Susah betul jadi artis ni kan? Pergi mana-mana diperhatikan, salah sikit tingkah-laku dikecam. Itu la yang menimpa pelakon diva kita Rozita Che Wan atau Che Ta yang dikecam kerana memakai kaca mata hitam yang terlebih besar di majlis hari jadi anak Dato Siti. Ramai yang melemparkan komen negatif di laman instagram Che Ta, malah ada yang sangat marah kerana perlakuannya itu seolah-olah tidak menghormati majlis tersebut. Namun Che Ta tampil membela diri, mengatakan punca dia memakai kaca mata hitam tersebut kerana matanya sedang sakit, terkena jangkitan. Berikut adalah insta stories yang sempat kami ambil: Che Ta juga menasihatkan netizen jangan sewenang-wenangnya menilai sesuatu perkara sebelum mengetahui puncanya. Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini dia terpalit dengan isu saman bekas driver yang dituduh membuat fitnah dan menjatuhkan imejnya dan keluarga. - CARI |
caramel_cloud9 replied at 19-3-2019 01:54 PM
Dah tau sakit mata gigih pegi jugak kenapa. Tu kan boleh berjangkit. Di buatnya jangkit kat budak2 l ...
ADVERTISEMENT