Kes serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch New Zealand hari ini menggemparkan dunia. Dengan jumlah kematian yang masih lagi dalam siasatan, senator Queensland mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam dunia. Kata beliau, serangan tersebut adalah berpunca daripada peningkatan migrasi umat Islam fanatik ke New Zealand. Turut menambah kenyataan bahawa umat Islam menjadi mangsa hari ini adalah kerana mereka merupakan pemangsa pada awalnya. Tambah lagi, agama Islam merupakan ideologi yang akan menyerang siapa sahaja yang menentang dan tidak mahu mengikutinya. Cuba manipulasi media dengan mengeluarkan kenyataan begitu, jelas sekali senator Fraser Anning turut merupakan salah seorang Islamphobia. Sedangkan sudah jelas bahawa yang menyerang tersebut adalah kumpulan ekstremis berhaluan kanan. Kalau lihat pada hantaran status di Twitter beliau, jelas sekali menunjukkan kebencian pada Islam. Anda boleh lihat di sini. - CARI |
Megikari replied at 15-3-2019 05:57 PM
Senator ni kecik2 minum susu lembu gila gamaknya kat nz tu, itu yg semacam original kebengapannya
Airun replied at 15-3-2019 07:01 PM
dah tahu western tak suka
siapa suruh pindah sana
jauh pula tu
white_musk replied at 15-3-2019 07:16 PM
Setuju dengan senator
ADVERTISEMENT