Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila dapat melihat pergerakan bayi dalam kandungannya bukan? Sudah pasti ianya merupakan detik yang indah dan sangat berharga terutama sekali bagi ibu yang mengandung.
Seperti ibu-ibu yang lain, pelakon Izreen Azminda juga turut tidak terkecuali. Gembira dan teruja, semalam pelakon itu telah memuat naik video rakaman 'ultrasound' kandungannya yang sudah memasuki usia 6 bulan itu ke akaun Instagram miliknya. "Kejap je awak dah nak masuk 6 bulan.." tulis Izreen. Mungkin enggan membaca komen-komen negatif, Izreen telah menutup ruangan komen pada postingnya itu. Izreen bakal menimang cahaya mata hasil daripada perkahwinan keduanya bersama dengan Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos tahun lalu secara tertutup. Menerusi perkahwinan terdahulu Izreen bersama dengan bekas suami, Muhammad Riza dia telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun. Manakala, ini merupakan anak ketiga bagi Ude hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Intan Liana Saleh. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan Izreen selamat melahirkan cahaya mata mereka dengan selamat. -CARI
|
shernazz replied at 14-3-2019 10:18 PM
Iols.komen sekadar menambah kredit je
shida81 replied at 14-3-2019 10:52 PM
Org mls nk kutuk dia sbb Ada baby dlm perut.. Tggu pas baby kuar.. Berpusu2...
anony-mous replied at 15-3-2019 01:29 AM
Si jering ni mmg muka x malu ye?? I yg kahwin secara halal xrampas hak sape2 pon segan rasa nk uploa ...
ADVERTISEMENT