Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak menambat hati netizen dengan perkongsiannya baru-baru ini yang sanggup memasak 32 pizza mini untuk anak muridnya.
Guru itu yang hanya dikenali sebagai Cikgu Alia berkata beliau mengajar murid-murid tahun dua dan kebetulan topik pada hari tersebut berkaitan makanan. Jadi saya bertanya 'Siapa pernah makan pizza' 'Rupa-rupanya hampir 32 murid saya tidak pernah merasa makanan tersebut yang dianggap mahal' tambahnya. Beliau kemudiannya mendapat idea untuk memasak 32 mini pizza dengan bantuan ibunya yang memang pakar dalam membuat roti. Menurut Cikgu Alia, anak-anak muridnya sangat gembira menikmati pizza mini tersebut. Beliau juga merasa puas hati kerana berjaya menyediakan makanan yang bermakna buat mereka. Ramai yang membaca perkongsian Cikgu Alia memuji langkah beliau. 'Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki kepada Cikgu' kata seorang netizen. Manakala seorang lagi netizen menyifatkan tindakan Cikgu Alia sebagai 'memberikan inspirasi' terutamanya kepada bakal guru seperti dirinya. Semoga kebaikan Cikgu Alia akan menjadi contoh kepada banyak lagi guru-guru terutamanya mereka yang mengajar di sekolah-sekolah pedalaman. - CARI
|
8
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 15-3-2019 01:27 PM
Bagus cikgu cikgu ni sebenornye
Masa iols darjah berapa tah..
Masa tu cikgu fotostatkan buku nota. ...
Sang_Pencinta replied at 15-3-2019 01:29 PM
Kan? Banyak cikgu2 mulia mcm ni sanggup berkorban wang ringgit demi anak murid
ADVERTISEMENT