Sedihnya hati, hanya tuan badan saja yang tahu apabila orang menuduh anak kecil kita kotor dan dihalau keluar dari masjid.
Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa terkilannya apabila seorang jemaah wanita tidak membenarkan anak-anaknya solat di dalam masjid dengan alasan tubuh mereka kotor selepas bermain di luar. Menerusi komen, difahamkan kejadian berlaku di sebuah masjid di Jeli, Kelantan. Selepas meredakan emosinya, Syahidah Mardhiah Azmi bersua dengan jemaah berkenaan dan meluahkan isi hatinya. Dia bagaimanapun ditempelak makcik terbabit.
Terkilan dengan kata-kata makcik itu, Syahidah kemudian memberikan tudungnya untuk dijadikan telekung buat anaknya yang paling besar. Bahkan, yang tidak lengkap pakaian solatnya pun Syahidah ajak solat bersama. Difahamkan, mereka sekeluarga baru berpindah rumah dan barang-barang masih berada di dalam kotak termasuk telekung mereka. Di penghujung entrinya, Syahidah berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain. Ramai juga netizen tidak berpuas hati dengan sikap ditunjukkan makcik berkenaan. Kadangkala, kehadiran kanak-kanak kurang digemari jemaah surau dan masjid kerana mereka sering dibiarkan bermain atau membuat bising tanpa pengawasan orang tua. Pun begitu, tindakan makcik berkenaan menghalau anak kecil dari menunaikan solat di dalam masjid dilihat agak melampau. Apa kata anda? - CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nazzse: Makcik2 gi masjid berlumba tunjuk telekung sapa paling lawa, paling mahal. Siap tanya jenama,harga berapa ok..tambah2 bulan puasa masa teraweh pandang ...
Megikari replied at 14-3-2019 05:40 AM
Sama uolsss... I pun pernah kena jugak. Bawak anak sedara umur 3 dengan 5 tahun keluar jalan2, on th ...
ADVERTISEMENT