Walaupun berita dan laman sosial dipenuhi dengan isu penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, masih ada segelintir ibu bapa seolah-olah mengambil sikap lepas tangan.
Jika dilihat, masih ada ibu bapa yang meninggalkan anak di kenderaan sementara menunggu mereka membeli barang di dalam kedai. Walaupun hanya beberapa minit, macam-macam perkara buruk boleh berlaku dalam waktu itu. Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi rasa terkilannya diherdik seorang bapa selepas menegur tindakannya meninggalkan anak seorang diri di atas motor di luar sebuah pasar raya. Bukannya berterima kasih, sebaliknya herdikan pula yang diterima. Intan Huzaifah Haniff sempat berpesan pada orang ramai sekiranya berdepan kes seperti ini, tolonglah perhatikan sebentar anak kecil berkenaan sehingga ibu atau bapanya kembali ke kenderaan mereka. Ramai netizen mengecam tindakan bapa terbabit yang mengabaikan aspek keselamatan anaknya. Bukannya nak mengucapkan terima kasih, diherdik pula orang yang memberikan teguran. Dalam masa sama, orang ramai memuji dan menghargai tindakan Intan meluangkan masa untuk menjaga kanak-kanak itu sebentar sementara bapanya berada di dalam pasar raya berkenaan. Aduhai bang, tak takut ke anak diculik atau terjatuh motor? Tak perlu seminit, sekelip mata je boleh berlaku. - CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nana_Man replied at 11-3-2019 01:30 PM
Ni jenis anak mati/hilang trus buat anak lg satu..pengganti katanya. negligent sgt. susah sgt ke bwk ...
Artemesiaa replied at 11-3-2019 02:55 PM
Sebah ada yang bersikap sebeginilah buat sesetengah masyarakat malas nak ambil tahu bila nampak situ ...
Queenmastani replied at 11-3-2019 03:33 PM
Kalau aku pon buat benda yg sama w/pon dh tahu akn dimarah or dijeling sambil dicop
Mcm bagus sgt.. ...
kroit92 replied at 11-3-2019 04:39 PM
nak cakap pun sedih. tapi memang ada orang tak pandang nyawa budak ni, sebagai makhluk bernyawa pu ...
cmf_erica replied at 11-3-2019 07:56 PM
Dah la bodoh..sombong pulak tu. Tak ke menyusahkan orang kalau hilang budak tu.
ADVERTISEMENT