Teluk Darvel di Lahad Datu, Sabah bakal menjadi satu lagi lokasi pelancongan dunia terutamanya para penyelam berikutan penemuan 'blue hole' berdekatan Pulau Sipadan. Penemuan itu direkodkan pada 14 Februari lalu oleh sepasukan penyelam dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang menyertai ekspedisi saintifik mengumpul data marin di kawasan itu.
Blue hole ialah bukaan pada permukaan permukaan laut yang terdiri daripada batuan karbonat. Biasanya bukaan ini bersambung dengan sistem gua yang kompleks di dasar lautan. Sebelum ini, beberapa struktur 'blue hole' yang terkenal di seluruh dunia menjadi tumpuan penyelam termasuklah Dragon Blue Hole (China), Blue Hole Dean (Bahamas) dan The Great Blue Hole of Belize (Central America), kesemuanya mempunyai satu struktur lubang sahaja.
Uniknya, blue hole yang dijumpai di Sabah ini adalah satu-satunya struktur dengan dua lubang, masing-masing berukuran 15 meter kedalaman dari dasar laut. Memetik kenyataan Nasrulhakim Maidin, penyelidik kanan TTS, mereka menjumpai struktur itu ketika sedang menggunakan peralatan remote sensing untuk mengesan lokasi terumbu karang. 'Kami menjelajah kedua-dua blue hole itu dan mendapati ianya sangat menarik dan seperti bergerak melalui banjaran gunung di dasar laut' katanya lagi. Berikutan lokasinya yang berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna, blue hole itu sesuai dipromosikan sebagai lokasi pelancongan untuk kaki menyelam. Walau bagaimanapun, pengkaji TTS itu berpendapat perlu ada usaha untuk menjadikan kawasan itu rizab pelancongan menandangkan mereka tidak menemui kawanan ikan walaupun terumbu karangnya indah. 'Sebaliknya kami menemui lebih 10 bubu dan langsung tidak ada ikan' tambahnya lagi. Tahun lalu pengkaji UMS mendapati kehadiran penyu di kawasan itu tetapi dalam jumlah yang sedikit. Salah seorang pengkajinya Prof. Madya Dr Juanita berkata mereka ada mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengharamkan penggunaan bom ikan yang merosakkan alam sekitar di kawasan itu. Nampaknya, ini satu lagi tarikan pelancongan untuk pencinta alam, terutamanya buat mereka yang berminat dengan aktiviti menyelam. -CARI
|
Sang_Pencinta replied at 12-3-2019 08:18 PM
Mungkin selama ini tak perasan kot sebab bukan area menyelam
Tapi nelayan2 pasti dah lama tahu
chacon replied at 13-3-2019 11:26 AM
blue hole ni baru terjadi kot..macam pergerakkan dasar laut buat gunung atau bukit lama didasa ...
LadyCarefree replied at 12-3-2019 07:04 PM
Yakjud makjud kot nk keluar
wnwa05 replied at 13-3-2019 11:59 AM
dorang tak keluar kat sabah lah.dekat timur tengah sana kot. tak pun rusia
ADVERTISEMENT