Seorang bekas pakar pediatrik dihukum penjara sekurang-kurannya 79 tahun kerana melakukan serangan seksual ke atas lebih 31 orang kanak-kanak. Media tempatan melaporkan, Dr Johnnie Barto dari Johnstown, 71 dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu dituduh melakukan perkara tidak senonoh dan menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak.
Mangsa kebanyakannya merupakan pesakitnya sendiri. Pihak pendakwaan menyatakan, Barto telah mendera mangsa dalam bilik pemeriksaan di kliniknya dan beberapa hospital tempatan selama berpuluh tahun. Hakim Pennsylvania Patrick Kiniry menjatuhkan hukuman antara 79 hingga 158 tahun penjara. Josh Shapiro yang merupakan Peguam Negara Pennsylvania mengutuk perlakuan keji tersebut kerana dia menggunakan kerjaya bagi memenuhi kemahuan.
"Ahli keluarga meletakkan kepercayaan kepada Barto untuk memberikan rawatan kepada anak-anak mereka. "Tetapi dia telah menyalahgunakan kerjayanya untuk melakukan perkara keji itu. "Dia sememangnya patut dipenjara seumur hidupnya di dalam penjara selepas melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap kanak-kanak." -CARI |
HujanBatuTiga replied at 19-3-2019 10:59 AM
Baby 2week old???. Sakit kepala baca berita ni.
Barto targeted girls and boys, most between the ...
ADVERTISEMENT