|
Aik, apa yang dah Fatin Afeefa lakukan sampai laman Twitternya dipenuhi ucapan tahniah dan terima kasih? Alkisahnya, pelakon itu baru-baru ini memuat naik tweet untuk membantu mana-mana pelajar yang berada dalam kesempitan terutamanya kekurangan wang. Difahamkan, Fatin mengkreditkan RM30 kepada mereka yang memerlukannya. Mungkin segelintir pihak nampak RM30 kecil nilainya, tapi bagi pelajar yang kekurangan wang belanja untuk makan RM30 itu sangat besar nilainya. Dek kerana tweet itu, ramai pelajar lain turut mengambil kesempatan meminta bantuan kewangan daripada Fatin. Dalam masa sama, tindakan dan niat murni pelakon itu menerima banyak pujian daripada netizen. Malah, ada yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk membantu orang lain apabila sudah berjaya kelak. Semoga niat murni Fatin dibalas dengan rezeki yang melimpah-ruah. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 11:58 AM
Amboi adik yg ucap thanks tu.. duit makan xde.. internet ada..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.327354 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.