Jutawan emas dan bekas Setiausaha Agung MCA, Tan Sri Dato' Kam Woon Wah dikatakan telah menggugurkan anaknya, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow, Pengerusi dan CEO Peninsular Gold Limited serta cucunya Hannah Kam Zhen Yi, seorang peguam daripada senarai pewaris hartanya.
Dalam sebuah keratan akhbar yang beredar di media social, ahli politik yang juga seorang peguam itu mengumumkan telah memutuskan semua hubungan dengan Andrew Kam dan Hannah Kam. Kenyataan itu juga menyatakan keputusan itu adalah muktamad dan tidak akan ditarik balik. Selain menjadi Pengerusi dan CEO kepada Peninsular Gold Limited, Datuk Seri Andrew turut memiliki firma guaman Kam Woon Wah & Company dan beberapa syarikat perniagaan yang terlibat dalam pembinaan dan perladangan. Beliau telah menjadi Pengarah Peninsular Gold Limited sejak 2005. Hannah Kam Zhen Yi pula menjadi kebanggaan keluarganya beberapa tahun lalu apabila lulus peperiksaan guaman meneruskan tradisi keluarga Kam sebagai peguam selama tiga generasi. Walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan konflik anak-baranak ini telah lama berlaku, berita itu tidak menyatakan apakah punca jutawan itu memutuskan pertalian keluarga dengan anak dan cucunya. Keputusan beliau itu juga menimbulkan persoalan kepada rakan-rakan terdekat; 'Apa sebenarnya yang berlaku?' - CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sambaldurian replied at 10-3-2019 05:45 PM
Wow drama tvb, ingat akasia je ada drama. Klu akasia faktornya ada bini muda, suh sign surat itu ini ...
jazaa100 replied at 10-3-2019 06:00 PM
Cite dorang ni unik tau.....
Aku klu dgr cite konflik kuarga jutawan jutawan sepet punya family ...
ADVERTISEMENT