Seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun yang berasal dari Terengganu dan menuntut di sebuah universiti di Ipoh melalui pengalaman ngeri apabila seorang pekerja Bangladesh cuba menculik dan merogolnya. Lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya.
Pelajar itu berkenalan dengan lelaki Bangladesh tersebut melalui aplikasi WeChat pada Ogos tahun lepas. Mereka kemudiannya menjalinkan perhubungan sulit, walaupun wanita itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih yang tinggal di kampung halamannya. Hubungannya dengan pekerja Bangladesh itu semakin rapat kerena lelaki itu sering menabur budi terhadapnya termasuk menghantarnya ke kelas dan membelikannya makanan sehingga mereka terlanjur melakukan hubungan seks beberapa kali.
Secara diam-diam rupanya lelaki tersebut juga mengambil gambar bogelnya ketika dia sedang tidur. Bagaimanapun skandal mereka terputus apabila lelaki itu mengetahui pelajar itu sudah berpunya. Dia mengugut pelajar itu untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya atau gambar bogelnya akan disebarkan. Tidak mendapat respon, lelaki itu juga menculik pelajar itu sehingga ke Shah Alam tanpa kerelaanya dan cuba merogolnya di sebuah apartmen di Setia Alam. Bagaimanapun, pelajar itu berjaya memujuk lelaki Bangladesh itu untuk membebaskannya. Setelah berterus terang dengan teman lelakinya, pelajar itu kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia telah diugut, diculik dan hampir menjadi mangsa rogol. Menurut China Press, gadis itu kini berada di hospital untuk mendapat rawatan dan polis dikatakan telah menangkap lelaki Bangladesh itu untuk membantu siasatan. Gadis itu masih bernasib baik walaupun mengalami trauma akibat kesilapannya sendiri. Diharap dia mendapat pengajaran daripada kejadian ini. -CARI
|
puteribaya replied at 13-3-2019 01:17 PM
kalau dapat anak..Chindesh..(China+bangladesh)..kalu dia amik features parent dia yg heluk eg hidung ...
Otaku85 replied at 13-3-2019 02:37 PM
Dapat Nicole David
ADVERTISEMENT