|
Seorang remaja lelaki telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila tergamak menyeksa dan menendang seekor kucing. Video rakaman yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku di Taman Sri Tanjung, Tanjung Rambutan, Perak.
Dalam rakaman, remaja berkenaan dilihat sedang memegang kucing yang cuba melarikan diri sambil berbual dengan rakannya. Dia kemudiannya bertindak menendang tepat di bahagian perut haiwan berkenaan dan menyebabkannya melambung ke udara.
Netizen menyelar tindakan kejam berkenaan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar mencari suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Antara komen, "Harap dia ditimpa balasan, biar kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan seumur hidup. "Orang Perak, tolong cari budak ini. Tak sanggup nak tengok video ini. Semoga Allah membalas perbuatan dia." -CARI
|
annehuda replied at 20-3-2019 01:47 PM
muka mcm anak pendtg asing je ni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.303195 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.