Padah memanjat kandang di sebuah zoo untuk hasil swafoto terbaik, wanita cedera diserang jaguar. Memetik BBC, kejadian berlaku di Wildlife World Zoo di Arizona pada Sabtu lalu. Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Ketika kejadian, wanita itu dikatakan memanjat pagar kandang berkenaan untuk berswafoto dengan haiwan ganas berkenaan sebelum tangannya dicakar. Pengarah zoo berkenaan, Mickey Ollson berkata, ada sebab mengapa pagar itu dibina. Menurutnya, haiwan itu sebelum ini pernah menyerang pengunjung lain yang juga memanjat kandang berkenaan, namun tidak mengalami kecederaan serius. Tegasnya, kejadian pada Sabtu lalu jelas disebabkan kesilapan manusia dan haiwan berkenaan tidak akan dimatikan. Saksi kejadian, Adam Wilkerson yang merakamkan insiden itu berkata kepada Fox News bahawa dia terdengar jeritan meminta tolong sebelum berlari ke lokasi. Menurutnya, ibunya cuba mengalihkan perhatian jaguar itu dengan membaling botol air. Sebaik haiwan itu melepaskan wanita berkenaan, Wilkerson menarik mangsa jauh daripada kandang terbabit. - CARI
|
8
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
teloq: betina yg bertatu kt celah pungkoq biasanya bodoh2 belaka.... harap jaguar tersebut tidak dikenakan apa2 tindakan
buapakperut replied at 11-3-2019 02:28 PM
ntah selalu kes2 orang bodoh macam ni haiwan yang kene bunuh macam gorrilla harambe tu
ADVERTISEMENT