Seorang pesara guru mendakwa 'malaikat' muncul dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Matang Jaya, Kuching pada 2016. Lapor Berita Harian, Jasni Ali Seman, 60, bagaimanapun tidak membuka mulut mengenainya kerana bimbang dipersendakan orang ramai.
"selepas mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hal agama, kini saya sedia mendedahkannya kepada umum,” katanya. Difahamkan, objek putih berkenaan dirakam selepas waktu subuh pada bulan Ramadan tiga tahun lalu. Menurutnya, sejak melihat rakaman itu, dia bertemu beberapa ustaz bertanyakan mengenai objek itu sebelum diberitahu ia adalah malaikat. “Ustaz menasihatkan saya, sebagai orang yang beriman, kita harus percaya kepada malaikat dan ada sebab ia menunjukkan dirinya dalam rakaman CCTV itu.
“Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menghebahkan kejadian itu, tetapi kini saya bersedia untuk sekadar berkongsi dengan orang ramai apa yang berlaku ketika bulan Ramadan itu,” katanya. Sejak kejadian, Jasni mendakwa dia lebih kerap memeriksa CCTV di kediamannya itu, namun hingga kini tiada lagi objek serupa dirakamkan. - CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mnm77 replied at 20-3-2019 03:03 PM
Kelawar kot.... camera night-mode kan?
None68 replied at 20-3-2019 03:30 PM
Entah apa benda tu ye..malaikat bukan besar ker..
ADVERTISEMENT