CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Doktor Palsu Perdaya Pesakit, Siap Buka Pusat Rawatan Kesuburan Sendiri Lagi!

9-3-2019 08:08 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 16326| Komen: 20|Original author: M&M

Zaman moden sebegini semua benda boleh dipalsukan. Sudah banyak kes penipuan yang berlaku di Malaysia yang membabitkan doktor gigi umpamanya. Pendek kata, semuanya sijil palsu!

Terkini, heboh di laman Facebook Pw Community bahawa sebuah pusat rawatan kesuburan di Selangor dikendalikan oleh seorang doktor pakar sakit puan palsu!

IG Mommies Wellness Centre


Pusat kesuburan yang dimaksudkan ialah Mommies Wellness Centre yang telah pun tular sebelum ini di Instagram, kononnya benar-benar mujarab dan berhasil dalam membantu pasangan yang ingin hamil. Lihatlah betapa ramainya pengikut IG yang telah tertipu. 

Pemilik Mommies ini tak lain tak bukan seorang yang menggelar dirinya 'Doktor' Kavitha Rajadurai atau lebih popular dengan nama Dr Kavi. Rupa-rupanya, dia hanyalah seorang  bekas pelajar bidang kejururawatan. 




Apa yang menambahkan lagi kekecohan ialah dia salah seorang anak murid Azizan Osman, dan idea untuk membuka Wellness Centre tersebut datangnya dari situ. Namun, pihak Richworks terkini mengeluarkan kenyataan bahawa Kavi tidak lagi diiktiraf kerana didapati melanggar peraturan. 



Di instagram Mommies Wellness Centre sebelum ini menganjurkan macam-macam jenis pertandingan, antaranya pertandingan bayi comel. Segala penyertaan dijadikan testimoni segera, yang kononnya testimoni klinik berkenaan, walhal peserta-peserta itu bukannya lahir hasil rawatan mereka. 

Terkini, ruangan komen di IG mereka telah pun ditutup. Bukan itu sahaja, bahkan pusat rawatan mereka pun nampaknya tidak lagi beroperasi. Persoalannya, di manakah Kavi?  Adakah dia sudah melarikan diri? 

Kredit foto: PW Community


Mujurlah hal begini cepat diketahui dengan adanya media sosial. Jom baca perkongsian pengguna-pengguna Facebook tentang Mommies Wellness Centre ini. 





Ada juga yang menyalahkan pihak KKM kerana membiarkan perkara sebegini berlaku akibat kurang pantauan. 



Salah siapa?  Nasi sudah menjadi bubur. Semoga kita dapat sama-sama berwaspada dengan jenayah dunia siber. - CARI

3

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-3-2019 08:14 PM
Hahaha titanium azizan osman pun phd palsu dapat anak murid pun palsu akhirat menjawablah
Quote pearl.silver 9-3-2019 08:29 PM
Wow.. Byk duit dia beli mesin dan alat2 berkaitan gynae
Rawatan kesuburan dia semata2 mkn produk dia je ke
Kot ada ivf ke iui ke apa2 ke
Quote CiliPadiSedap 9-3-2019 08:43 PM
pearl.silver: Wow.. Byk duit dia beli mesin dan alat2 berkaitan gynaeRawatan kesuburan dia semata2 mkn produk dia je keKot ada ivf ke iui ke apa2 ke

Kalau phd zizan mampu beli inikan anak murid zizan mesin celah gigi je
Quote Catpaw 9-3-2019 10:05 PM
doktor gigi pelesu, doktor o&g pelesu, harap ditangkap dikenakan tindakan sewajarnya. Acik2 bawang mesti dah mulakan risikan. Tak lama pasti dijumpai. Go bawang rangers go go go
Quote None68 9-3-2019 10:30 PM
Bahaya  betul klu dah smpi fake mcm ni..
Quote lee_sakura 9-3-2019 11:42 PM
bahayanya doktor palsu ni, kpd mangsa2 sila la buat laporan kpd kementerian kesihatan dan laporan polis jg...membahayakan nyawa org awam
Quote awaynepian 10-3-2019 06:49 AM
selamba gila bg org consume bnda...ntah slamat or x..b complex tu ok la lagi
Quote rosevelvet 10-3-2019 06:55 AM
My fren seblum ni preggy sbb ivf tp gugur. 3 thn kawen. X pnh preggy normal. Pastu consume wpro 3  botol. Alhamdulillah preggy. Tp x lm jugak.. Gugur. Sian dia.  
Quote Nana_Man 10-3-2019 09:49 AM
rosevelvet replied at 10-3-2019 06:55 AM
My fren seblum ni preggy sbb ivf tp gugur. 3 thn kawen. X pnh preggy normal. Pastu consume wpro 3  b ...

