CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Rayu Bantu Anak Hidap Ketumbuhan Misteri

19-3-2019 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2934| Komen: 11

Seorang ibu merayu bantuan orang ramai berikutan keadaan anaknya yang mengalami ketumbuhan di belakang badan.

"Tolonglah sesiapa yang tahu cara merawat ketumbuhan anak saya ini,” kata Zariah Wahab, 39.



Foto: Twitter

Menurut Harian Metro, ketumbuhan yang disedari sejak lahir itu semakin serius sejak sebulan lalu.

Zariah dan anaknya, Muhamad Arshad Daniel Halim, 12, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua Musang.

Difahamkan, suaminya, Halim Setapa, 49, meninggal dunia akibat penyakit hati dan usus sebulan lalu menyebabkan mereka hilang tempat berhantung.

Katanya, ketumbuhan itu semakin membesar setiap hari menyebabkan Daniel sering menangis kerana kesakitan.





"Malam tadi keadaan kesihatan Daniel amat teruk dan hampir sejam bermula 10 malam dia tidak sedarkan diri kerana terlampau sakit selain keluar darah banyak," katanya yang mendakwa Daniel sudah beberapa kali dibawa ke hospital namun tiada jalan penyelesaian.

Daniel pada mulanya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ II) dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Selepas berada di HUSM, doktor benarkan pulang kerana tidak boleh lakukan pembedahan dan tidak mahu tanggung risiko,” katanya.

Tambah Zariah, dia tidak tahu sama ada anaknya itu boleh menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada akhir tahun ini atau tidak.


Foto: mStar Online

Selain bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan, Zariah tiada punca pendapatan lain kerana perlu menjaga anaknya itu. Zariah juga perlu menyara dua anak yang bersekolah.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Zariah Wahab di 01117800248 atau menghulur bantuan ke akaun Maybank 503042314686. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 19-3-2019 11:12 AM
Ya Allah ..marilah kita sama2 tolong adik ni
Quote chicozinn 19-3-2019 11:25 AM
Ya Allah, sakit pe adik ni?seram lak tgok pic atas ni..

smoga cpat sembuh ye dik..
Quote asamfish 19-3-2019 01:13 PM
Allahuakbar......semoga ramai yang tampil membantu...
Quote ikanmasin 19-3-2019 01:56 PM
semoga cpt sembuh dan dipermudahkan semuanya..
Quote RatuDunia94 19-3-2019 03:31 PM
Kesiannya.. kita yg kena tumbuh bisul kecik pon dah rasa nk kiamat sakitnya.. apatah adik ni.. semoga terus kuat..
Quote Malaysia.Doom 19-3-2019 03:38 PM
Tak boleh operate ke buang benda tu?
Quote chicozinn 19-3-2019 03:46 PM
meollss terbaca kat lobak merah ni..papepun jom sama2 menyumbang..

https://lobakmerah.com/orang-susah-sapa-ja-nak-ambil-peduli-netizen-mohon-bantuan-remaja-alami-ketumbuhan-di-pinggang-sekolah-hospital-pun-tak-dapat-tolong/
Quote pearl.silver 19-3-2019 04:52 PM
Semoga diberi kesembuhan untuk adik ni
Dulu ada kawan sakit gini gak.. Tp kecik je lubang tu kt belakang.. Xtau dah baik ke kawan tu..
Quote nazzse 20-3-2019 03:33 PM
Edited by nazzse at 20-3-2019 07:34 AM
Malaysia.Doom: Tak boleh operate ke buang benda tu?

Risiko tinggi kena tulang belakang kot
Quote she 20-3-2019 04:03 PM
Semalam baca adik ni menangis semalaman sbb sakit

Sampai dia tertidur dalam air mata

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ya Allah sembuhkan lah penyakit anak ini...tolong lah ya Allah
Quote dua_chzy 20-3-2019 04:04 PM
Edited by dua_chzy at 20-3-2019 04:07 PM

Akak doakan ada la orang2 kaya, datuk2 jutawan, pi derma or tanggung kos bedah adik ni. Daripada ngkorang habis duit bayar escort sampai berpuluh ribu 1 malam huntok berzina, helok la kejo pahala buat menda2 kebajikan seperti menyumbang pada yang desperate memerlukan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.149927 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top