Seekor kambing betina baka Nubia dipilih sebagai Datuk Bandar di sebuah pekan kecil bernama Fair Haven di Vermont, Amerika Syarikat baru-baru ini. Memetik laporan AP pada 7 Mac lalu, haiwan berusia tiga tahun yang bernama Lincoln itu dipilih oleh penduduk Fair Haven dalam mesyuarat pada 5 Mac. Lincoln menewaskan 15 calon lain yang juga terdiri daripada haiwan seperti anjing, kucing dan seekor gerbil bernama Crystal. Ia menerima 13 undi bagi mengatasi seekor anjing bernama Sammie yang beroleh 10 undi manakala semua calon lain secara keseluruhan menerima 30 undi. Sepanjang tempoh setahun menyandang jawatan Datuk Bandar, Lincoln perlu menghadiri acara-acara setempat termasuk menyertai perarakan Hari Peringatan dengan memakai selempang yang ditempah khas. Fair Haven yang terletak di kawasan bersempadan dengan New York mempunyai kira-kira 2,500 penduduk dan tidak mempunyai Datuk Bandar dalam kalangan manusia. Pengurus pekan berkenaan, Joseph Gunter berkata, tradisi memilih haiwan sebagai Datuk Bandar merupakan cara yang berkesan untuk mengumpul dana bagi membina tempat permainan kanak-kanak di Fair Haven. "Selain itu, ia membantu dalam usaha memperkenalkan konsep kerajaan tempatan kepada murid-murid sekolah rendah," katanya. Memang unik tetapi sekiranya Lincoln diminta untuk berucap, adakah penduduk Fair Haven faham apa yang disampaikannya? - CARI |
5
Bagus |
4
Marah |
1
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bedah.Cun replied at 12-3-2019 05:13 PM
Malaysia neh pon patut lantik babi jadi PM dengan menteri2 kabinet. Siuyyyyyalll
Austranesia replied at 12-3-2019 11:02 PM
Sebagai umat islam.malaikat darjat nya lebih rendah dari manusia.sbb manusia khalifah..tapi mengangk ...
RatuDunia94 replied at 12-3-2019 04:21 PM
Kalo sembelih apa je heshe boleh buat??
ADVERTISEMENT