dirinya yang juga bertudung. Persoalannya mengapa gadis yang 'free hair' lebih mudah mendapatkan kerja berbanding mereka yang bertudung?


Kredit foto: Twitter

Selain dari perbezaan kaum yang menjadi topik perbualan mengapa majikan memilih bulu, penampilan calon pekerja juga dipertaruhkan. Walaupun Zulaikha Asyiqin dan Nur Sakinah adalah orang yang sama tetapi berbeza gaya sahaja, majikan seolah-olah lebih cenderung untuk memilih Zulaikha. Adakah kerana pemakaian tudung membuatkan majikan berasa kurang selesa atau ia dianggap mencemarkan imej syarikat?
Ada netizen yang pernah mengalami situasi tersebut iaitu perlu membuat pilihan antara kekal bertudung tetapi tidak mendapat kerja atau boleh menanggalkan tudung dan diterima bekerja di sebuah butik antarabangsa. Jadi, ia terpulang kepada calon tersebut sendiri sama ada mahu mempertaruhkan maruah atau tidak.

Kredit foto:
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Baginya bertudung atau tidak adalah faktor kecil untuk mendapatkan kerja kerana yang lebih penting adalah ciri-ciri yang ditampilkan oleh syarikat yang menentukan sama ada sesuai atau tidak diterima bekerja.

Malahan, segelintir netizen berpendapat ia adalah perbandingan yang tidak adil kerana perbezaan 'resume' antara Zulaikha dengan Sakinah sendiri sudah mencerminkan bias di situ. Perbezaan universiti, persatuan yang diwakili, pengalaman kerja dan kemahiran juga berbeza. Jadi, mengapa apabila mahu dibuat perbandingan, ia hanya mengenai tudung dan tidak bertudung sahaja?

Kredit foto: Twitter
Kajian ini mungkin mengambil kira syarikat-syarikat antarabangsa atau milik persendirian yang mempunyai ciri-ciri tertentu tatkala memilih calon pekerjanya. Bagaimanapun statistik ini juga mencerminkan masih ada sikap 'pilih bulu' antara hijab dan 'free hair'. Sampai bila ia harus berlaku? - CARI 

3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 8-3-2019 05:44 PM
mesmerize: tak ada la.. kat kampeni ai kerja semua malay ladies jenis pakai tudung.. dari dulu pun new hire malay ladies semua bertudung.. yang interview lelaki  ...

Tu company awak kerja..mcm mna dgn company2 lain yg awak tak kerja??niborg buat kajian..kalau buat kajian kat company awak saja tak la resultnya mcm tu..lahaiii itu tu pun nak aku explain ka??haishhh
Quote clarizsa 8-3-2019 05:50 PM
Bohong
Apa kaitan tudung plak
Quote MMlava 8-3-2019 05:53 PM
bukan je yg bertudung susah dapat kerja

malah ramai je yg kena berenti kerja lepas insaf pakai tudung

Quote dokupangg 8-3-2019 06:00 PM
matbad: Tu company awak kerja..mcm mna dgn company2 lain yg awak tak kerja??niborg buat kajian..kalau buat kajian kat company awak saja tak la resultnya mcm t ...


Kan.

Ini beza antara “kajian” dan “pemerhatian”. I tengok atok I hidup sampai 92 tahun tapi merokok, tak bermakna merokok tu boleh tambah usia dia.

One important thing kat sini adalah kedua-dua candidate itu adalah org yg sama - same qualification, same background, except nama dan penampilan diubah. Netizen-netizen yg pakar tlg baca habis-habis sebelum nak bagi komen membina.

Semua kaum kat Malaysia ni ada diskriminasi mereka sendiri. I tak cakap 100% and this is not a general statement but dicrimination dan bias MMG WUJUD. Pegi company cina they tend to hire chinese, pegi company melayu they tend to hire melayu.

Iols sendiri keje dgn company cina but I do admit discrimination happen somewhere and we need to rectify this problem. Jgn sebab nasib kau helok ko pejam je mata when someone say something about our society.
Quote mesmerize 8-3-2019 06:11 PM
matbad replied at 8-3-2019 05:44 PM
Tu company awak kerja..mcm mna dgn company2 lain yg awak tak kerja??niborg buat kajian..kalau buat ...

okla.. maafkan kenyataan bimbo ai.. ai delete komen tersebut ya
Quote seri_mawr 8-3-2019 06:11 PM
sesetgh tempat mmg mereka nak org tak pakai tudung...
adik aku pernah gi interview (pakai tudung) hotel area KL sentral...

