CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Menteri Kabinet PH 'Hilang' Ketika Najib Berbahas

20-3-2019 01:18 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8981| Komen: 28|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Barisan kerusi Ahli-ahli Parlimen PH kelihatan lengang ketika Najib berbahas dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu. Kredit foto: Facebook

Sikap Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) termasuk yang bergelar menteri Kabinet yang 'hilang' semasa Dewan Rakyat bersidang mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di negara ini.

Mereka menyuarakan kekesalan berhubung isu itu sebagai reaksi terhadap sindiran yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Facebook miliknya pada 19 Mac bagi memperjelaskan gambar suasana di dalam Dewan Rakyat ketika beliau berbahas.

Najib menyindir Ahli-ahli Parlimen PH yang 'hilang' ketika beliau berbahas. Kredit foto: Facebook


Salah seorang daripada mereka memulangkan paku buah keras terhadap penyokong-penyokong PH yang selama ini menuduh Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hanya berani bersuara dalam Facebook sahaja.

Kredit foto: Facebook
Seorang netizen berpandangan, menteri-menteri Kabinet yang diamanahkan untuk mentadbir kerajaan sepatutnya mendengar hujah-hujah yang dibahaskan oleh wakil rakyat pembangkang.

Dia berkata, mereka tidak sepatutnya keluar dewan semata-mata kerana 'tidak tahan telinga' mendengar hujah-hujah berasaskan fakta yang dibentangkan oleh pihak lawan.

Kredit foto: Facebook

Namun, penyokong-penyokong PH tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan 'serangan' yang dilancarkan terhadap pemimpin-pemimpin kesayangan mereka.

Ada di antara mereka mendakwa, isu Ahli-ahli Parlimen 'ponteng' sidang Dewan Rakyat turut berlaku semasa Barisan Nasional (BN) memerintah termasuk ketika era pentadbiran Najib sendiri.

Kredit foto: Facebook

Setiap Ahli Parlimen tanpa mengira sama ada di pihak PH atau BN sepatutnya berusaha menghadiri sidang Dewan Rakyat setiap masa kerana mereka telah diamanahkan oleh rakyat untuk membawa suara mereka di Parlimen. 

Jangan pula salahkan rakyat sekiranya mereka tidak lagi diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ahli Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.- CARI

4

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 20-3-2019 01:23 PM
"depa semua sibuk nak bina semula negara dan nak lupuihkan hutang negara la tu"....kata ahcai2 bowdow yang masih setia dengan pakatan haramjada tanpa tahu membezakan defisit kewangan dan apa itu bajet defisit...wakakakakakakakakakakakkaa
Quote honam 20-3-2019 01:26 PM
sian jib ckp sorang2
Quote palmolive 20-3-2019 01:27 PM
dulu deme ni selalu cakap kt Hj Hadi suka ponteng..

rupa2nya
Quote paz 20-3-2019 01:45 PM
Macam budak-budak pulak lah.
Quote Simunggu 20-3-2019 02:01 PM
org PH & macainya ....semua bodoh
Quote cmf_shalom 20-3-2019 02:15 PM
Ini la ahli politik malaysia
Bn ke ph sama
Quote Siti_Mustaqim 20-3-2019 02:16 PM
pemimpin ph budus budus ..
Quote MMlava 20-3-2019 02:17 PM
cmf_shalom replied at 20-3-2019 02:15 PM
Ini la ahli politik malaysia
Bn ke ph sama

aisehhhhhhhhhh sama la plakkkkk

pru15 nnt kena undi parti dayak laut malaysia la plakkkk


Quote axl_bach 20-3-2019 02:19 PM
Bodoh punya MP, kalau xder reason kukuh duduklah dlm parlimen, berbahas
Quote badaksumbu 20-3-2019 02:24 PM
takut lettew, padahal najib bkn terer pun bila debat on the spot

chicken, booooooo


Quote R2D2 20-3-2019 02:37 PM
hilang
tapi elaun kehadiran nak FULL
tu la PH
Quote dizekni 20-3-2019 02:46 PM
Takut dikantoikan bodoh dalam dewan

sedangkan posting berfakta DSN dalam FB pun, tak ada satu
pun mampu dijawab menteri2 sijil palsu PH

Inikan pulak berhujah secara berdepan
Quote hussaini4675 20-3-2019 02:56 PM
Makan gaji buta depa ni
Quote hussaini4675 20-3-2019 02:59 PM
dizekni replied at 20-3-2019 02:46 PM
Takut dikantoikan bodoh dalam dewan

sedangkan posting berfakta DSN dalam FB pun, tak ada satu

Malu apa bossku?
Quote afidahhb 20-3-2019 04:08 PM
Depa keluaq p toilet kot..
Quote princessjay 20-3-2019 04:43 PM
hmm.. bn ke ph ke same je.. sian rakyat biasa jugak..
Quote bangcak 20-3-2019 04:50 PM
waktu rehat pegi la minum pokjib oii...
panjang sgt bentangnya, tak stop solat zohor ke??
Quote meisapoya 20-3-2019 05:34 PM
Politik matang pebende
Quote hussaini4675 20-3-2019 06:16 PM
bangcak replied at 20-3-2019 04:50 PM
waktu rehat pegi la minum pokjib oii...
panjang sgt bentangnya, tak stop solat zohor ke??

Waktu rehat pukul 1 petang hingga 2.30 petang sidang ditangguhkan sebentar. Sesi perbahasan, soal jawab dan penggulungan dibuat semasa Dewan Rakyat bersidang.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043965 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top