Setelah agak lama pelakon cantik Izreen Azminda menyepi gara-gara dikecam kerana bernikah secara senyap bersama suaminya, Ude Wahid, kini Izreen kembali men'dunia' nampak gayanya. Pelakon ini ada berkongsi momen kehamilan yang kini mencecah 6 bulan hasil pernikahannya dan Ude.
Menurutnya, 3 bulan awal kehamilan beliau telah mengalami alahan yang teruk dan tidak boleh buat apa - apa. "Saya mengalami alahan yang teruk dan pendarahan seanjang tiga bulan tu", katanya. Jika mengangkat barang berat misalnya, pasti akan berlaku pendarahan, jadi beliau mengurangkan pergerakan sepanjang waktu tersebut. Selain itu, Izreen mendakwa dia kerap muntah dan tempoh alahan teruk itu kini telah hilang dan hanya berlaku sepanjang trimester pertama.
Izreen dijangka akan melahirkan cahaya mata kedua pada bulan Julai ini setelah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar hasil perkongsian perkahwinannya bersama Muhammad Riza pada tahun 2012. Perkahwinan Izreen dan Riza hanya bertahan selama dua tahun dan kemudian bercerai pada tahun 2014. Izreen kemudian berkahwin dengan pemuzik program Gegar Vaganza tersebut pada 8 Ogos 2017 secara tertutup. Lantaran peristiwa itu, Izreen kini diboikot oleh netizen kerana dikatakan punca runtuhnya rumah tangga Ude dan bekas isterinya, Intan Liana. Menyentuh mengenai jantina anak yang bakal lahir, menurut Izreen dan suami masih belum mengetahui jantina sebenar bayi tersebut. Namun, Izreen berharap kali ini biarlah perempuan kerana sudah mempunyai anak lelaki, tetapi tidak kisah jika lelaki sekalipun asalkan sihat walafiat. Doakan yang baik - baik! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|