CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Air Mata Erra Fazira Runtun Hati Netizen - Dianggap Primadona Sebenar Sebab Tak Pernah Burukkan Ex

18-3-2019 02:47 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 67370| Komen: 324|Original author: Oleh: Azza





Dia primadona filem Melayu yang masih aktif hingga kini. Kisah hidupnya juga ibarat drama, penuh dugaan dan air mata. Namun itu tidak pernah membuatkan dirinya membuka pekung di dada. Semuanya disembunyikan di sebalik senyuman dan lakonannya.

Namun Erra Fazira akhirnya membuka kisah dalam program "Di balik idola 2019" mengisahkan kehidupannya sejak kecil, dialog dengan maknya serta bagaimana mulanya pembabitannya dalam industri seni sehingga filem lakonannya 'box office'. Namun, apa yang meruntun hati netizen ialah kisahnya berpisah dengan anak setelah bercerai dengan Engku Emran.



"Saya pernah gagal dalam pertunangan, gagal dalam perkahwinan. Semuanya dijadikan pengajaran. Tiada yang negatif. Saya ingat lagi pertunangan kecundang di usia percintaan enam  tahun, rasa colapse, malu sebab semua Malaysia tahu. Saya berada di jendela menangis seorang diri, ketika A berkahwin."



Kisahnya sangat meruntun netizen yang membesar pada tahun 1990an dengan ibarat kisah dongeng merpati dua sejoli tidak jadi berkahwin yang sangat mengejutkan industri tanah air ketika itu. Namun Erra dilihat pasrah menghadapi situasi tersebut.

IG

"I have to be strong, saya tidak boleh kecundang, apa jadi pada kerjaya dan tanggungjawab saya. Ya, sebagai manusia biasa kita akan kecundang 2-3 hari tapi selepas tu, next. Hingga bertemu jodoh dengan Y. Kisah kami memang filem box-office, tapi jodoh tak kesampaian. Takpala, itu percaturan Allah."

Bagi Erra, semuanya dihadapi dengan penuh reda, sehinggalah dia bertemu jodoh dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

"Alhamdulillah dengan E, saya dikurniakan anugerah terindah, iaitu anakanda saya, Engku Aleesha. Perkahwinan saya sekali lagi kecundang. Yang sedihnya bila terpisah dengan anak. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima. Orang cakap kenapa dia ni berpisah, tak ambil anak, ada kisah di sebaliknya. Takda ibu yang nak berpisah dengan anak. Biarlah kita berkorban demi kebahagiaan anak."

Foto - IG

Kisah Erra Fazira ini meruntun air mata netizen yang sangat bangga dengan ketabahan wanita ini. Malahan sikap Erra yang tidak pernah mencanang keburukan bekas pasangannya turut dipuji dan ia perlu diikuti oleh wanita zaman sekarang yang lebih suka mengeji di media sosial.


Foto - Ig
Menurut netizen lagi, tahap profesional Erra boleh dilihat dengan komennya yang baik terhadap perkahwinan Lisa-Yusri serta pernah mengacarakan program bersama Awie. Hal ini menguatkan lagi bahawa Erra adalah primadona filem Melayu yang tampil dengan kisah-kisah positif.
Bagaimanapun, apabila menceritakan perihal anaknya, Erra tiba-tiba sebak dan bergenang air matanya lalu membuat ucapan khas kepada anaknya.

"Saya dah lalui ketika kecil. Saya berazam tidak mahu lakukan itu kepada anak saya. Sehingga hari ini, setiap kali berpisah dengan anak, saya menangis."

