CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular Sawa Naik Rumah Tingkat 14, Berlingkar Di Leher Remaja Perempuan

21-3-2019 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13697| Komen: 90|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang remaja perempuan terkejut dengan kehadairan seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katil rumahnya.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.20 pagi di Tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran Kuala Terengganu itu menyaksikan Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18 yang sedang tidur dikejutkan dengan objek lembik di lehernya.


Berita Harian melaporkan mangsa kemudiannya bangun dan membuka lampu sebelum mendapati reptilia tersebut berlingkar di atas katilnya.

“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah."

Foto: Kosmo
Sementara itu ibu saudaranya,  Nor Elida memberitahu yang tidurnya terjaga apabila terdengar Alia memanggil namanya.


“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi. Memang terkejut namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku."

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Shahrizal Shamsudin pula berkata, 

“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kita berjaya menangkapnya pada jam 5.20 pagi.

“Kita tidak mengambil masa yang lama untuk menangkapnya sebelum membawanya ke balai untuk tindakan lanjut."

Cuaca yang panas mungkin menjadi faktor ular itu masuk ke dalam rumah untuk mencari tempat yang sejuk.

"Ini kali pertama kami dapat kes seperti ini. Biasanya, reptilia ini menyelinap masuk ke dalam rumah kampung yang terletak berhampiran hutan atau paya.

"Kami juga hairan memikirkan macam mana ular sawa itu boleh menyelinap masuk ke rumah flat yang berada di tingkat 14. -CARI
2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 21-3-2019 08:04 AM
Ni kalau dapat belit betis mmg terkehel peha
Quote Syd 21-3-2019 08:05 AM
Besau gebu lak tu
Quote dodolgemok 21-3-2019 08:17 AM
Babi ular besar tu masuk rumah mmg melompat lah! Ramai cakap ada penduduk situ sendiri yg bela ular, tu smpai terlepas melingkar ke rumah org lain.
Quote noor2 21-3-2019 08:19 AM
Peliknya. ..huh kalau belit leher mmg boleh maut. ..alhamdulillah adik tu x ada apa2. ..besar ular tu juga
Quote tri-max 21-3-2019 08:19 AM
aku pong baca dlm kosmo pagi tadi, wonder mcm mana si belit ni naik smpi tgkt 14
tekan lift sendiri ke macam mana
dah tu pandai plak ko masuk bilik anak dara
bilik mak2 orang taknak la ko masuk
dasarrrrrr belit
Quote mrsT 21-3-2019 08:24 AM
tri-max replied at 21-3-2019 08:19 AM
aku pong baca dlm kosmo pagi tadi, wonder mcm mana si belit ni naik smpi tgkt 14
tekan lift sendiri ...

hahahhahahahaaaa...
Quote wanokakaka 21-3-2019 08:24 AM
i rasa mesti ada yg bela nie.. mcm kwn i ular dia buatnya jd pet.. serammm
Quote tossee 21-3-2019 08:27 AM
Dkt rumah aku pernah terjadi gak kes ular naik sampai ke tingkat 4 kat KL ni, musim2 panas mcm ni mmg ular byk keluar drpd sarang derang utk cari tempat yg lagi sejuk, kalo korang duk rumah flet ke apartment ke kondo ke yg belakang rumah korang ada semak samun tu hati2 ler, jgn ingat duk tempat tinggi ular takleh nak panjat.

Quote Buritan 21-3-2019 08:29 AM
Rasanya ade org bela nii.. rakyat mesiakan ke suke bela ular
Quote None68 21-3-2019 08:29 AM
Masa akak keje dulu ada kes gini, ular naik tingkat 7..rupanya ada jiran cina tu beli ular utk masak..ular tu terlepas. Tp klu ular sawa batik yg sgt berat dan besar dlm kes ni xtau la..
Quote haruslah 21-3-2019 08:31 AM
kalau ade org bela, tang mana dia masuk bilik budak ni?

adoiii pintu x tutup ker
Quote honeybee1802 21-3-2019 08:37 AM
haruslah replied at 21-3-2019 08:31 AM
kalau ade org bela, tang mana dia masuk bilik budak ni?

adoiii pintu x tutup ker

Kalo rumah bwh ni kadang ada yg ikut siling.. Tp ni umah flat.. Huhuhu.. Dia ikut jln mana pepanas ni weeiii?
Quote myakayina 21-3-2019 08:42 AM
pelik bin ajaib..nasib adik tu tak dibelit dek ular ni..
Quote rospinki 21-3-2019 08:51 AM
mimpi ngeri betul ni..tengah sedap tidur terasa lembik dan menjalar..tiba2 kepala ular dan lidah menjelir..kalu aku dh histeria meroyan dan sebagainya
Quote Syd 21-3-2019 08:51 AM


Zatul Iffah Zolkiply dan Ahmad Rabiul Zulkifli
[email protected]


TIDUR lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.

Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa melingkar di atas katilnya.


“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.

Sementara itu, Nor Elida berkata, dia yang sedang tidur terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumkan ada ular di dalam biliknya.

“Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.

“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi.

“Memang terkejut sangat, namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami menangkapnya pada 5.20 pagi.

“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menangkapnya sebelum membawanya ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dakwaan kononnya seorang kanak-kanak hampir dibelit ular sawa itu disahkan tidak benar dan bertujuan sengaja disensasikan.

Ketua BBP Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, berita itu tidak benar kerana ular sawa sepanjang dua meter itu ditangkap dengan mudah.

“Kami tangkap dan bawa ke balai. Ia akan dilepaskan ke kawasan hutan jauh daripada kawasan penempatan penduduk.

“Berdasarkan keterangan daripada pemilik rumah berkenaan, kejadian itu tidak berlaku dan saya harap orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak tepat," katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kejadian itu, Rozizah berkata, keadaan cuaca panas mungkin menjadi faktor ular itu masuk ke dalam rumah kerana ingin mencari tempat yang sejuk.

“Ini kali pertama kami dapat kes seperti ini. Biasanya, reptilia ini menyelinap masuk ke dalam rumah kampung yang terletak berhampiran hutan atau paya.

“Kami hairan memikirkan macam mana ular sawa itu boleh menyelinap masuk ke rumah flat yang berada di tingkat 14.

“Dalam hal ini, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan semua pintu serta tingkap tidak terlalu terdedah manakala laluan tikus ditutup bagi mengelak kehadiran reptilia ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 11:13 PM
Quote AbukRokok 21-3-2019 08:53 AM
tossee replied at 21-3-2019 08:27 AM
Dkt rumah aku pernah terjadi gak kes ular naik sampai ke tingkat 4 kat KL ni, musim2 panas mcm ni mm ...

ular mmg suka memanjat

da sampai kemuncak disembur bisanya
bukan bishe bishe


Quote cmf_shalom 21-3-2019 08:56 AM
risau ak...

dh la slalu parking keta sbelah kawasan yg redup n bhutan skit...

ttiba tgh drive...menjenguk plak dari kerusi...

ngan boboi sekali tanjat
Quote mieymiey 21-3-2019 09:08 AM
Giler ko
Nasib budak ni selamat.
Quote jofizo 21-3-2019 09:11 AM
Tingkat atas best berangin, x payah tutup tingkap sbb xde org nk masuk ikut tingkap tp ada plak yg jadi tarzan.....
*gambar tiada kaitan dgn kes....hahaha







Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.168000 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top