Perhimpunan Woman March Malaysia yang berlangsung di pusat bandar Kuala Lumpur memang hangat diperkatakan. Biarpun banyak isu yang dibawakan seperti hak kanak-kanak untuk belajar bukannya kahwin awal dan menyuarakan hak wanita untuk tidak diganggu kerana pemakaiannya, namun yang menjadi perhatian lensa kamera ialah perjuangan mendapatkan kesamaan oleh golongan LGBT dengan pihak lain. Selain itu, ucapan pengasas sebuah portal wanita dengan tajuk "Kerana Kita Adalah Wanita" juga menarik perhatian kerana ucapannya yang merepek. Netizen juga terganggu dengan pemakaian wanita itu yang disifatkan langsung tidak sesuai. Mahu menghapuskan sistem Patriaki (sistem yang menempatkan lelaki sebagai pemegang kuasa sama ada dalam politik, keluarga, ekonomi dan sebagainya), pertubuhan ini mengambil kesempatan untuk menegakkan hak wanita. Antara ucapannya itu ialah, "Kalau kita tinggikan suara, kita adalah perempuan bermulut celupar yang kuat membebel, betul ke?" "Apabila kita melakukan seks, kita ni adalah perempuan murahan, betul ke?" Ucapannya disambut kuat oleh hadirin yang hadir dengan menegakkan idea feminisme. Bagaimanapun ramai netizen tidak jelas dengan perjuangan yang diucapkan itu. Banyak benda yang merapu seperti lelaki berjalan ke bulan, pil perancang kehamilan dan lain-lain. Malahan, ucapannya yang menjerit-jerit membuatkan netizen tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dengan nada marah tersebut. Selain itu pemakaian yang tidak sesuai juga mendorong netizen terutamanya lelaki menjadikan ia sebagai jenaka seperti menyatakan ia seperti anjing laut dan sebagainya. Di samping itu, ada juga netizen yang mencadangkan supaya pertubuhan ini memperjuangkan nasib Ina Naim yang diketahui begitu patuh dengan suaminya, Suhaimi Saad dengan pelbagai idea mengarut. Bagi netizen, terlalu banyak pertubuhan yang wujud sejak akhir-akhir ini yang membawa agenda liberal dan feminin. Namun mereka sendiri kabur dengan perjuangan mereka. Jadi, ia sekadar mendapat dana dari insan tidak bernama kemudian menghuru-harakan keadaan dengan agenda yang tidak sesuai di Malaysia. Malaysia menuju era baru dengan ramai mula sedar dengan perjuangan dan hak kesamaan antara gender serta ketidakadilan dalam sosio politik. Namun, diharapkan ia tidaklah sampai mencemarkan nilai-nilai yang kita pegang selama ini. - CARI
|
6
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cyempaka replied at 12-3-2019 11:51 AM
kenapa pompuan2 yg join ni gemok2 kepam2 busuk2 belaka. pakaian pulak mcm org wayar putus. xboleh ke ...
ADVERTISEMENT