CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Dah Makan Banyak Tak Ingat Dunia" - Comelnya Siti Nurhaliza Berlari!

25-3-2019 12:45 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 11418| Komen: 39|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: ctdk
Nampaknya rahsia Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal langsing dah pecah! 

Penyanyi pujaan ramai ini telah memuat naik video lariannya di Instagram beberapa jam lepas dengan kapsyen, "Bila dah makan banyak tak ingat dunia". Video yang memaparkan Siti berlari laju diiringi dua orang wanita yang berlari dengan stroller itu dirakamkan di dalam sebuah lorong bangunan oleh seseorang yang sedang menaiki buggy bersama Dato' K dan Aafiyah. 


Video yang menarik perhatian ramai sehingga mencecah hampir 1 juta penonton itu kemungkinan dirakam sewaktu Siti selesai makan bersama keluarga dan rakannya. Netizen rata-rata kagum dengan stamina bintang berusia 40 tahun itu apabila dapat berlari dengan laju walaupun baru beberapa hari selesai menjalankan konsert yang mendapat pujian ramai, manakala sehari sebelumnya menyaksikan Siti menyambut hari jadi Siti Aafiyah dalam majlis yang cukup meriah. 

"Boleh tahan kak iti nii punya gilaa kn."

"Adoiii...tok tiee...saya tabik ngan tok tie.Kuat nya stamina tok tie."

"Wah..hebatlah...dah 4 series still kuat lagi lari...aku baru masuk 38 pun tak terlari hitew."

"Tengah praktis nak maraton ke tu?" Antara komen netizen pada video tersebut. 

Selain berlari, Siti juga diketahui umum aktif berbasikal bersama suami dan rakan-rakannya.


Kredit foto: ctdk
Mungkin Siti berasa terlalu lega apabila segala perancangan besarnya telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, maka tidak hairanlah Siti meraikannya dengan cara yang sedikit gila-gila. -CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afidahhb 25-3-2019 01:16 PM
{:cryrun mengenangkan lemak kt bdn kiter
Quote sleepandream 25-3-2019 01:36 PM
aritu sheols berbasikal sorang2 terpisah dengan team sheols sempat lagi rakam instastory yach
Quote September14 25-3-2019 01:37 PM
Dia lari betul2 tu.. bkn lari2 manjah tp x heran lah dia kt sekolah pun aktif bsukan
Quote buapakperut 25-3-2019 01:56 PM
ibu dahle tu kang jatuh siling terhempas kat kepala
Quote RatuDunia94 25-3-2019 02:00 PM
Kalau ikutkan mmg mcm tu.. lepas kita makan. Kita kena gunakan kalori tu semula sbg tenaga.. kalau x akan jd lemak..
Contohnya sepinggan nasi kosong bersamaan 400 lebih kalori.. kalau campur2 lauk boleh lebih 1000 kalori..
So utk membakar 1000 kalori tu ibaratnya kita kena melompat tali (skipping) selama 1 jam..
Quote paz 25-3-2019 02:24 PM
Heheheh bagus. Suka orang macam ni. Iya maybe dia tak slim gila2 tapi at least ada kesedaran and paham konsep kalori kan. Umur tak kira berapa, tetap kena rajin bersenam. Kalau tak rajin kena kawal makanan dengan lebih ketat.

Quote kaklong32 25-3-2019 03:06 PM
omg dah bape tahun akak tak berlari yek
Quote cik_kuntum36 25-3-2019 03:07 PM
mmg comeyyy sangat ct lari... terhibur tgk... ct pun sgt la berstamina... yg muda dr dia ni pun belum tentu mcm tu lg...
Quote jualbukus 25-3-2019 03:32 PM
Aku dulu purcaya dengan tukang2 telek porom cari yang kata siti gomok. dorang kata just berdasarkan gambar and bideo je kay. power tak power la dorang.   lepas dah tengok siti depan mata, ternyata sungguh siti kurus je kat real life walaupun xde la kurus kering tapi sesedap mata memandnag la.  

nampak sangat tukang2 telek porom cari ni xleh percaya. decision dan telahan sume berdasarkan gambar ngan bideo je pun. siti xleh jaga anak lah, x luang masa ngan anak lah, itulah inilah padahal sume based on photos n bideo je pun tapi sembang cam duduk ngan siti setiap saat! bongok sekor2. apa aku merepek ni hah!!!
Quote hyunniesSS501 25-3-2019 03:39 PM
i loikeeeee!!
Quote queen8788 25-3-2019 04:21 PM
comel je dato siti ni...
Quote qusairy 25-3-2019 05:22 PM
jualbukus replied at 25-3-2019 03:32 PM
Aku dulu purcaya dengan tukang2 telek porom cari yang kata siti gomok. dorang kata just berdasarkan  ...

hahaha khuennss padahal sheols slim je jmpa dpn2.. acik2 porom yg kata dia gemok based on gmbr and video jek.
Mcm2 kata, tok k x kejelah, x de joblah, nagung biawaklah smua speku acik2 porom yg tgk based on socmed je padahal org tu berlmbk investment sana sini.


Dasar dengki
Quote wadiunong 25-3-2019 05:37 PM
jualbukus replied at 25-3-2019 03:32 PM
Aku dulu purcaya dengan tukang2 telek porom cari yang kata siti gomok. dorang kata just berdasarkan  ...



samala iols. bukan DCT je, mana2 retis pon yg dimomok kan negative side diaorang kt forum ni, iols tak terima bulat2. baca boleh, percaya 100% jangan.
Quote idakamaruddin 25-3-2019 06:30 PM
iols dh lama teringin nk cycling mcmni..byk x modal nk start?
Quote WajibulGhunah 25-3-2019 07:01 PM
idakamaruddin replied at 25-3-2019 06:30 PM
iols dh lama teringin nk cycling mcmni..byk x modal nk start?

Kalau setakat basikal berbakul kat depan tu sikit la duitnya
Kalau yang basikal yg memang untuk sport tu mmg idak lerrrr
Basikal tu pun riban2 belum lagi kelengkapan lain
Quote hyie 25-3-2019 08:22 PM
jualbukus replied at 25-3-2019 03:32 PM
Aku dulu purcaya dengan tukang2 telek porom cari yang kata siti gomok. dorang kata just berdasarkan  ...

ct ni putih gebu, tangan dia pon nampak besar yach...in real life memang tak gemuk pun, bebiasa je...cumanya badan sheols senang naik, ni kalau tak bersenam ni, maunya ikut saiz arwah bapak dia...lepas tu dia sangat kuat makan sebab karatz suka nau hantar makanan kat dia...tu belum lagi orang hantar sebab nak mintak free promo kat ig tp sheols layan je...
Quote harisbee 25-3-2019 10:20 PM
Aku percaya stamina ct dasyat... dia nyanyi x pancit k selama 2 jam lebih
Quote eddysheddy 25-3-2019 11:04 PM
Tak sabar pulak nak tunggu ffm.. dah main teka teki pulak kat iklan.. korang rasa siti nyanyi lagu apa?
Quote danieladam 25-3-2019 11:38 PM
eddysheddy replied at 25-3-2019 11:04 PM
Tak sabar pulak nak tunggu ffm.. dah main teka teki pulak kat iklan.. korang rasa siti nyanyi lagu a ...

Ffm ada siti ke?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.135147 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top