Gynae ada ckp sebab gugur jgk tak? Kadang2 pasal ada bagian peranakan tu lemah, tu yg buat gugur.. kalau pregnant lg mgkn kene bedrest..
Quote RatuDunia94 10-3-2019 10:34 AM
Xde pemantauan ke? Iols rasa masyarakat wajib melaporkan atau pon menyemak setiap klinik swasta or pusat2 rawatan yg berhampiran sebelum mendapatkan servis.
Quote eimila 10-3-2019 11:49 AM
Macam-macam kepalsuan dlm dunia skrg..
Quote makita 10-3-2019 01:06 PM
Dunia sekarang kalau nak kaya, tak bole nak malu-malu menipu. Kalau muka tebal mmg sampai kiamat la tak kaya. Selagi hidup kejar la $$$$ sampai abang jamil mampus.
Quote rosevelvet 10-3-2019 01:37 PM
Nana_Man replied at 10-3-2019 09:49 AM
Gynae ada ckp sebab gugur jgk tak? Kadang2 pasal ada bagian peranakan tu lemah, tu yg buat gugur.. ...

I rs mmg kena bedrest. Cuti kerja
Quote Nana_Man 10-3-2019 01:43 PM
rosevelvet replied at 10-3-2019 01:37 PM
I rs mmg kena bedrest. Cuti kerja

Kesian nye... harap2 ada lah rezeki ur fren in future...
Quote rosevelvet 10-3-2019 06:09 PM
Nana_Man replied at 10-3-2019 01:43 PM
Kesian nye... harap2 ada lah rezeki ur fren in future...

Amiiin. Kitorang tumpang simpati ngn sheol. Sheol ckp, sedih xde kata2 utk zahirkan kesedihan dia. Lg sedih bila sheol kata Allah lebih tau kesedihan sheol sblum Allah turunkan musibah tu kt sheol.
Quote Nana_Man 10-3-2019 06:21 PM
rosevelvet replied at 10-3-2019 06:09 PM
Amiiin. Kitorang tumpang simpati ngn sheol. Sheol ckp, sedih xde kata2 utk zahirkan kesedihan dia. ...

i dgr pun sedih.. ada org anak berderet smpi mintak bantuan pasal tak mampu. Ada nk dpt sorang pun susah..
Quote pai.kacang 10-3-2019 10:01 PM
"DR" ni bukan buka klinik.. dia buka wellness centre. maybe sebab tu luar dari bidang kuatkuasa KKM dan dia pun x tertakluk untuk pada rules and regulation klinik2 biasa. And satu lagi maybe tak pernah ada yang report KKM
Quote lemak_masin 10-3-2019 10:21 PM
Kalau ayat promote.. ‘kepakaran kami adalah...’ takyah lerrr percaya .. semuanye anak didik zizan semang.. dah byk kali aku kene tipu ngan anak didik zizan seman ni.. konsepnyee nak untung jee, apa2 pun boleh..
Quote naktaugosip 14-3-2019 04:37 PM
pai.kacang replied at 10-3-2019 10:01 PM
"DR" ni bukan buka klinik.. dia buka wellness centre. maybe sebab tu luar dari bidang kuatkuasa KKM  ...

Rasanya dia jadi berani sebab tiada Akta yang mengawal perkara ini. Akta yg ada dalam KKM skrg ni,akta yang kawal Doktor yg bertauliah/berdaftar,Akta utk doktor palsu ni memang takde,itu antara loophole nyer,so sebab tu kot depa2 ni berani sangat.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top