CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Tak Cukup Menarik Untuk Dirogol, Mahkamah Bebaskan 2 Lelaki Dari Tuduhan

20-3-2019 10:53 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 8684| Komen: 25|Original author: Oleh: Pink Lily

Gambar sekadar hiasan. 
Kredit foto: Daily Post NG

Lebih 200 orang membuat perhimpunan di hadapan sebuah mahkamah di pantai timur Ancona, Itali untuk membantah keputusan hakim yang membebaskan dua lelaki daripada tuduhan merogol. 

Menurut The Guardian, antara sebab keputusan itu dicapai adalah kerana ketiga-tiga hakim wanita mendapati mangsa itu kelihatan terlalu maskulin untuk penyerangnya. 

Hakim sepakat menyatakan keputusan itu selepas melihat gambar mangsa dan mengambil kira fakta yang menunjukkan salah seorang defendan telah menyimpan nombor telefon mangsa dengan nama samaran 'Viking'. 

Walaupun keputusan itu dibuat pada 2017, ia hanya mendapat perhatian pada Jumaat lepas apabila Mahkamah Agung Cassation, Rom, membatalkan pertuduhan tersebut dan mengarahkan perbicaraan semula diadakan. 



Kredit Foto: MSN

Kedua-dua tertuduh pada mulanya didakwa merogol mangsa berasal dari Peru itu pada 2015. Nama mangsa bagaimanapun tidak didedahkan di bawah undang-undang Itali.

Bukti menunjukkan kedua-dua tertuduh memasukkan sesuatu ke dalam minuman wanita itu dan doktor mendapati kecederaan yang dialami konsisten dengan kesan diserang. 

Namun, mereka kemudiannya dibebaskan mahkamah rayuan di Ancona selepas hakim memutuskan kenyataan mangsa menimbulkan keraguan kerana dia kelihatan terlalu maskulin dan tidak cukup menarik untuk dirogol.

Peguam mangsa, Cinzia Molinaro kemudiannya merujuk kes ini kepada mahkamah tertinggi negara. 

Jelas beliau, "Hakim-hakim itu telah menyatakan pelbagai sebab untuk membuat keputusan membebaskan [defendan], tapi salah satunya adalah kerana mereka menyatakan tidak menyukainya [mangsa], kerana dia hodoh.Gambarnya juga memberi gambaran itu."

Kes itu akan disebut semula di mahkamah di Perugia. 


200 orang berkumpul menyuarakan bantahan terhadap keputusan rayuan tertuduh di Ancona, Itali. 
Kredit foto: Euronews


Luisa Rizzitelli, jurucakap bagi Rebel Network, kumpulan wanita yang menganjurkan protes di Ancona menyatakan keputusan rayuan itu adalah 'tidak bertamadun'.

Katanya, "Ia memalukan. Tetapi, untuk mendapatkan 200 orang untuk berkumpul membuat protes merupakan satu keajaiban untuk Itali - mujur, ia menunjukkan sensitiviti semakin meningkat terhadap topik sebegini." - CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 20-3-2019 10:57 AM
bangang nye hakim... perempuan pulak tu...
Quote dokupangg 20-3-2019 12:14 PM
Perogol ni bukan setakat maskulin ja dikejar, bangku park pun pernah jadi mangsa. Sila gugel.
Quote mieymiey 20-3-2019 12:32 PM
Sedangkan kambing pun kena rogol
Quote clarizsa 20-3-2019 12:46 PM
Apa bodoh nyaa hakim tu
Quote ad_hoc79 20-3-2019 01:02 PM
iq hakim ni kat mana
Quote adik_aza 20-3-2019 01:12 PM
Bodohnya punya Hakim
Quote bungaserai 20-3-2019 01:24 PM
bodo nya la hakim2 tu....
Quote umie 20-3-2019 01:27 PM
giler ke hapa hakim ni??
Quote CharlesDera 20-3-2019 01:36 PM
Bukti menunjukkan kedua-dua tertuduh memasukkan sesuatu ke dalam minuman wanita itu dan doktor mendapati kecederaan yang dialami konsisten dengan kesan diserang.


mangsa tu peruvian....italian kan rasis.....buktinya seperti yang perenah berlaku terhadap mario baloteli.......wakakakakakakakkaka
Quote MMlava 20-3-2019 01:44 PM
ala, macam pompuan gak, ada yg tak selra dgn lelaki

lelaki pun cam tu, bukan semua pompuan boleh naikkan selera lelaki

tapi, kalau lelaki selera dgn cofi boy, tu dah neraka dah tu



Quote None68 20-3-2019 03:32 PM
X faham plak aku..isyh kena plak minum susu nmpknya..
Quote puteribaya 20-3-2019 04:08 PM
mieymiey replied at 20-3-2019 12:32 PM
Sedangkan kambing pun kena rogol

emm at least kambing ada Ms V..baru2 ni heboh moto kena rogol hari2 siap ada bideo lagi..jantan ler katakan..95% dalam kepala dia sexsexsexsexsex..
Quote cmf_almondpecan 20-3-2019 04:10 PM
Teruknya reasoning. Sedangkan lelaki pun kena liwat dan binatang pun dirogol jua.
Quote Dwdrum 20-3-2019 04:29 PM
italian memang begitu ...bukan tentang racist sangat ...mereka beauty conscious ... nasib lah kalau yang kurang cantik atau handsome ...... i baru kahwin dahulu  pun husband i stress ...i makeover beliau seperti italian
Quote mieymiey 20-3-2019 04:56 PM
puteribaya replied at 20-3-2019 04:08 PM
emm at least kambing ada Ms V..baru2 ni heboh moto kena rogol hari2 siap ada bideo lagi..jantan le ...

Kan? So alasan tak cukup menarik tu langsung takleh pakai!
Quote TalibanRock 20-3-2019 05:31 PM
HAKIM PON PEREMPUAN TAPI XMEMAHAMI. PAYOH LAGU NI~
Quote batmana 20-3-2019 05:35 PM
rasuah la ni.
sana kn byk rasuah
Quote tobby 20-3-2019 05:46 PM
terlalu hodoh utk dirogol ?
Quote puteribaya 21-3-2019 01:27 PM
mieymiey replied at 20-3-2019 04:56 PM
Kan? So alasan tak cukup menarik tu langsung takleh pakai!

bang*ng abadi..x leh pakai hakim ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.212465 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top