Begitulah kasihnya seorang ibu, sanggup berkorban demi kebahagiaan anaknya. Moga Erra menemui kebahagiaan yang dicari-cari satu hari nanti. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 18-3-2019 02:50 PM
Yang lagi sorang, bab spender pun dia canang
Quote Themilo 18-3-2019 02:57 PM
mieymiey replied at 18-3-2019 06:50 AM
Yang lagi sorang, bab spender pun dia canang

sapa nyehh? tak mampu nak speku..
Quote prizadane 18-3-2019 03:00 PM
mieymiey replied at 18-3-2019 02:50 PM
Yang lagi sorang, bab spender pun dia canang

Haha..yang itu ibu mithali okay. Dia je teraniaya..
Quote buapakperut 18-3-2019 03:03 PM
baguslah, kalau buka aib orang tu pun, aib sendiri juga terbuka. ni nampak senonoh sikit perangai
Quote buapakperut 18-3-2019 03:03 PM
mieymiey: Yang lagi sorang, bab spender pun dia canang

ritrude ke fasha sendhat?
Quote buangmasa 18-3-2019 03:14 PM
suka dia ... takde la asyik nak throwback gambar bekas laki dgn caption berapi dia sorang je boleh bela anak.. tak harap laki tapi tuntut duit mahkamah .. aiyooo pening
Quote munchkin 18-3-2019 03:32 PM
Mmg bab ni gila respek.
Quote kakyun 18-3-2019 03:34 PM
respek Erra sebab dia tau
kalau dia buka aib orang aib dia pun akan terbuka
jadi lebih baik dia jaga dan move on je
Quote mieymiey 18-3-2019 03:35 PM
Themilo replied at 18-3-2019 02:57 PM
sapa nyehh? tak mampu nak speku..

Heyyyy nyehh, chuols bukan ummah malaysia yach kalau chuols tak tau!
Quote mieymiey 18-3-2019 03:36 PM

Ritrude dah tahap senior. Sendat junior yang bakalan mengikut jejak langkah
Quote Rapz 18-3-2019 03:36 PM
Tabik spring kat dia nie...
Quote mieymiey 18-3-2019 03:37 PM
prizadane replied at 18-3-2019 03:00 PM
Haha..yang itu ibu mithali okay. Dia je teraniaya..

Khennn? Koserrr la asyik dia jer jadi mangsa. Sikit pun takmo rendahkan ego.
Quote Begbiru 18-3-2019 03:38 PM
mmg respect ngan erra ni....
tak buka aib....
pastu ngan exes pun masih professional
Quote Aunty_Acid 18-3-2019 03:43 PM
sifat terpuji nih, era buat pilihan yg bijak
bukan mcm sorang tu, tunang bukan...laki pun bukan
meroyan panjang2 memburukkan ex, siap ajak gang, rakan retis lain, wartawan dan makeup retis bagai...sampai skrg tak laku, sibuk je gang ponpon dia memprotect...kalau lawa xpe jgk

lagi pun dunia retis negara kita ni kecil je...pi mai pi mai tang tu
pusing-pusing jumpa orang tu jg

Quote seri_mawr 18-3-2019 03:54 PM
mieymiey replied at 18-3-2019 02:50 PM
Yang lagi sorang, bab spender pun dia canang

siapa ni...???

Quote fahdramli 18-3-2019 03:56 PM
Aunty_Acid replied at 18-3-2019 03:43 PM
sifat terpuji nih, era buat pilihan yg bijak
bukan mcm sorang tu, tunang bukan...laki pun bukan
m ...

Yang ni sapa.. serius tak boleh teka..
Quote mixed 18-3-2019 03:58 PM

1st rota royani

Quote mixed 18-3-2019 04:00 PM
EF ni baik je dgn LCB bini baru EE
dorang share kt story je la x post
LCB bg tudung besday EF terbaru ni

LCB pn syg sgt kt anak EF
Quote Badigol 18-3-2019 04:02 PM
suka erra..dari dulu sampai sekarang..suka dia yg semakin mencari kebaikan,bertudung litup.alhamdulillah. smoga yg baik baik dtg pd erra. erra satu satunya artis wanita yg i follow kt ig

Lihat semua komen(324)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.221504 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top