CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Serik Dengan Kegagalan Lalu" - Bella Dally Nikah Hujung Bulan Ini

11-3-2019 11:52 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12107| Komen: 40|Original author: Oleh: LilRose

Wah, hanya beberapa hari saja lagi Bella Dally akan mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya.

Lapor Berita Harian, bekas isteri Nazim Othman itu akan disatukan dengan Arif, 34, akhir bulan ini.



Kredit foto: IG Bella Dally

Bella, 27, yang berkenalan dengan Arif pada Ogos lalu mengakui ramai yang terkejut apabila dia menerima lamaran lelaki itu hanya selepas lima bulan mereka berkenalan.

Malah, menurut pelakon itu, ada yang beranggapan dia terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

"Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya.



Kredit foto: mStar Online

"Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini," katanya.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun berpisah pada 2 Mei tahun lalu.

Dia kemudian berkenalan dengan Arif dan mereka bertunang pada 12 Januari lalu.



"Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu.

"Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan," katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai sikap Arif yang sering menemaninya walau ke mana dia pergi, Bella bagaimanapun menafikan bakal suaminya itu kuat cemburu.

Katanya, Arif hanya mahu memastikan Bella sentiasa selamat.



Difahamkan, Bella dan Arif akan mengadakan majlis akad nikah serta resepsi di ibu negara pada hari yang sama.

Wah, tahniah Bella. Semoga hubungan kali ini lebih utuh daripada sebelum ini. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 11-3-2019 12:02 PM
buat apa la nak serik.. baru 27 tahun, masih cantik dan laku.. anda berhak untuk memperolehi kebahagiaan Bella  .. tahniah in advance
Quote chinta89 11-3-2019 12:08 PM
nk serik ape, muda belia n cantik plk. hrp2 bahagia berkekalan ya bella.
Quote xixin5230 11-3-2019 12:14 PM
Cantiknya bella...semoga kekal bahagia....
Quote de_ikea 11-3-2019 12:16 PM
Semoga berbahagia bella.
Semua org berhak utk dibahagiakan. Carilah yg membahagiakan.
Quote zuriey 11-3-2019 12:19 PM
Cantik bella ni tak sabar nk tgk baju2 kawin dia..and ofcoz tak kampung.com mcm sahabat baik beliau.
Quote Noraniza_Iblis 11-3-2019 12:29 PM
Tengah masih bergetah dan spare part dalaman tak berkedut lg ..kawin la nyah..
jgn silap pilih laki lg dah la...dpt cik gayahh kelempok lg...
Quote vee_zara 11-3-2019 12:49 PM
U deserve to be happy bella. {:hooray
Quote immaryjane 11-3-2019 01:06 PM
Helok idok arif itu? Set2 laki elfira gak ke
Quote Nana_Man 11-3-2019 01:34 PM
Semoga yg ini berkekalan...
Quote Sazida 11-3-2019 01:46 PM
Che ta yg tua pun xserik wlpn kawen dgn zain dh 40lebih. U muda lg., lawo.., xpyh serikk
Quote mawar_mustika 11-3-2019 01:46 PM
she still young...cantik plak tu...pengalaman mendewasakn kita
Quote Rapz 11-3-2019 01:47 PM
Congrats bella,u deserve it
Quote raihaneem 11-3-2019 01:49 PM
Happy for you..bella yg lawa..semoga berbahagia
Quote miamiot 11-3-2019 02:13 PM
Tahniah Bella
Quote sukacactus 11-3-2019 02:18 PM
Suka tgk dia skrg...terserlah kebahagiaannya
Ramai gak la nikah ujung bln ni
Selain dia, FS pun sama
Nelly bila eh?
Quote mieymiey 11-3-2019 02:20 PM
Semoga bertemu kebahagiaan yang dicari Bella
Quote Telolet 11-3-2019 02:33 PM
alhamdulillah, moga bahagia ke akhir hayat bella & pasangan
Quote sue_liah 11-3-2019 02:47 PM
tahniah bella..lawa sgt sheols

moga bahagia kali ni
Quote awexgaban7 11-3-2019 03:21 PM
tahniah bella.... everyone deserve to be happy

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049443 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top