CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Terlibat Skandal Rasuah Kolej, Lori Loughlan Digugurkan Dari Saluran TV Hallmark

28-3-2019 04:19 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4259| Komen: 9|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: Vulture
Sekiranya anda peminat sitkom famili 'Full House', pastinya anda mengenali wajah ini.

Beliau adalah Lori Loughlin yang lebih dikenali sebagai 'Aunty Becky' dalam sitkom 90-an itu dan kini merupakan wajah tetap di Hallmark Channel selepas membuat kemunculan semula. 

Bagaimanapun baru-baru ini Loughlin mula terpalit kontroversi apabila dikaitkan dengan skandal terbesar penipuan kemasukan kolej elit, hingga mengakibatkan ibu syarikat Hallmark Channel, Crown Media membuat keputusan untuk menggugurkannya.

Loughlin didapati bersalah atas kesalahan membayar sejumlah $500,000 agar pihak University of Southern California percaya yang anak-anaknya akan memasuki pasukan mendayung universiti sekiranya mereka berjaya mendapat tawaran kemasukan universiti berkenaan. 


Lori Loughlin bersama anak-anaknya. Kredit foto: Daily Mail 
Sewaktu membintangi program di saluran Hallmark, Loughlin muncul dalam pelbagai drama seperti 'When Calls The Heart', 'Garage Sale Mysteries', drama jenayah bersiri dan filem-filem Krismas untuk saluran itu. 

"Kami bersedih dengan berita mengenai dakwaan kemasukan kolej itu," Crown Media menyatakan kepada Huffington Post. 

Rangkaian televisyen itu sentiasa mengutamakan imej bersih yang dianggap sebagai kunci kejayaan mereka. Crown Media mengesahkan mereka tidak akan lagi bekerjasama dengan Loughlin dan segala perkembangan produksi melibatkan Loughlin akan dihentikan serta-merta, termasuk 'Garage Sale Mysteries', walaupun siri berkenaan dibuat oleh pihak ketiga. 

Loughlin menyerah diri pada Rabu lepas, sehari selepas FBI mengumumkan penglibatan sejumlah besar nama berpengaruh dalam skandal penipuan itu. Pihak berkuasa berkata, ibu bapa yang kaya telah membayar sejumlah wang untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SAT dan ACT, serta memberi rasuah kepada jurulatih dan pegawai kemasukan agar anak mereka diterima masuk kolej-kolej elit.

Loughlin dan suaminya, pereka Mossimo Giannulli, didakwa melakukan konspirasi penipuan itu di Pusat Daerah California. Masing-masing dibenar diikat jamin $1 juta atas kesalahan yang dilakukan. 

   
Gambar kiri: Lori Loughlin dan suaminya Mossimo Giannulli.  Gambar kanan: Felicity Huffman.  Kredit foto: Refinery 29 dan TIME
Selain Loughlin, pelakon Felicity Huffman yang dikenali ramai melalui wataknya dalam 'Desperate Housewives', juga terlibat dalam skandal tersebut. Dia didakwa membayar $15,000 agar syarikat konsultan kolej itu dapat membantu anaknya dalam peperiksaan kemasukan kolej. Huffman dibebaskan dengan ikat jamin $250,000.  -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeeHanania 28-3-2019 06:08 PM
suka Loughlin dri drama full house dlu,
agak2 drama2 yer masih dtayangkan lagi x kat Hallmark channel
Quote armin 28-3-2019 07:20 PM
Suka tengok Garage Sale Mysteries tu. Tp iols pun dah terminate astro so tak terkesan sangat la
Quote 234126 28-3-2019 10:37 PM
Kecewa dgn felicity. Siap ada transcript her phone conversation lagi masa deal nak bagi 15k kat org yg jaga peperiksaan so boleh selit pemeriksa kertas soalan yg boleh alter jawapan SAT anak dia. Kat twitter some time ago. Siap boleh kawtim berapa point nak kasi lepas to make it not so obvious but enough nak masuk one of the ivy leagues.

her effort betul2  invest utk masa depan anak although seems desperate. Kasih Ibu yg terlalu sygkan anak sampai pilih jalan salah.
Quote ikanmasin 28-3-2019 11:00 PM
seorang ibu sanggup buat apa saja utk anak2 kan..
Quote Babanana 29-3-2019 07:23 AM
Sayang betul kan anak sampai sanggup buat camni. Harap anaknye jagalah maknye elok2 dah jadi macam ni.
Quote annehuda 29-3-2019 09:49 AM
actually yg mengantoikan si lori ni anak sheols gak, olivia jade
anak die citer dlm satu interview kt radio, bapak sheols ni dulu pakai duit yuran yg makbapak kasik utk start bisnes. kirenye bapak die mcm tak graduate pun tp dlm profil dok gebang cakap lulusan uni. so si olivia jade ni mcm, alah watpe aku nak masuk university pun blaja pandai2 gitu. sheols pun ngaku masuk university tu sbb nk party jah
Quote pai.kacang 29-3-2019 10:03 AM
emak susah payah utk kejayaan anak. tapi masalahnya anak tu hargai ke tak? selalunya jadi sampah jugak kan
Quote MarissaOberlin 31-3-2019 11:05 PM
Im so not proud of Lynette Scavo !!!! why u did this ????? where is your dignity Lynette ???

tibah hakak emosi
Quote AvengersPanther 17-6-2019 10:20 AM
I wonder why tgey did this.. because memang nk future for the kids yang they know really need a push

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042280 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top