CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasul Palsu Ubah Kalimah Syahadah, Solat Hadap Ke Timur Bebas Sebar Ajaran Sesat Di Indonesia

14-3-2019 10:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3574| Komen: 8|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Detik News


Seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia mendakwa dirinya sebagai seorang rasul selepas menerima 'wahyu' melalui mimpinya.

Memetik laporan ABC, Sensen Komara yang beroperasi di Garut sejak 2011 telah mengubah kalimah syahadah dengan menggantikan nama Nabi Muhammad SAW dengan namanya sendiri.


Surat yang dikemukakan Wawan Setiawan mendakwa Sensen sebagai nabi akhir zaman
Kredit foto: Tribun Jabar

Dia yang mempunyai kira-kira 4,000 pengikut telah didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan kekufuran tahun lalu selepas ajarannya diisytiharkan sesat oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).


Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan Sensen tidak boleh dibicarakan kerana masalah mental dan diarahkan supaya dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk dirawat.

Dia kemudian dilepaskan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menampung kos rawatan dan kini, Sensen dikatakan bebas menyebarkan ajaran sesatnya.



Sementara itu, memetik laporan Tribun Jabar, pengikut-pengikut ajaran sesat yang dinamakan Darul Islam Fillah bersembahyang dengan menghadap ke arah timur.

Seorang pengikut Sensen yang bernama Wawan Setiawan telah menghantar surat permohonan untuk menunaikan solat Jumaat dengan menghadap ke arah timur kepada Ketua Kampung Tegalgede, Kartika Ernawati pada 17 Mac 2017.


Kartika menunjukkan surat permohonan solat Jumat menghadap ke timur yang dikemukakan oleh Wawan
Kredit foto: Tribun Jabar

Wawan yang mendakwa dirinya seorang jeneral empat bintang dalam gerakan ajaran sesat tersebut turut mengemukakan surat yang mendakwa Sensen sebagai nabi akhir zaman.

Ajaran Darul Islam Fillah sememangnya sesat kerana Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 14-3-2019 10:46 AM


mampu gelak............... dah dikata masalah mental kan. masih ada pengikut
Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2019 11:27 AM
Berharap bukan samdol ni kerana dia kata orang islam semayam tak hadap ke kabah!
Quote chinta89 14-3-2019 12:21 PM
konsep dia senang; Nabi Muhammad rasul terakhir. Sape2 ngaku nabi ke rasul ke selepas baginda, maka.... faham2 sdiri.
Quote whadda 14-3-2019 01:31 PM
ade jugak yg nak mengikut.. ade tak yg minum air rendaman kaki dia cam ayah pin dulu
Quote mbhcsf 14-3-2019 02:53 PM
ya Allah ....


adehh....aiyooo  macam ni boleh kaaa???

it is okaylah he is delusionally psyhotic. Ade kes mental illness pun.
Nak kata ape ape pun tak  boleh la.

Tapi his followers 4 000  tu yg dok ikut tu , i am slightly worried about their mental health status
Quote lipans 14-3-2019 02:56 PM
Apa la sangat 4k jika nak dibandingkan dibandingkan musailamah kazzab.
Quote hussaini4675 14-3-2019 03:25 PM
Bahaya kalau dibiarkan. Nanti melarat jadi macam ayah pin.
Quote Genkidesuka 21-3-2019 05:48 PM
lipans: Apa la sangat 4k jika nak dibandingkan dibandingkan musailamah kazzab.


Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Kalau bapak ini hidup zmn adanya Wahsyi dulu, lama dah kena tombak.  Pengikut2 bapak ni pun jahil bkn main lg.  Semoga mereka diberi hidayah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034599 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top