CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Yang Pernah Ditolak, Bertukar Tangan Antara Artis Popular Tanah Air!

19-3-2019 10:25 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 49833| Komen: 329|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Budaya tolak menolak lagu di kalangan penggiat seni tanah air bukanlah asing di kalangan mereka. Baik komposer mahupun penyanyi, pasti ada sebab tersendiri mengapa mereka menolak untuk memberi atau menyanyikan lagu dicipta untuk mereka. 


Jom teruskan membaca, lagu manakah yang pernah ditolak penyanyi tempatan popular. 


Hi Hi Bye Bye 
Ezzlyn / Rabbani



Siapa sangka lagu popular dendangan Ezzlyn ini pernah diberikan untuk kumpulan nasyid popular Rabbani suatu ketika dahulu? Tidak pasti mengapa lagu ini akhirnya menjadi milik Ezzlyn, tapi ternyata Ezzlyn berjaya membawakan lagu ini dengan cemerlang! 


Bagaimana agaknya sekiranya lagu ini dinyanyikan oleh Rabbani, ya?


Lagu Rindu
Datuk Seri Siti Nurhaliza / Waheeda

Image result for siti nurhaliza

Lagu Rindu ciptaan Yassin ini sebenarnya merupakan projek lagu duet di antara Siti dan penyanyi Wassini yang pernah popular suatu ketika dahulu, Waheeda. Entah bagaimana, akhirnya ia menjadi lagu solo Dato Siti Nurhaliza dan turut menjadi single terakhir bagi album Prasasti Seni yang dikeluarkan pada 2004.


Untuk Terakhir Kali
Marsha Milan / Datuk Seri Siti Nurhaliza

Image result for marsha milan

Disampaikan pertama kali oleh Marsha di pentas akhir Akademi Fantasia, lagu ini merupakan lagu yang pernah diberikan kepada Siti sebelum beliau membuat keputusan tidak menggunakan lagu ini dalam album terbarunya ketika itu. 

Komposernya, Sharon Paul kemudian membuat keputusan untuk memberikan lagu ini kepada Marsha untuk dinyanyikan di pentas akhir berkenaan.


Mahligai Gading
Datuk Seri Siti Nurhaliza / Misha Omar

Related image

Sebelum lagu ini dipopularkan Siti, Misha Omar terlebih dahulu ditawarkan lagu ini dan juga sudah siap merakamkan suaranya. Misha juga sempat membuat persembahan live mempromosikan lagu ini ketika majlis pelancaran drama tayangan TV2 menggunakan judul sama. 

Entah bagaimana, sebaik sahaja drama itu ditayangkan di kaca TV, suara Siti pula yang bergema mendendangkan lagu sama.


Sedikit Waktu
Alyah / Alfie Alwi

Related image

Komposer yang turut mencipta lagu dendangan Alyah, Sesal Separuh Nyawa mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu ini setelah Alyah menolak untuk merakamkannya. Sedikit Waktu merupakan lagu tema untuk drama Tiada Arah Jodoh Kita yang pernah ditayangkan di TV3.


Hilang
Dayang Nurfaizah / Misha Omar

Image result for dayang nurfaizah


Sebelum lagu ini sampai ke tangan Dayang, komposernya pernah menawarkan lagu tersebut kepada Liza Hanim dan Misha Omar. Kedua-dua mereka telah menolak lagu ini, seterusnya memberikan rezeki untuk ratu r'n'b itu.


Di Bawah Pohon Asmara
Jaclyn Victor / Datuk Seri Siti Nurhaliza

Image result for jaclyn victor

Mungkin ramai sedia maklum, lagu ini pernah dirakamkan Siti menggunakan judul Pohon Asmara sebelum bertukar tangan ke Jaclyn Victor. Siti tidak pernah menggunakan lagu ini dalam albumnya sehinggalah ia dipopularkan Jac dan akhirnya versi nyanyian Siti dikeluarkan syarikat rakamannya ketika itu.


Puteri
Zainal Abidin / Celine Dion

Image result for celine dion

Lagu yang dicipta  komposer luar negara ini khabarnya pernah mendapat perhatian penyanyi popular antarabangsa Celine Dion sebelum menjadi hak milik Zainal. Dikhabarkan, Zainal begitu berminat merakamkan lagu ini sehingga beliau bermati-matian mendapatkan hak milik lagu Puteri dari penulis lagu tersebut.

Wow! Bayangkan sekiranya lagu-lagu di atas tidak dinyanyikan oleh mereka? Adakah anda masih akan meminati lagu-lagu tersebut?

