CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Dr. Pimple Popper, Pencetus Video Menjijikkan Tapi Bikin Ketagih Di Youtube

15-3-2019 11:44 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7973| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sekiranya anda suka menghabiskan masa di Youtube, pasti anda pernah menonton video seorang doktor wanita yang merakam proses merawat pesakitnya yang menghidap pelbagai jenis penyakit kulit yang menjijikkan. 


Itulah Dr. Sandra Lee atau lebih dikenali dengan nama gelaran Dr.Pimple Popper.

Kredit foto: Carian Google
Dr. Pimple Popper ialah seorang ahli dermatologi Amerika yang beroperasi di California. Pada tahun 2010, dia mula memuat naik video ke YouTube tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah tahun 2015, selepas video Instagramnya mengenai proses memicit jerawat bernanah mendapat sambutan menggalakkan. 

Kredit foto: Carian Google
Sejak itu Dr. Pimple Pooper telah memuat naik ratusan video yang mendapat tontonan ramai. Antara yang menjadi pilihan termasuklah prosedur membuang bintik hitam,jerawat, kista, memicit nanah dan banyak lagi. Menurutnya, semua pelanggan yang bersetuju untuk dirakam akan mendapat diskaun atau rawatan percuma.




Sehingga kini, populariti akaun Youtube Dr. Pomple Popper semakin memuncak dengan lebih 4.5 juta pengikut. Beberapa videonya juga mendapat lebih 10 juta tontonan. Kerana kejayaannya, kini ramai doktor mengikuti langkahnya memuat naik video yang sama.



Kerana popularitinya, Dr.Pimple Popper kemudiannya mendapat tawaran untuk satu siri realiti televisyen di Stesen TV TLC yang menunjukkan kegiatan hariannya membedah dan merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Siri itu yang mula ditayangkan pada Julai 2018 di Amerika Syarikat mendapat sambutan hangat sehingga disambung ke tahun 2019.

Kredit foto: Carian Google
Tak sangka tayangan video yang dianggap ramai sebagai menjijikkan sebenarnya diminati oleh ramai golongan 'poppaholics' atau penagih video jerawat bernanah. 

Kredit foto: Carian Google
Jika anda ingin tahu apakah jenis video yang dimaksudkan, berkunjunglah ke akaun Youtube milik Dr.Pimple Popper hari ini!-CARI
10

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-3-2019 11:47 AM
Saya salah seorang peminat video doktor ni

Best tengok sebelum tidur
Quote buapakperut 15-3-2019 11:58 AM
iols follow sheols ni. puas kot tgk video surgery ngan popping
Quote Sang_Pencinta 15-3-2019 12:00 PM
buapakperut replied at 15-3-2019 11:58 AM
iols follow sheols ni. puas kot tgk video surgery ngan popping

Kan? Menjijikkan tapi puas

Bila nanah2 tu terpercik keluar
Quote nanny_1 15-3-2019 12:03 PM
Sang_Pencinta replied at 15-3-2019 12:00 PM
Kan? Menjijikkan tapi puas

Bila nanah2 tu terpercik keluar



tetiba teringat zaman2 muda picit jerawat sekuat hati supaya terpercik sampai ke cermin.
rasa puas jugak
tambah2 kalau terpercik tu siap keluar nasi jerawat tu.
legaaaa
Quote Deila 15-3-2019 12:17 PM
Sang_Pencinta replied at 15-3-2019 11:47 AM
Saya salah seorang peminat video doktor ni

Best tengok sebelum tidur

aku ingat aku sorang je ada tabiat camni...
Quote prettyuglybabe 15-3-2019 12:40 PM
kadang geram macam nak tolong tarik je
Quote buragazz 15-3-2019 12:50 PM
Ya ampun aku salah seorang yang tgk video dia ni.. sebelum tido memang aku layan

Jijik kah aku... tapi memang puas hati bila jerawat tu keluau...
Quote farlis 15-3-2019 01:17 PM
I geli nk tgk
Tapi mmg best pun kalau dpt keluar jerawat nasi tu.. Lain machiammm kepuasannya
Quote Sang_Pencinta 15-3-2019 01:26 PM
buragazz replied at 15-3-2019 12:50 PM
Ya ampun aku salah seorang yang tgk video dia ni.. sebelum tido memang aku layan

Jijik kah aku.. ...

Memang jijiklah

Tapi rasa macam nak tolong picit jer
Quote missinpiece 15-3-2019 01:52 PM
X sanggup nak tgk
Quote aleesyasofia 15-3-2019 02:02 PM
iolss tgk kt tv mula2 mmg geli lah.. tp, byk lah iolss blajar dr program nie..
Quote watie_na 15-3-2019 02:08 PM
aku tengok black head je.
Quote buapakperut 15-3-2019 02:19 PM
Sang_Pencinta replied at 15-3-2019 04:00 AM
Kan? Menjijikkan tapi puas

Bila nanah2 tu terpercik keluar

iols paling suka dia keluarkan blackhead, dari yang halus2 sampai yang besar2. kadang ada semacam tumor. sheol pulak sangat peramah. malam2 takleh tidur memang tgk video2 die
Quote kroit92 15-3-2019 03:30 PM
geli tengok

bukan kat youtube je, aku first time tengok rancangan dia kat astro ler.
dah masuk tv pun dia ni. entah channel berapa entah, 711? 712? 713? tak ingat
tapi aku memang geli habis benda ni.. tengok sekejap. lepas tu tukar channel lain, cuci tangan pakai sabun kat sinki   
Quote az20 15-3-2019 03:47 PM
mmg best tgk cite die ni.kat channel 707 rasenye
Quote fishcracker 15-3-2019 05:33 PM
Iol berani untuk proceed lipoma removal surgery sebab video2 beliau....
Quote mrsT 15-3-2019 05:35 PM
rasa nak tolong sekali doctor tu..
Quote Kejora927 15-3-2019 06:19 PM
Xpenah tgk sbb....geliii la wehh.. cepat2 scroll laju2. korang tgk pastu lalu ke nak makan nnti.. hoho
Nape teruk nau jerawat2 tu pongg..
Quote lola 15-3-2019 06:45 PM
Syok gila tgk..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.065437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top