1 week after hotel tu offer dia keje....tapi syaratnya dia kene bukak tudung...tinggi jugak derang offer untuk 12 tahun sudah starting at 2800 gitu...apo post aku tak sure....

tapi adik aku tolak...

tgk tempat mana kita apply kerja aku rasa klu nak yang bertudung n tdk ni..
Quote CharlesDera 8-3-2019 07:43 PM
Airun replied at 8-3-2019 07:36 PM
biasanya wanita berjaya adalah freehair
srikandi melayu zaman dulu pun freehair
cik siti wan kem ...

penduboq etis pun tak semua berjaya...ini bermakna jadi penduboq etis kononnya menyanjung akai pun tak semestinya berakai..contohnya bila ditanya apa asai usui kejadian manusia dan alam..kawan hang si duannASS tu jawab magiccc...wakakakakakkakakaka
Quote muggleDylla 8-3-2019 07:46 PM
Nak buat survey mesti la kena benda yg sama and beza tang free hair or hijabis je..udah kalau resume pun lain2 acaner nak bezakan permintaan market..apa2 pun bg i depends atas syarikat tu kot utk position ape..and depends bahagian HR nak personality yg cemana..
Quote batmana 8-3-2019 08:26 PM
mmg la free hair byk dpt keje berbanding berhijab
psl keje skop neraka mmg byk perlu free hair

Quote nolya 8-3-2019 08:31 PM
Airun replied at 8-3-2019 08:23 PM
dah namanya hijab
memang la kalau terhijab
betul tak ?

Pse bagi contoh kerja ape yg tak campur lelaki dn wanita?
Quote grouper 8-3-2019 08:35 PM
Resume diorg sama kan..yg lain cuma nama ngan gambo pkai tudung ngan x kan..so mmg betul la free hair sng dpt keje.. itu kesimpulan mudah.
Quote CiliPadiSedap 8-3-2019 08:59 PM
Tgk abg jat xpakai tudung jantina masih lelaki
Quote lkick2113 8-3-2019 09:11 PM
seri_mawr replied at 8-3-2019 06:11 PM
sesetgh tempat mmg mereka nak org tak pakai tudung...
adik aku pernah gi interview (pakai tudung) h ...

Kalau aku jd adik ko aku bukak tudung, aurat ni modesty ikut kesesuaian tempat
Quote cm_vungtau 8-3-2019 09:25 PM
Ikutlah pekerjaan apa. Kalau cikgu Zumba ke, memang lagi suka yang freehair sebab tak best tengok yang bertudung litup terlompat- lompat. Tapi kalau cikgu ke, receptionist ke, bagus yang bertudung, lagi2 yang muda2.
Quote dokupangg 8-3-2019 09:35 PM
Airun: biasanya wanita berjaya adalah freehairsrikandi melayu zaman dulu pun freehaircik siti wan kembang pun freehairjadi di sini pun nampak freehair itu ta ...



Ye bong zaman 70-an baru perempuan muslim mula bertudung, itupun tak ramai, yg ramainya masih pakai selendang letak kat bahu, so mmg tak surprising langsung kalau wanita berjaya dan tak berjaya pun tak pakai tudung pada masa ituuuu
Quote sharlenetexas 8-3-2019 09:35 PM
Iols dulu pernah kerja sekejap kat satu tempat ni. MD kata dia amik iols sbb tak pakai tudung. Dia kata nak macam Waheeda, Siti Nurhaliza, maksudnya ada yg bertudung dan ada yg tak.
Kawan iols kat kelantan, masa interview mmg nak staf yg tak pakai tudung sbb banyak jumpa customer.
Quote dokupangg 8-3-2019 09:39 PM
Airun: dah namanya hijabmemang la kalau terhijabbetul tak ?hijab tanda kuat agamajadi kena cari kerja yg sesuaimisalnya tak ada campur lelaki wanita



Oi bodo sapa kata hijab kena keje asing lelaki/perempuan? Agama mana ko refer nih. Kesian.

Dlm islam takde istilah doktor perempuan tak boleh bedah pesakit lelaki. Takde istilah lecturer perempuan tak boleh ajar student lelaki. Takde istilah perempuan berguru dgn ustaz lelaki.

Keluor lah kamu dari gua, cari akai sket.
Quote fox. 8-3-2019 09:43 PM
Airun replied at 8-3-2019 07:36 PM
biasanya wanita berjaya adalah freehair
srikandi melayu zaman dulu pun freehair
cik siti wan kem ...

Zame2 cik siti we kembe belum tubik lagi turban yuna, hijab sarang tebuan nilop, meme la cik siti we kembe bejayo zame tuh
Quote Mary_jane 8-3-2019 10:33 PM
Tengok juga bidang kerja nya apa. Working environment segala. Ada lah tu sebab nya company prefer hijabis or non. Macam yang prefer chinese speaking jah.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047357 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top