Adakah anda tahu lagu lain yang pernah ditawarkan untuk penyanyi lain atau ditolak oleh seseorang penyanyi? Jom kongsi komen anda di bawah! - CARI

Nota: Maklumat-maklumat di atas berdasarkan rujukan penulis sama ada melalui Internet mahupun majalah lama yang pernah diterbitkan sebelum ini. Sebarang kekhilafan harap dimaafkan. 
4

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakasotong2 19-3-2019 10:31 AM
Lagu Elegi Sepi tu pun katanya sepatutnya dinyanyikan oleh kumpulan nasyid. Meols x ingat sapa yg Nina sebut GV haritu. Antara Rabbani or Raihan juga lah.

Xtaw lah kalau Nina auta je kan. Tapi dia cerita masa live konsert juga kan masa tu.
Quote MadameOnion 19-3-2019 10:54 AM
sapa pencipta lagu puteri tu? nasib baik jugak la acik celine tak nyanyi..so so je pun
Quote Leeanne88 19-3-2019 10:57 AM
Macam mana ya kalau rabbani nyanyi lagu HHBB. Mungkin lirik lebih islamik gitu
Quote kechikchomel 19-3-2019 11:02 AM
lagu tiada lagi tangisan pun kan?
aishah dgn siapa ntah
Quote Sang_Pencinta 19-3-2019 11:17 AM
Good job tt

Saya suka thread ni ada research
Quote Zazaelena 19-3-2019 11:19 AM
lagu kak ani awallah dondang sepatutnya lagu tu dibuat untuk allahyarhamah biduanita tok pah.
Quote myakayina 19-3-2019 11:26 AM
MadameOnion replied at 19-3-2019 10:54 AM
sapa pencipta lagu puteri tu? nasib baik jugak la acik celine tak nyanyi..so so je pun

rasanya klu acik celine bawak..aura lagu tu menyerlah jgk la..compare penyanyi asal..
Quote eLiaD 19-3-2019 11:29 AM
Puteri tu kn genre etnik poyo je statement cannot brain la celine nyanyi kahkahkah
Quote mixed 19-3-2019 11:30 AM
no komen
tp nk komen ape makeup kak micth
semacam lembam di blah kanan
Quote miracle_forever 19-3-2019 11:31 AM
kechikchomel replied at 19-3-2019 11:02 AM
lagu tiada lagi tangisan pun kan?
aishah dgn siapa ntah

aishah dgn kak mitch donut aka misha omar
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:36 AM
kakasotong2 replied at 19-3-2019 10:31 AM
Lagu Elegi Sepi tu pun katanya sepatutnya dinyanyikan oleh kumpulan nasyid. Meols x ingat sapa yg Ni ...

Iols mcm pnh dgr, klu x silap utk Rabbani gak. Klu x silap ler. Huhu
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:37 AM
Leeanne88 replied at 19-3-2019 10:57 AM
Macam mana ya kalau rabbani nyanyi lagu HHBB. Mungkin lirik lebih islamik gitu

Kan.. Iols pun x leh imagine camne lagu ni KRU nak kasi kat Rabbani at first hahaha.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:38 AM
kechikchomel replied at 19-3-2019 11:02 AM
lagu tiada lagi tangisan pun kan?
aishah dgn siapa ntah

Tu rekod dua kali secara official. Misha Omar. Adnan buat balik bg Aishah sbb lagu tu x jadi single album Misha time tu.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:38 AM
Sang_Pencinta replied at 19-3-2019 11:17 AM
Good job tt

Saya suka thread ni ada research

Tq. Hehe. Thread iols kbanyakannye slalu research dlu. Hiksss. Iols pun love thread chuolsss. Agitchew.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:39 AM
Zazaelena replied at 19-3-2019 11:19 AM
lagu kak ani awallah dondang sepatutnya lagu tu dibuat untuk allahyarhamah biduanita tok pah.

Ye ke? Mcm pnh dgr tp x igt. Ade source ke? Nak baca skit.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:39 AM
myakayina replied at 19-3-2019 11:26 AM
rasanya klu acik celine bawak..aura lagu tu menyerlah jgk la..compare penyanyi asal..

Iols stuju. Rugi je kasi Bang Jenal.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:40 AM
eLiaD replied at 19-3-2019 11:29 AM
Puteri tu kn genre etnik poyo je statement cannot brain la celine nyanyi kahkahkah

Cuba uols imagine sore Celine dlm lgu tu bahasa omputeh? Iols rasa mmg lebih kurg muzik Celine.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:41 AM
mixed replied at 19-3-2019 11:30 AM
no komen
tp nk komen ape makeup kak micth
semacam lembam di blah kanan

Wallahualam. Kak Mitch kan makeup pun ala2 tomboy lately ni.
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 11:41 AM
MadameOnion replied at 19-3-2019 10:54 AM
sapa pencipta lagu puteri tu? nasib baik jugak la acik celine tak nyanyi..so so je pun

Omputeh chuolssszah.

Lihat semua komen(329)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top