CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Pengantin Maut Beberapa Hari Sebelum Nikah

15-3-2019 12:09 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 6283| Komen: 31|Original author: Oleh: Pink Lily

Pasangan ini sempat mencuba pakaian raja sehari sebagai persiapan untuk majlis perkahwinan pada bulan ini. Sumber foto: Sinar Harian
Panggilan telefon daripada rakan yang bertanyakan kesahihan kejadian yang menimpa tunangnya pada mulanya dianggap sebagai gurauan. Namun selepas itu Hazwani Hanafi, 27, menerima pula kiriman Whatsapp daripada rakannya yang lain bertanyakan perkara yang sama membuatkan Hazwani terdetik untuk bertanya bakal kakak iparnya. 

Dunia Hazwani menjadi kelam seketika apabila ternyata berita yang diterima adalah sahih. Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 24, insan yang bakal disatukan dengannya pada 21 Mac ini sudah pergi menghadap Ilahi. Arwah dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan jentera bomba di Persimpangan Batu 4, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, petang semalam. 


Perkhabaran sedih itu menyebabkan Hazwani terkejut dan pengsan.

"Apabila sedar, saya menangis kerana berasa seolah-olah arwah masih lagi ada, namun saya tetap redha dia pergi sebelum sempat kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Khamis minggu depan (21 Mac)", katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.

Kali terakhir pasangan ini bertemu adalah pada 2 Mac lalu ketika bersama-sama ditemani kakak Hazwani membeli barangan peribadi arwah seperti tali pinggang, beg dan baju untuk hantaran. Menurut Hazwani, semua persiapan untuk bergelar raja sehari telah pun disiapkan, malah sebelum kejadian, Hazwani dan bakal suaminya telah berhubung pada jam 9 pagi bagi merancang membeli hiasan bagi persiapan akhir dulang perkahwinan.  

"Kad jemputan sudah diedarkan, jadi kenduri akan diteruskan dan ditukar kepada majlis tahlil untuk arwah," katanya. 

Hazwanie (kanan) menangis sambil ditemani oleh ibu dan kakaknya. Sumber foto: MSN
Mengimbas kembali hari kejadian, Hazwani berasa hairan apabila mesejnya tidak berbalas.

"Biasanya pada waktu makan tengahari, dia akan mesej saya tanya makan ke tak atau sudah solat ke belum, tetapi tengahari semalam (kelmarin) tidak ada mesej daripadanya."

Menerusi Whatsapp, Hazwani turut mengirim gambar rumah yang bakal dihias dengan pelamin, namun ianya juga tidak dibalas. Hazwani menganggap tunangnya sibuk bekerja sehinggalah diberitahu tentang kecelakaan yang menimpa arwah Muhammad Afifi.

"Arwah seorang yang suka bergurau dan memanggil saya 'puteri' malah sering mengatakan saya adalah bidadarinya di syurga," katanya menangis sambil ditenangkan ibu, Che Senah Che Mat, 65. -CARI
5

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twinkleboo 15-3-2019 12:19 PM
Rest in peace
Quote slavehunter 15-3-2019 12:22 PM
Sedih dengar majlis kahwin bertukar jadi majlis tahlil.
Quote nanny_1 15-3-2019 12:26 PM
sebenarnya aku nak kahwin pun akan ada fikiran buruk2 macam ni
aku mati dulu ke tunang aku mati dulu ke
gitu la
setiap orang sama ke fikiran macam aku
Quote CardiGans85 15-3-2019 12:39 PM
Innalillah
Quote tombolpintu 15-3-2019 01:06 PM
Sedihnya...bertabahlah dek
Quote umie 15-3-2019 01:08 PM
Innalillah dan takziah, semoga tabah
Quote goss79 15-3-2019 01:19 PM
innalillah.. sedih nya.. moga adik ni kuat menghadapi hari mendatang..
Quote mbhcsf 15-3-2019 01:48 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Quote moonbug 15-3-2019 02:06 PM
Salam takziah. Semoga Hazwani dan keluarga arwah diberikan kekuatan menerima dugaan.
Quote moonbug 15-3-2019 02:06 PM
nanny_1 replied at 15-3-2019 12:26 PM
sebenarnya aku nak kahwin pun akan ada fikiran buruk2 macam ni
aku mati dulu ke tunang aku mati dul ...

Selalunya orang tak terfikir benda-benda macam ni
Quote nanny_1 15-3-2019 03:21 PM
moonbug replied at 15-3-2019 02:06 PM
Selalunya orang tak terfikir benda-benda macam ni



alamak kenapa aku asyik fikir
macam tak jadi kahwin la
tak sempat nak kahwin la
macam takut something bad happen.
padahal kami berdua tak pernah gaduh ke apa maybe sebab tu kot takut apa2 jadi.
Quote Nenolen 15-3-2019 03:30 PM
Innalillah...moga diberi kesabaran yg besar...
Quote noor2 15-3-2019 03:50 PM
nanny_1 replied at 15-3-2019 03:21 PM
alamak kenapa aku asyik fikir
macam tak jadi kahwin la
tak sempat nak kahwin la

Ishhhhh sudahlah akak seram baca kisah seram hang dik nanny kat bod hantu tu....
Quote nanny_1 15-3-2019 04:01 PM
noor2 replied at 15-3-2019 03:50 PM
Ishhhhh sudahlah akak seram baca kisah seram hang dik nanny kat bod hantu tu....



kahkahkah
otak fikir bebukan.
masalah bukan iols je fikir dengan encik tunang pun sama
siap menangis lagi takut mati sebelum kahwin.
Quote noor2 15-3-2019 04:03 PM
nanny_1 replied at 15-3-2019 04:01 PM
kahkahkah
otak fikir bebukan.
masalah bukan iols je fikir dengan encik tunang pun sama

Sila sambung lagi cerita seram tu nanti ya kat sana. ..hehe. ..
Quote noor2 15-3-2019 04:04 PM
Innalillah untuk bakal pengantin. ..salam takziah. ...moga tabah
Quote nanny_1 15-3-2019 04:07 PM
noor2 replied at 15-3-2019 04:03 PM
Sila sambung lagi cerita seram tu nanti ya kat sana. ..hehe. ..



ye. banyakkkk lagi kisah nak cerita.
saja bertandang ke tempat lain dulu
ambik mood
Quote Megikari 15-3-2019 04:17 PM
Sedihnya {:cryrun

Quote xtahumenahu 15-3-2019 05:42 PM
innalillahiwainnailaihirajiun
takziah buat keluarga arwah dan tunang
sebak plak aku...sedihnya...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.046586 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top